Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, January 18, 2012

tip diet gaya hidup malaysia

assalammualaikum..

kepada : rakan2 fatimahdin..
apa khabar rakan2 fatimahdin semua? setelah agak sekian lama tidak mengetip jejari di papan kekunci laptop ini, maka pada hari ini fatimahdin akan mengetip jari ini pada papan kekunci laptop ini.. sebenarnya, fatimahdin ingin ber-kongsi beberapa tips diet untuk rakan fatimahdin semua.. jadi, jom baca dan harap enjoy untuk me-laku-kan-nya ber-sama2 ya!

1) menambahkan karbo selepas bersenam
- pastikan kamu tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian kerana otot berada dalam keadaan yang lemah di mana penambahan karbo sangat diperlukan, malah, pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2) jangan tidur ketika lapar
- ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. hakikatnya, ia tidak akan membantutkan usaha kamu jika kamu memilih makanan daripada sumber protein. contohnya, susu lemak rendah adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

3) kitaran kalori
- apabila kamu mengurangkan kalori dalam diet kamu untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisme kamu akan menurun. memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi mampu menghalang daripada berlakunya metabolisme yang rendah ini. contohnya, kamu boleh berdiet rendah kalori untuk lima hari dan dua hari dengan kalori yang lebih tinggi. secara tidak langsung, diet kamu akan menjadi lebih menarik.

4) lengkapkan dengan protein
- protein adalah nutrien tentang dalam pelan diet dan membantu untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera serta memastikan otot2 mendapatkan bekalan yang secukupnya. pilihlah protein yang baim draipada sumber2 semulajadi untuk hasil yang terbaik.

5) jadualkan cheat day
- bila berdiet, ramai yang akan mengelak daripada mengambil makanan yang disukai. sebenarnya ini adalah persepsi yang tidak betul. dengan memilih satu hari daripada tujuh hari seminggu untuk jadual cheat day, kamu masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan dalam masa yang sama mengekalkan diet sihat pada hari2 lain.

6) saratkan dengan serat
- serat penting dalam pengurangan berat badan kerana ia membantu menyihatkan badan serta membuatkan kamu berasa kenyang. se-kurang2-nya kamu memerlukan lima gram sumber serat misalnya sayur2-an, buah2-an dan gandum penuh untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan.

7) kawal pengambilan minuman
- salah satu yang sering diabaikan dalam pelan diet ialah pengambilan minuman. jika kamu gemar dengan minuman manis, mungkin kamu telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa disedari. oleh itu, sebagai langkah terbaik ialah menggantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
8) makan lebih produk tenusu
- ramai yang menganggap mereka perlu mengehadkan pengambilan produk tenusu ketika ingin menurunkan berat badan. hakikatnya, kamu cuma perlu memastikan pemilihan produk tenusu ini terdiri daripada variasi yang rendah lemak.

chop! : setiap usaha pasti akan diiringi kajayaan. jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri kamu. selamat berdiet rakan2 fatimahdin semua!

No comments:

Post a Comment