Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, August 5, 2012

mereka yang kerinduan

assalammualaikum..

apa khabar rakan2 blogger fatimahdin semua? macam mana dengan perjalanan puasa kalian semua di bulan ramadhan ini? mesti ramai yang dah sibuk dengan persiapan raya memilih baju raya, kuih raya, kemas rumah, cat bilik dan lain2 perkara tambahan lagi, lagu raya turut sudah ke udara di corong2 radio namun fatimadin sendiri masih belum ada lagi dengan persiapan raya.. jadi, ada sesiapa yang nak menemani fatimahdin dengan persiapan raya tahun ini?
okey, fatimahdin tak nak cakap pasal raya tapi fatimahdin nak cakap mengenai insan yang bergelar warga emas.. pernah tak, kalian sebagai anak memikirkan mengenai masa hadapan ibu bapa kalian? adakah apabila dewasa kelak kalian akan menjaga mereka atau meletakkan mereka di rumah orang2 tua? ke manakah haluan mereka apabila kita dewasa kelak?

fatimahdin tak mahu tahu ceritera mengapa warga emas ini berada di rumah orang2 tua.. jikalau fatimahdin tahu, fatimahdin pasti menitiskan air mata namun, cukuplah sekadar fatimahdin skop-kan pada satu persoalan iaitu..

persoalan :
' apakah selepas berkahwin,
kita selaku anak tidak boleh
berbakti kepada orang tua kita? '

maaf, jika persoalan ini kedengaran agak kasar.. tapi, pernah tak kalian berfikir, kebanyakkan warga emas ini berada di rumah orang tua2 selepas perkahwinan anak2 mereka.. hey, ingatlah sikit, masa kecil siapakah yang membesarkan kalian sehingga berjaya? persoalan ini sering bermain di minda fatimahdin dan adakah satu masa nanti fatimahdin akan meletakkan ibu bapa fatimahdin di situ juga? ya allah, hindarkanlah fatimahdin daripada sifat itu.. melihat warga2 emas tersebut, sifat ihsan mem-buak2 dalam diri ini.. mereka tersenyum namun dalam hati mereka menangis.. mereka termenung di luar jendela, penuh kesabaran menanti insan yang dipanggil anak menjenguk mereka.. air mata menitis bukannya tanda penyesalan mereka terhadap insan yang bergelar anak tapi air mata mereka adalah air mata kerinduan kepada anak2 mereka..
kepada yang bergelar anak, jauh mana anda berada, tinggi mana pangkat anda di dunia ini, besar mana tanggungjawab anda, janganlah diabaikan ibu bapa kalian semua.. bukan duit yang menjadi ukuran bagi mereka, bukan darjat dan pangkat yang mereka banggakan pada kalian tapi kasih sayang dan perhatian daripada kalian yang bergelar anak yang mereka mahukan..

chop! : abah dan mak, maafkan fatimahdin kerana tidak dapat menjadi seorang anak yang baik dan fatimahdin berjanji akan berusaha menjadi seorang ank yang baik.. fatimahdin rindukan kalian berdua sangat2.. doakan yang terbaik untuk fatimahdin, dunia dan akhirat.. fatimahdin sayangkan kalian berdua.. oh ya, sabar ya menanti kepulangan fatimahdin pada hari selasa ini.. macam2 nak sembang!!! :)
fatimahdin sayangkan abah dan mak..!
salam sayang,
fatimahdin5734

No comments:

Post a Comment