assalammualaikum..
pernahkah kawan2 fatimahdin disini jatuh cinta especially budak perempuan?
korang tahu tak tanda2 seseorang lelaki itu mencintai korang?
baca, fahami dan bertambah alert dengan lelaki ye!
1. kecantikkan kamu diketepikan, keikhlasan kamu diutamakan..
2. apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kasihnya..
3. si dia akan sentiasa menghantar sms.. walaupun tidak dibalas, ini tandanya si dia sentiasa mengingati kamu..
4. si dia sanggup menitiskan air mata demi kasihnya.. bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.. tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu.. itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu..
5. sentiasa menghiburkan hati kamu di kala gundah.. sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
6. jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.. ingat, nasihat bermaksud mengingati..
7. jika sudah sayang, macam2 akan kamu fikirkan termasuklah akan kehilangannya.. begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.. ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja..
8. ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih2 lagi dari orang yang dia sayangi.. baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.. hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu me-luap2, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.. pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
9. lucu, tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak2 kecil se-mata2 untuk mendapatkan perhatian daripada kamu.. si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.. kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya..
10. kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu.. tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu..
11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, " you masih sayang i?" , jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan.. itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.. sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa di-ulang2 agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
12. tidak suka kamu memakai seksi.. kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek..
13. dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang me-luap2..
14. dia sentiasa mengawasi pergerakkan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga..
15. dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya..
16. dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya..
17. kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia akan sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya..
18. dia tidak suka kamu keluar malam.. tanda ingin menjaga pandangan orang terhadap kamu..
19. dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya..
20. dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya..
21. HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya.. berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki..
chop! : hargailah dengan apa yang kita miliki..
like this<3
ReplyDelete