Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, July 26, 2011

kawan

assalammualaikum..

pertanyaan :
' ada sesiapa di antara kalian yang tidak mempunyai kawan? '

fatimahdin pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan..kalau tidak kawan karib,kawan biasa2..ini adalah naluri manusia..kita diciptakan untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri..cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? tentu sunyi bukan..?

ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri..kadang2 apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai..ada pula yang menikam dari belakang..harapkan pagar,pagar makan padi..kawan jenis ini tidak berkualiti..!

semua orang ada kawan..semua orang juga boleh menjadi kawan..namun,bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik?seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan..

ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan nangis..benar sama sekali!itu adalah kawan yang sejati..itu adalh sahabat..orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan..teman untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi..

setiap daripada kita boleh menjadi kawan yang sejati..bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati..berkualiti..namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian..bila kawan ditimpa kesusahan, masing2 hilangkan diri..bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara..

bukanlah susah menjadi seorang kawan yang sejati..kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut..

chop! : adakah anda seorang kawan yang sejati?apa2 pun,terima kasih kerana sudi menjadi kawan fatimahdin..


No comments:

Post a Comment