Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, September 1, 2012

antara perkara yang disekolahkan..

assalammualaikum..

kepada : ainmazlan

awak, maaf kerana fatimahdin update terlalu lama..saja nak buat awak ter-tanya2 dan membiarkan awak dalam keadaan ketidaksabaran.. sesungguhnya, awak ni agak tak sabar juga ye..he5.. awak, fatimahdin sudah cuba yang terbaik namun fatimahdin tak tahu samada tindakan fatimahdin itu merupakan salah satu tindakan yang paling terbaik ataupun tidak..banyak juga perkara yang telah fatimahdin sekolahkan khairularie..penyusunan bahasa yang digunakan oleh fatimahdin pun agak puitis..ala, macam la awak tak tahu cara fatimahdin menasihati seseorang itu.. apa2 hal, terima kasih awak kerana awak sudi meng-share-kan masalah awak itu kepada saya..
ainmazlan, adat la.. apa yang awak rasakan itu, fatimahdin turut rasakannya juga.. macam2 persoalan yang berada dalam minda ini cuma kadang2 ia tak terluah dengan kata2 untuk diluahkan kepada 'si dia'.. betul tak? sehingga ada kalanya kita terpaksa membuat keputusan dan kata2 kita diluar batasan yang tidak tercapai dek akal. macam kata2 awak sehingga membuatkan khairularie terasa dengan awak..fatimahdin juga pernah melakukan kesalahan itu sehingga kita yang berasa serbasalah namun, itu adalah salah satu daripada luahan hati kita.. betul tak?

antara perkara ynag telah fatimahdin sekolahkan khairularie :

1. kisah silam
' jangan samakan seseorang yang pernah kita kenali dulu dengan seseorang yang kita kenali sekarang.. mereka ini adalah dua insan yang berlainan yang mempunya pelbagai perbezaan.. kisah silam itu adalah kisah lama yang menjadi sejarah dan jadikan ia salah satu pengajaran dalam hidup ini.. dan pastikan ia takkan berulang lagi..'

2. bebelan dan kata2 yang dikeluarkan adalah luahannya
' jangan terus sentap dengan apa yang diluahkan.. tarik nafas dan fikirkan sejenak.. cuba ingat balik apa yang pernah awak lakukan pada dia..?ianya terjadi betul2 di depan mata awak dan mata dia.. dia cuma terasa awak main2-kan dia.. yang rasa adalah dia, yang dipermainkan adalah dia, yang memerhatikan adalah dia, yang menguatkan hatinya adalah dia dan segalanya adalah dia.. dia mendengar dan menjawab segala persoalan daripada orang luar mengenai hubungan awak dan fatihahismail.. di mana awak ketika itu? tanya ada diri dan jawab sendiri kerana fatimahdin tak nak tahu jawapan awak..  walaupun dia kata ia merupakan satu gurauan, namun ia juga merupakan salah satu luahan yang dikeluarkan melalui lawakkannya.. belajar untuk memahami dia..'

3. ehsan
' dalam hidup, kalau tidak ada sifat ehsan, kita sebagai hamba allah tidak akan ke mana.. tak salah dalam hidup kita merendah diri.. jangan letakkan ego terlalu tinggi kerana ego itu merupakan salah satu daripada bisikkan syaitan dalam diri.. ego tidak membawakan diri kita ke-mana2 namun, ehsan mengajar kita erti kehidupan.. kehidupan yang lebih bahagia..yang membuatkan kita akan berasa lebih tenang..'

4. kasih sayang
' kalau korang berdua tidak ada kasih sayang, takkan punya kalian berdua jadi macam ini.. betul tak? cuba sedaya upaya berikan yang terbaik kepada dia sebagaimana dia cuba memberikan yang terbaik kepada awak.. sifat kasih sayang itu merupakan salah satu anugerah tuhan yang ternilai.. ianya terlalu mahal dalam diri ini.. percayalah!!! renungkan dan fikirkan sejenak mengenai kisah silam awak dulu.. awak rasa, masa dulu, masa awak dan fatihahismail ada kasih sayang tak seperti mana awak dengan ainmazlan..?'

5. kemaafan
' jangan terlalu ikutkan keterasaan hati itu dan kemarahan yang ada dalam diri itu.. ego awak tak jatuh pun if awak minta maaf pada dia even kesalahan itu berpunca daripada dia.. awak, cuba juga untuk menjadi seorang yang pemaaf.. dia dah banyak kali minta maaf, tapai awak ignore-kan saja.. awak ni, jenis manusia yang macam mana? terima saja kemaafan dia, maafkan dia dan dalam masa yang sama, awak pun minta maaflah daripada dia.. macamlah awak ni sempurna sangat sehingga merasakan awak yang awak ini sentiasa betul..?

6. hati
' hati.. tanya sama hati awak apa yang awak rasa ketika ini? mesti rasa serba salah kerana awak pernah melukakan hati dia  dan dalam masa yang sama ini awak sedang menghukum dia pada ketelanjuran kata2 dia.. saya tahu, awak pun tak nak perkara ini berlaku tapi awak terlalu ego.. betul tak?
awak, dekat hati ini ada macam2.. selain otak, hati juga mengawal kita..
dekat hati ini adanya nilai kasih sayang, kepercayaan, kesetiaan dan lain2 lagi.. mungkin kita kadang sebagai manusia yang tak merasakannya namun tanda kita sedari, dekat hati ini ada macam2..so, jagalah hati dia dan dia juga akan cuba untuk menjaga hati awak.. trust me.. i know her very well!!!'

ainmazlan, enam perkara ini adalah antara perkara2 yang telah fatimahdin ajarkan dan sekolahkan khairularie..dan sesungguhnya, khairularie telah menyatakan..

khairularie cakap :
' aku sayangkan dia sangat2..
sungguh! dulu adalah salah aku.. '

ainmazlan, awak jangan risau ye.. fatimahdin ada untuk mendengar..
terima kasih kerana sudi share masalah awak itu..
saya begitu berbesar hati kerana dapat menolong awak..
bila2 masa pun awak boleh cari saya dan saya sentiasa ada untuk awak!!!

chop! : fatimahdin bahagia melihat rakan2 fatimahdin bahagia....

salam sayang,
fatimahdin5734



1 comment:

  1. alamak... mknenye dy tau ke sume nye...
    pape pown ak tacing + sdihnye ak bce...
    thanx fatimah din utk sume nie... tp ttbe ak ase segan plak... heee

    ReplyDelete