Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, September 9, 2012

kehilangan-Mu

assalammualaikum..

' semua terjadi seperti mimpi,
mimpi burukku kehilangan-mu..'

mukadimah di atas merupakan situasi yang boleh digambarkan ketika ini.. melihat air mata mak yang tidak berhenti mengalir dan menangis.. ya, fatimahdin juga turut merasa kehilangan dia..puas dipujuk, namun tak berhasil juga.. fatimahdin turut mengalirkan air mata.. aduh, fatimahdin anak sulung, mestilah kuat..!
terkaku jari ini untuk mengetip.. minda menerawang entah ke mana.. ya, mimpi buruk-ku apabila kehilangan-mu.. kamulah insan yang disayangi oleh insan yang bernama Fauziah Mohd Said.. dan juga insan yang bernama fatimahdin, fatizahdin dan fatihahdin..
dari pihak pemilik blog ini iaitu fatimahdin,

fatimahdin cuma nak cakap :
' halalkan makan minum fatimahdin..
terima kasih kerana sudi membesarkan fatimahdin
sehingga umur fatimahdin mencecah 22tahun..
maafkan fatimahdin di atas segala kesilapan dan kesalahan
yang pernah fatimahdin lakukan..
maaf kerana fatimahdin terlalu degil dan tidak mendengar kata..
fatimahdin akan berusaha menjadi seperti seorang insan
yang diimpikan..
undang2 adalah milik kita..
halalkan dengan segala ilmu yang pernah diajarkan..
fatimahdin janji akan jaga mak dengan seeloknya..
fatimahdin janji takkan sakiti mak..
fatimahdin janji akan dengar cakap mak..
fatimahdin janji akan jaga adik2..
fatimahdin akan berikan yang terbaik untuk mereka
semua hingga ke akhir hayat fatimahdin..'

fatimahdin cuma ada kenangan ketika bersama dahulu dan sesungguhnya kenangan2 tersebut akan tersimpan kemas dalam minda, hati, sanubari dan kehidupan fatimahdin hingga ke akhir hayat fatimahdin..fatimahdin sudah melakukan yang terbaik ketika hayatnya masih ada..

chop! : semoga roh-Nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.. al-fatihah..
mood : rindu..

salam sayang,
fatimahdin5734

No comments:

Post a Comment