Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Thursday, January 19, 2012

tentang lelaki yang perlu gadis tahu

assalammualaikum..

kepada : rakan2 fatimahdin semua..
anjakan paradigma : jom ramai2 kita ketahui seseorang lelaki itu!

1) tidak ramai lelaki yang sanggup mencuba memasak atau mempelajari teknik memasak. amat beruntung seorang perempuan itu jika temannya sudi memasak makan malam buatnya.

2) lelaki gemar menonjolkan sifat kelakiannya untuk menambat hati kekasihnya.

3) jika seseorang lelaki meminati perempuan, tidak semestinya perempuan itu cantik. cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi sahaja.

4) kebanyakkan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang perempuan.

5) lelaki boleh menyukai gadis yang banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran mahupun minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau di kongsi bersama.

6) sudah menjadi perkara yang biasa sekiranya lelaki cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

7) lelaki yang gentleman akan sentiasa menghormati seorang perempuan tidak kira situasi atau keadaan.

8) lelaki akan cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati sang kekasih.

9) lelaki tidak suka gadis yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.

10) bila lelaki cakap secara terus ataupun direct to the point dalam sesuatu hal itu, dia sebenarnya bersikap terus terang dan mengharapkan perempuan memahami maksudnya.

11) lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap kaum yang bertentangan. oleh sebab itu, mereka suka melihat perempuan dan kemudiannya mula menjeling.

12) ramai lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi untuk mengajak perempuan keluar buat kali pertama.

13) betapa hebatnya seorang lelaki itu bersikap seperti playboy akan keluar dengan ramai perempuan, namun dia tetap akan mempunyai seorang teman wanita yang istimewa. manakala selebihnya hanyalah kawan biasa sahaja.

14) semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. bezanya dengan kaum Hawa, mereka tidak menunjukkan kesedihan di hadapan orang ramai.

15) apabila seseorang perempuan meminati sesorang lelaki, perempuan itu sepatutnya memberi sesuatu petunjuk kerana lelaki biasanya tidak dapat membaca isi hati seorang perempuan seandainya ia tidak diluahkan.

16) apabila lelaki bercakap, ' Ermm... Tengoklah dulu..' , itu bermakna dia berkata kurang setuju ataupun memang bermaksud 'tidak'!
17) lelaki boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan prihatin.

18) adalah memalukan bagi sang arjuna jika mereka tidak berupaya menolong kaum hawa.

19) lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari Internet mahupun buku. oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini.

20) lelaki cukup pantang jika ditegur tentang cara penampilan dirinya mahupun mengkritik minat serta kegemarannya.

chop! : rakan2 semua, macam? adakah artikel ini membantu kalian semua? selamat bercinta ya semua.. hargailah pasangan anda..!

No comments:

Post a Comment