assalammualaikum.
hai pem-baca2 setia fatimahdin di luar sana!
fatimahdin rasa, fatimahdin masih lagi tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada pem-baca2 fatimahdin semua.
masing2 masih ada lagi di kampung ke? amboi, beraya sakan la korang!
ke, ada yang sudah pulang ke ibu kota?
baju raya berapa pasang? tahun ini tema apa?
kuih raya berapa balang tahun ini? kuih raya buat atau kuih raya kalian ala2 Harry Potter?
sampul duit raya kalian banyak? sampul duit raya kalian ada isi ke? atau adakah sampul raya itu sekadar perhiasan sahaja? atau, hanya sekadar sampul kosong? ha, cakap pasal sampul raya, mana duit raya untuk fatimahdin yang telah kalian janjikan? jangan nak bagi alasan tak ada duit raya untuk fatimahdin kerana GST! hahaha...
oh ya, mungkin nasihat ini agak lambat nak bagitahu dan nak tunjuk ajar pada kalian, tapi, nasihat ini boleh digunakan di masa yang akan datang! dan lagi satu, rayakan sebulan! rumah kalian jangan lupa kunci bagi kemas. pesan pada jiran tetangga untuk tengok2-kan rumah sepanjang bercuti raya nanti. ha, masa inilah kalian baru nak kenal jiran, nak berkenalan, nak bersembang dan lain2. manalah tahukan, jiran sebenarnya selama ini adalah anak bujang ataupun anak dara yang selama ini kalian tak terperasan.
memandangkan, sekarang ini pun mood raya masih ada lagi, kiranya jikalau fatimahdin nak bercerita pasal luahan perasaan sesiapa yang fatimahdin olahkan dalam penulisan fatimahdin tersendiri , akan dipandang sepi buat seketika. namun demikian, sesiapa yang mahu meluahkan apa2 sahaja pada fatimahdin, luahkan sahaja. fatimahdin mendengar. sekadar mendengar, namun tiada apa2 penulisan yang akan fatimahdin titipkan di sini.
apa2 pun, jikalau fatimahdin buka topik baju raya kalian designer mana yang kalian beli pada tahun ini, mahu sampai esok subuh pun tak habis. mahu rabak mata fatimahdin keesokkan pagi untuk meneruskan kisah hidup fatimahdin pada keesokkan harinya.
soalan maut,
masih lagi beraya bersama orang tersayang yang sama dengan tahun yang sudah? ke, pada tahun ini, kalian beraya dengan partner baru? class la kalian jikalau setiap tahun bertukar partner. seronoklah dapat tayang partner dekat sepupu sepapat yang lain.barulah ada standard, orang tak pandang kalian losers sangat. al-maklumlah, time kecil2 dulu, manalah tahu kalianlah yang paling selekeh. dah besar, makin cantik dan makin cun!
atau,
ke, ada yang tahun ini kali pertama beraya dengan status single? ala, kesiannya. siapa suruh break up bila dah nak dekat raya ni. lain kali, minta break up after raya tau! kan tak pasal2 tak dapat duit raya, kad raya atau apa2 yang berkaitan mengenai raya dari partner masing2. jikalau fatimahdin, fatimahdin akan minta duit raya, sepasang baju kurung dan tudung. orang lain seronok makan lauk raya , kalian kenyanglah makan tangisan di pagi raya. namun demikian, tak payah la nak bersedih sangat bila break up. move on! even suruh kalian move on, namun pedih tu tetap ada! adalah sikit!
hari raya ini, memang sinonim di mana kalian akan bersalaman meminta maaf di atas segala keterlanjuran yang pernah terjadi.
soalan maut,
ada tak ex2 kalian datang dan memohon maaf pada kalian? dan, mahu ke kalian memaafkan ex2 kalian? atau, adakah kalian yang bertemu dengan ex2 kalian dan memohon maaf pada mereka? woit, ada berapa banyak ex yang kalian ada ni? jikalau tak di maafkan, mesti akan ada ayat klise seperti,
' sedangkan nabi pun maafkan umatnya..'
lepas dah dengar ayat itu, kalian akan rasa serba salah , dan lepas itu akan maafkan. padahal, dalam hati kalian tak ikhlas dan masih simpan dendam. ada ke yang macam itu?
okeylah, dah malam2 macam ini, takkanlah nak ketuk tiap2 rumah nak beraya. jadi, fatimahdin nak layan cerita raya yang ditayangkan dalam tv.
baiklah, kepada semua pembaca blog fatimahdin, fatimahdin ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
nak duit raya? fatimahdin sudah berkahwin nanti, kalian minta la ye. bukan untuk kalian, tetapi duit raya itu adalah untuk anak2 kalian. panjang umur, kita berjumpa lagi!
No comments:
Post a Comment