Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, September 16, 2015

naluri lelaki

assalammualaikum.

si dia meminta maaf dan minta diulangi lagi pertanyaan tadi kerana fikirannya melayang ke tempat dan waktu yang lain. lalu, dengan sabar dan memahami, rakan2 kelab bukunya, yang kadang2 dirasakan seperti sebuah group terapi untuk wanita2 sepi, bertanya sekali lagi.

' apa pendapat awak, tentang pilihan Dara untuk kembali kepada Arjuna walaupun setelah diatahu perasaan Luna padanya?' tanya salah seorang daripada mereka,  ketua kelab yang suka novel cinta remaja.

si dia termenung, terasa seperti ingin mati. novel di tangannya itu hanya separuh sahja baru dibaca. si dia berhenti separuh jalan kemudian terus kepada sinopsis di kulit belakang. seperti yang selalu2 dilakukan oleh si dia, pada setiap pilihan buku daripada majoriti ahli kelab.

tiada baris ayat dan perenggan terlintas di fikiran, ataupun bila masa watak bernama arjuna itu muncul dalam bab2 awal.

' kenapa perlu persoalkan naluri lelaki, walaupun mereka jarang menilai sesuatu berdasarkan hati dan emosi. jika mereka pulang ke rumah berwajah lesu, mereka akan menjawab, semuanya okey di pejabat. bila telefon mereka berbunyi, mereka tidak menjawabnya di hadapan kamu. bila didesak dan terperangkap, mereka tidak pernah mengadu. bila ditanya kenapa tersenyum memandang kamu, mereka tidak pernah beritahu. bila tiba2 dia sediakan sarapan kamu, hanya khas untuk kamu, kemudian enggan makan bersama, kerana mahu sibuk membelek enjin kereta kesayangannya, jangan soal apa maknanya. bila bersama di malam sebelumnya, dan kamu terbangun berseorangan di atas katil bersama sekeping nota cinta, jangan tanya mereka apa tujuannya. kerana semua soalan itu ibarat retorikal.'

semua ahli kelab senyap, mereka pandang sesama sendiri. di wajah mereka terpancar sinar kekeliruan.

these sorry, sad ,sad, sad, sad, sad, sad, sad, boring lot.

si dia mengeluh.


No comments:

Post a Comment