assalammualaikum..
nyanyi :
' aku lihat dia disana
aku ingin mendekatinya
aku cuba menghampirinya
lalu aku menyapa dia
dia pun membuka bicara
dan aku mula mengenalnya
kita mulai bermain mata
mula timbul rasa bahagia '
# fatimahdin merupakan seorang insan yang hanya akan memerhati daripada jauh.. nak mulakan dulu, memang tak lah.. namun, melihat pada seorang insan yang sorang ini, fatimahdin terlalu berani untuk mendekai sehingga terlupa pada asal usul diri sendiri.. tinggi betul angan2.. unik berkenalan dengan seorang insan ini.. perkenalan dan perbicaraannya sentiasa tenang..
nyanyi :
' bila dia mendekati diriku
hatiku rasa sesuatu
bila dia senyum pada diriku
hatiku rasa tak menentu '
# mukabuku.. itulah tempatnya.. mendekati dirinya di mukabuku..
nyanyi :
' terkadang hatiku bertanya
adakah dia dah berpunya
kerana diriku berasa
aku jatuh hati padanya
aku ingin memilikinya
aku ingin menjaga dia
aku ingin mencinta dia
aku ingin hidup dengannya '
# ya, hati fatimahdin kadang2 terdetik satu soalan, 'budak pandai macam ni, dah berpunya ke?'.. fatimahdin jatuh hati pada budak pandai tu ke? memang tak layak pun bersama dia.. tingginya khayalan fatimahdin!! tak sedar diri fatimahdin.. diakui, nawaitu di hati ingin memiliki, ingin menjaga, ingin mencinta dan hidup bersama.. agak2, boleh masuk carta hati tak? hanyalah satu khayalan dan mimpi kosong yang pasti tidak akan menjadi kenyataan..
nyanyi :
' mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
untuk meluahkan rasa
mungkinkah aku kan berdiam diri saja
menunggu cinta darinya '
# fatimahdin jumpa dia? meluahkan rasa..? memang tak lah.. lebih baik simpan sendiri.. kerana, fatimahdin tetap akan mendiamkan diri dan memerhatikan sahaja dari jauh. tetap setia menunggu (tingginya khayalan fatimahdin sehingga tak tercapai dek akal).. diri ini tidak layak untuk seorang insan seperti dia..
~ cerita di atas ini adalah cerita versi perasaan fatimahdin yang kesudahannya adalah menyedihkan.. tak macam ainan tasneem yang berbalas pada rangkap terakhir.. sesungguhnya, insan yang bernama fatimahdin ini hanya akan mendiamkan diri dan memerhatikan dari jauh sahaja.. ~
nyanyi :
' ku terima satu nota darimu
yang tertulis,
'aku suka kamu'
bila dia mendekati diriku
hatiku rasa sesuatu
bila dia senyum pada diriku
hatiku rasa tak menentu
akhirnya kini ku kan mampu ceria
diriku sangat gembira
akhirnya kini aku mulai bahagia
menerima cinta darinya...
aku suka dia.... '
~ cerita di atas ini adalah cerita versi perasaan ainantasneem yang kesudahannya adalah menyeronokkan dimana apa yang dikehendaki oleh ainantasneem adalah berbalas..~
chop! : itulah perbezaan perasaan antara fatimahdin dan ainantasneem.. ceritera fatimahdin yang menyedihkan dan ceritera ainantasneem yang menggembirakan..
salam sayang,
fatimahdin5734
No comments:
Post a Comment