Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Thursday, April 30, 2015

penat

assalammualaikum.

mata bertemu masa
kembali katup, lemas dalam mimpi
hati berdetik laju
terasa limas melihat cahaya
tewas bila fantasi berjanji penuh nafsu
lebih padu dari hakikat
jika bangun itu penuh dengan liang dengan udara
sanggup aku hidup bernafaskan air

bangun, bangun!
sanggup kau luah kata berserah?
kenapa cahaya pula dipalit salah?
yang kau cinta itu beban
sanggup engkau ke dasar?
mana kau campak kuat dan liat?
pahit atau tidak
mata jangan terus jadi hitam

ah, pedulikan!
mata gelap ini leka
segenap penjuru sudah buta
separa menanti
separa patah hati
aku si layang yang putus talinya
hanya dia, dia, dia
biar selamanya hidup separuh mati
di sini, tanpa cahaya
pedulikan deringan getaran panggilan
semua yang bernyawa
biar otak bodoh
biar hati kelam
kisahnya tiada

tapi,
kalaupun berganti dua kali dunia ini
dan dunia seterusnya
dia masih wujud di tingkat
infiniti yang mustahil
engkau gila?
lupa pada fungsi kaki  berdiri?
lupa pada fungsi tangan untuk menggapai harapan?
bayang2 sesat engkau
yang sebenarnya palat!
hancurkan mereka
bangun dan hancurkan!

berdekah ketawa sang penglipur lara
berdekah ketawa musuh2 ketat
lihatlah masa yang dicuri
mahal harga hati tanpa nadi
indah luka
lembut sakitnya
pergilah engkau cahaya
moga aku tak terserempak si gelita.

chop! : jangan menyerah fatimahdin! lagi lima sem, tamatlah pengajian-mu. #strees itu memang lumrah hidup seorang pelajar. jangan sakit2, jaga diri, jangan makan hati.

Friday, April 24, 2015

tsundere

assalammualaikum.

jepun ini banyak term yang pelik2 dalam melabel orang especially dalam relationship sampai manusia herbivorlah karnivor omnivor pun ada maksud kalau di sana.
penulisan kali ini, fatimahdin nak menceritakan pasal the unfortunta case of being a tsundere. tsundere ni pronunciation dia sun.they(dei macam kamu panggil mamak) ray. kalau korang yang memang dah otaku  mode switch on lepas nampak perkataan ini mesti dah tahu apa maksud dia sebab tsundere ni pun memang one of typical characters dalam anime atau manga.

tsundere ini senang cerita macam bipolarlah lagi2 kalau dengan orang yang dia suka, mulut dengan ekspresi orang tsundere ini tajam sikit mampuslah siapa yang dia suka tapi dalam hati sebenarnya dia suka walaupun dia selalu cakap bodohlah, banganglah, bencilah . ada faham? in other words, tsundere ni malu tapi tak nak tunjuk dia akan tunjuk dengan keganasan atau kebencian. kalau nak contoh paling familiar dan universal, watak Helga dalam kartoon Hey Arnold. dia suka gila dekat Arnold, tapi perangai dia bila depan Arnold? heh.

the unfortunate case jadi tsundere ialah bila nak mengaku kau suka dekat orang tu pun payah tahap dewa. belum mengaku dekat orang lain lagi, nak mengaku dekat diri sendiri pun azab. peringkat awal bila si tsundere sedar yang dia might be sukakan orang itu, dia akan deny gila2 punyalah dalam otak dia sendiri .
'kenapa nak suka pada dia? tak handsome pun dia, si Abu tu lagi handsome. e, dah lah pemalas, bodoh, lembap, kepala macam bola ragbi pula pulak dah tu.'

bila dia dah rasa confirm suka pula, dia akan rasa macam nak facepalm oh god why aku boleh suka manusia kepala bola ragbi macam ini tapi rasa suka itu tak hilang juga. bila nampak orang yang disukai tu kalau orang normal selalu hati berbunga tsundere pulak cam pehal dia nak tunjuk muka hodoh dia depan kau. bila confuse, orang tsundere ni ada gak rasa macam nak meroyan di twitter macam manusia lain tapi nanti dia terfikir pehal aku yang nak kena meroyan pasal dia siapa dia untuk diroyankan?

part paling dahsyat sebagai tsundere ialah bila kawan2 dia tengah bergosip pasal crush dia , dia boleh bua2 tak tahu siapa nama crush dia padahal dalam hati sudah terpahat terukir duduk fikir tiap2 hari. kalau kawan dapat sense pastu tanya tsundere ni boleh jadi jawab, ' aku suka dia? hello, please-lah..'
tapi, kalau si crush tu tak kenal dia, buat apa dia nak kenal si crush itu sampai dia nak kena tahu nama. nampak tak betapa teruknya jadi tsundere?

oleh sebab perangai hazab macam ini, kalau si crush orang tsundere ni tau memang muntah darah gelak guling tak percaya. conth kalau ada orang bagitahu pada Arnold yang Helga suka dia memang Arnolg geleng kepala tak percayalah sebab tsundere ni memang sehabis boleh tak nak tunjuk yang dia suka dekat crush dia.

jadi, point fatimahdin di sini, kemungkinan tsundere ni jadi forever single 99.9% sebab crush mereka selalu salah faham bahawa mereka adalah musuh ketat. fatimahdin doakan semua tsundere akan jumpa pasangan yang memahami sebab for sure nak harapakan si tsundere ni start. so, ada antara kalian yang rasa kalian tsundere selepas membaca penulisan ini? mohon bertabahlah ye!

Thursday, April 23, 2015

face it

assalammualaikum.

kalau kalina rasa dengan dapat lupakan orang dengan cara larikan diri dari orang yang buat kalian sakit itu satu kejayaan, kalian silap. sebab berjaya berhadapan dengan orang yang buat kalian rabak itu jauh lebih besar tahap menang dia.

kalian ingat senang nak hadap muka yang buat reaksi macam tak ada apa2 sedangkan dia buat kalian sakit hati itu tak tahu nak cakap macam mana. nak2 yang jenis kejam serupa nazi. semalam baru lepas buat kalian rabak , hari ini dia datang dekat kalian  sengih2 macam baru jumpa harta karun. rasamacam nak terajang muka dia pun ada time tu. kalau kalian tak betul2 kuat , mau meleleh dah kalian di hadapan dia. tapi, sebab kalian kena berlagak steady dan cool, so, kalian pun buat macam tak ada apa.

sebenatnya, itu lagi baik dari kalian lari tak nak jumpa dia. tak nak cakap dengan dia. tak nak contact dengan dia. atas alasan kalian tak nak tengok muka dia. kalau dengan cara itu kalian cakap kalian sudah berjaya bangkit dari kekalahan, kalian silap. terang2, kalian masih tertakhluk bawah bayang2 dia.

kalau kalian sudah betul2 move on, jadah apa kalian still tidak boleh tengok muka dia? nampak sangat kalian tergugat takut jatuh hati balik. jenis yang senang kalah. hari itu, sikit punya meroyan, tapi still tidak boleh jumpa dia, sakit hati tidak hilang lagi katanya. sakit hati ke sebab kalian ada hati lagi sama dia. mulut cakap move on , tapi hati duk terkenang kisah silam. sudahlah! dia elok tegak depan kalian buat muka bahagia, kalian tak habis dengan muka taik. tak rasa malu ke bila tunjuk sisi lemah kalian pada dia?

memang tidak mudah nak berhadapan dengan dia. nak2, baru lagikan. kalau hati itu boleh nampak, luka pun tak kering lagi. tak payah tengok muka, dengar suara pun sudah sakit hati. marah, tapi terasa nak menangis. kan? macam bodoh! tapi sampai bila pun kalian mahu seperti itu? kalian pernah dengar ayat,
' lagi jauh aku lari,
lagi cuba aku lupakan dia,
lagi asyik aku teringatkan dia'.

fatimahdin bukan angkuh, tapi fatimahdin tak pernah larikan diri dari orang yang buat fatimahdin rabak. bukanlah tak pernah langsung. maksud fatimahdin, paling teruk pun fatimahdin berselisih bahu dan fatimahdin tunduk. kalau dia tegur, fatimahdin balas , kalau dia lalu buat bodoh,  fatiamhdin pun jalan buat bodoh. settle! tapi, fatimahdin rasa, itu tahap boleh dibanggakan sebab ada sesetengah orang langsung tak boleh. dengar bunyi tapak kaki, bau dia sekali lalu pun boleh mengundang air mata. parah!

bagi fatimahdin, bila kalian face up dengan manusia ynag buat kalian melalui fasa sakit dalaman ini menunjukkan kalian memang super power. of course-lah sebab taak semua orang boleh buat. kalian tak rasa ke macam best bila dia buat atau cakap sesuatu yang menyakitkan hati kalian semalam. hari ini, kalian jumpa dia kalian boleh senyum dan gelak ketawa dengan orang lain serupa tiada apa. bravo! silap hari bulan , dia balik yang rasa tergugat sebab tengok kalian tidak terjejas dek angkara dia.

jangan tunjuk yang kalian lemah di hadapan dia. macam mana sakit pun, kalian hadam sorang diri. kalau perlu, cerita dengan someone, cuma jikalau someone itu adalah fatimaahdin, penulisan dan jalan penceritaannya akan fatimahdin nukilkan dalam blog ini, cuma nama dan watak tidak akan dinyatakan, olahan yang berupa nasihat. kalau rasa nak berceritalah, go ahead. cerita. tapi, bila sampai depan dia, hadap. control diri kalian sebaik mungkin. selagi kalian boleh sorok rabak kalian itu, kalian sorokkannya. kalau nak melalak pun, tunggu sampai rumah, masuk bilik, cari bantal , tekup muka. tapi, kalau fatimahdin dah jumpa bantal especially bantal busuk garfield fatimahdin yang berwarna merah, pasti akan fatiamhdin ambil bau bantal tersebut. tapi, apa2 pun, jangan meroyan campak2 barang kalian pula ke lantai. mengamuk pula mak2 kalian nanti.

cara ini, bagi fatimahdin one of the best cure-lah. hari ini kalian tengok muka dia sakit level sembilan puluh lima. esok lusa muka dia sakit itu dah turun level tujuh puluh. lusa, turun pula ke level lima puluh lima. everyday, kalian akan get used and slowly kalian akan jadi ok.
bukanlah fatimahdin suruh kalian jumpa dia hari2. itu contoh. jangan jadi bebal kalian pergi cari dia tidak tentu pasal. in case jikalau terjumpa atau memang kalian perlu deal dengan dia hari2. tak perlu nak larikan diri bila terserempak. jikalau kena dekat fatimahdin, memang fatimahdin gelakkan sahaja. perangai serupa budak belum sunat.

kalain boleh meroyan, selepas itu, cari jalan. kalian boleh sepuas hati menjerit, tapi terus bangkit. kalian boleh sakit hati , cuma mohon cepat berhenti. apa kalian perlu buat , tarik nafas, dan dia, kalian lepaskan.

kadang2, kita memang kena telan dan hadap benda yang buat kita sakit. bukan sebab tiada pilihan, tapi sebab dari pahit itulah kita akan lepas dari perit dan kuat untuk bangkit.
orang kata, alah bisa tegal biasa.

" sampai sekarang, aku still tak boleh jumpa ex aku sebab rasanya jikalau aku jumpa ,confirm aku menangis. tak boleh. " - seorang wanita yang telah berkahwin.

ini nama dia ikut hati tak lama lagi kau mati dekat tangan laki.