Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, April 22, 2015

terbakar hati

assalammualaikum.

tak kira, fatimahdin nak membebel juga!

jadi, apa yang kalian pilih? sudah mula buka mata dan melihat kiri kanan dan sekeliling anda? sudah mula move on daripda menunggu buta? kalau ya, fatimahdin doakan yang terbaik untuk kalian. tapi, bagaimana pula yang pilih mahu menunggu? fatimahdin sarankan sila stand-by tuala basah di tepi , kerana fatimahdin bakal menembak anda dengan peluru pedas dan panas. kalau ada kain kapan putih pun okey juga, manalah tahu nanti ada yang sentap sampai terhenti nadi.

pusing tepi atas bawah punya sembang pun tak ada gunanya. jadi, kalian mengambil keputusan untuk terus menunggu. okey-lah, itu hak masing2. tunggu pun best juga. best makan nasi dengan hati setiap hari. kenyang dengan perasaan harapan nyawa2 ikan. best tu, sambil menangis pukul 3pagi, kau bayang kau macam dalam movie yang jiwang2 karat especially cerita2 melayu ni, yang mana, kalian pegang prinsip willing to wait and against everything for love. pergh, so dramatic. so sweet.

tapi, kalian sedar sesuatu tak?

dalam kelam kabut kalian tunggu dan kejar crush kalian tu, ada manusia yang setia tegur, cakap hi!
ucap selamat pagi, tanya how was your day? bila kalian hitung hari dan hafal jadual exam crush kalian sebab nak wish good luck, dia ni yang pesan pada kalian jangan study hard sangat masa exam, tidurlah awal, katanya. tapi, bila dia text, kalian macam acuh tak acuh. bila dia whatapp, kalian sanggup gunakan wechat sebab tak nak kantoi last seen punya pasal. kemainkan kalian ni!

dia baik, take care pasal perihal kalian. mungkin dia mempunyai kekurangan daripada crush kalian yang membuatkan kalian tak berminat. mungkin tak kaya mana, mungkin perangai awkward. tapi, mak fatimahdin pesan, lebih baik pilih orang yang sayangkan kita dari orang yang kita me-lebih2 sayang.

'tapi dah tak sayang , nak buat macam mana. tak boleh, tak ada feeling langsung. takkan nak tipu pula?'
kalian jangan nak menipu, masa kalian baca apa yang fatimahdin tuliskan ini dialog di atas adalah alasan kalian yang ada dalam kepala otak kalian. betul tak?

oh, habis tu, kalian tak fikir pula, mungkin itulah sebabnya crush kalian pun tak ambil peduli pasal kalian? tak sedar? masih buta? kalian sibuk menangis, mengapalah si crush kalian sukakan orang lain padahal, kalian sudah bertungkus lumus usaha mengorat, kalian ingat semua tarikh hari lahir dia, mak dia, atuk dia, semua tarikh la senang cerita. kalian rasa, kalian deserve to be with him? mari sini, dan duduk rapat2 dengan fatimahdin. fatimahdin nak ulang balik ayat kalian.
'kan dia dah tak ada perasaan dekat kalian? nak buat macam manakan?'

* it's burning. it's hurting *

jadi, selepas ini, mungkin ada yang akan rasa insaf sedikit dan mula mahu appreciate dia  yang ada di depan mata. mungkin la, jikalau kalian fesyen yang keras hati sangat, nak buat macam mana. tapi, masa itu Tuhan nak tunjuk langit tinggi rendah, dia tiba2 ber-ubah. kalau dahulu, celik mata sahaja, dah ada ucapan pagi daripada dia, sekarang, sudah tiada. jikalau dahulu, dia sanggup sabar dengar kalian cerita dan merengek pasal lapar la, benda2 bodoh dalam hidup kalian itu, sekarang, dia beri alasan busy, mengantuk, ataupun reply pendek2. kalau dahulu di Twitter mahupun Facebook, pantang nampak kalian meroyan sikit,  dia akan tanya, "whats wrong?"
sekarang? sudah tiada!

' yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran'
tahniah!

apa yang kalian rasakan sekarang? marah? kecewa?
pernah kalian fikir dia resah tengok last seen whatapp kalian? pernah kalian fikir harapan sebu dah nak basi dalam hati dia tunggu kalian reply text? bayangkan perasaan dia bila dia call, lepas tu, kalian sembang acuh tak acuh sahaja, kalau lagi kejam, reject the call! tapi, bila kalian bosan, kalian cari dia. kalian nak dia pay attention kat kalian. main tarik tali dengan perasaan dia.

jadi, kalian nak tuduh dia tak ikhlas la sekarang ni? kalian nak cakap, dia hanya mencuba sekerat jalan? tak cuba sehabis yang mungkin nak mengorat kalian? cik abang, cik akak sekalian, ayat tu sila susun cantik2 sikit. kalian pernah fikir malu yang dia tanggung? dia tetap call kalian, mesej kalian, ambil berat pasal kalian , tapi, kalian hanya buat bodoh sahaja. malu kot!
bila orang yang suka kalian itu decides to walk away, mungkin bukan sebab dia dah ada crush lain pun.  mungkin lelah semput dia kejar kalian dah sampai tahap maksima. kalian bukannya pernah kisah pasal rasa celaru perasaan diakan? pernah tak kalian fikir?

ini adalah pembalasan yang paling mantap. jadi, bila dia click unfollow, buang nombor kalian dari contact list, delete dari Wechat dan Whatapp, dan kalian kata, fuck you, well then fuck you too. you never appreciate dia before this. so, why now? dah, pergi sana jauh2 menangis tidak berlagu.

chop! : maafkan fatimahdin di atas bahasa2 yang kasar ini. nak bagi pencerahan pada kalian.

Tuesday, April 21, 2015

hurts

assalammualaikum.

sakit.

satu benda yang semua orang akan rasa. tipulah kalau kau kata kau tak pernah rasa. paling lopek pun mesti sekali pernah rasa macam mana rasa kena tikam jiwa. bila rasa sakit rasa macam nak penerajang orang pun ada. betul tak?

sakit ini sebenarnya satu rasa yang gila. sakit yang kadang2 datang tanpa kau cari atau kadang2 tak ada tapi kau yang cari sakit itu sendiri. masa sakit itulah kita nak tahu siapa yang selalu ada dengan kita. masa sakit itulah kita nak tahu siapa yang pedulikan kita. masa sakit itulah semua rasa kita nak luah. remuk rendam, kecewa lara, semua kita luah, semua kita rasa. bila sakit, rasa macam satu hari suntuk tak cukup masa kita nak menangis meratap bagai gila. rasa macam satu hari itu patut ada 48jam atau selebihnya.

nak menangis, orang kata habiskan masa satu hari. kena nangis lama2 sampai puas. tapi kalau satu hari pun rasa tak cukup macam mana? kemana lagi nak lari?

kadang2, bila kau sakit, kau mesti cari semua orang yang kau ada. luah semua benda, luah semua sakit dalam jiwa. kau minta pendapat, kau minta nasihat. orang betul peduli akan betul2 pujuk kau sampai tangisan kau berhenti. bagi nasihat itu ini. kau dengar, kau iyakan tapi dalam hati kau tak nak tahu pun apa nasihat orang lain. kau berdebat itu ini dengan orang yang jadi tempat kau meluahkan perasaan. semua rahsia, semua rasa keluar tanpa disangka.

ber-talu2 nasihat kawan kau lemparkan. kau ambil, kau dengar tapi lepas itu kau buang ke laut. kau buat pekak, buat buta tuli. kau ikut kata hati kau sendiri. sebab pada kau, apa yang kau fikir je yang betul, tak ada salahnya. sebab pada kau, kawan kau tak rasa apa yang kau rasa. kau yang rasa dan kau je yang ada hak nak buat apa yang kau nak. orang susah payah bagi cadangan nak jauhkan kau dari rasa sakit hati , tapi kau degil nak menghadap sakit sendiri. bila sakit, kau mengadu itu ini dekat semua orang. ingat semua orang suka dengar cerita sama ber-kali2?

ibarat kau cuba belajar menunggang basikal. kau mula kayuh, kau jatuh. luka berdarah, kau rasa sakitnya. tapi, kau bangun balik, naik atas basikal dan kayuh sampai habis. mak kau kata, 'sudahlah'. nanti bertambah luka. tap, kau degil, kau buat pekak. kau kayuh juga. seba kau tahu, satu rasa yang puas kau akan dapat bila kau dah berjaya kuasai basikal itu. kau dah berjaya tunggang. kau rasa puas bila kau boleh depa tangan sambil kayuh pedal.

'nak rasa bahagia kena rasa dahulu sakitnya.'

itu contoh sakit yang kau cari sendiri. kau tahu sakit itu ada punca. punca datangnya dari mana. tapi kau tetap dekat dengan punca. hadap rasa sakit yang buat kau jadi gila. kau butakan mata, kau matikan rasa. sebab, bila kau rasa semua sakit itu sudah reda, kau akan temu bahagia, tapi, kau yakin bahagia itu akan ada? kalau bahagia itu cuma angan2 yang sia2, bagaimana?

berbaloi ke kau cari sakit sendiri kalau kau sendiri tak pasti bila tarikh luputnya? takkan kau nak hadap sakit itu sampai mati?  konon berharap kau akan bahagia satu masa nanti?

Thursday, April 16, 2015

sayang tqa

assalammualaikum.

nukilan khas untuk mu kakak!

ikut hati mati
ikut rasa binasa

tapi, aku tak ikut hati, tapi aku pun dah mati. aku tak ikut rasa, tapi tetap juga binasa.

orang kata jangan mudah percaya dan berikan sayang itu dengan sewenangnya. jangan terlalu mjrah dengan sayang sebab kelak makan diri. habis, kau fikir aku tabur sayang aku mengikut angin lalu? biar terbang rawak. bertebaranlah sejauh mana ia mampu. rebahlah pada yang dia mahu. sayang itu aku jaga, aku bendung biar tak pergi ke orang yang tak selayaknya. aku tahu. tapi mungkin aku silap sebab aku tak jaga hati aku sebetulnya. hati yang timbulkan rasa sayang. sayang aku ikat tahan, tapi hati aku lepas bebas.

jangan bagi ruang untuk hati disakiti. tapi, mana kau tahu hati kau akan sakit kalau kau sedang bahagia. sayang bari berputik, semua nampak indah. yang buruk pun di kata elok. kau kata itu buta tuli, pergi mati sana sebab kau mungkin tak pernah rasa nikmat cinta sampai kau jadi bodoh. akal boleh realistik tapi hati takkan boleh jadi waras. dalam berjaga kau tergelincir. tenggelam dalam nikmat perasaan sampai lupa kemungkinan yang menanti di hadapan.

ku sangka panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengah hari.

sakit. memang sakit. sakit yang tak boleh di ungkap,

menangis selagi kau boleh. benam hati kau sedalam mana yang kau mahu. leyan remuk redam selagi kau mampu.

aku mahu kau tahu, ini bukan salah kau sayang. kau tak bodoh. menyerahkan hati pada dia yang masih kelabu itu bukan satu kesalahan. lumrah manusia. dia tak pandai menghargai kau. penglihatannya masih liar. hatinya masih besar. nafsunya masih kasar. otaknya masih dumpu. dia juga seperti kau. insan biasa yang buta bila dihidangkan dengan rahmat kasih. biarkan. beri dia peluang. lepaskan dia melangkah sejauh mana dia mahu. tengok destinasi mana mahu dia berhenti. sebab, kau perlu tahu mana letak duduknya kau dan dia.

dan, kau cuma perlu kuat. sekuat batu kerikil. berhenti tanya apa salah kau. dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. tak perlu mencari di mana silap. abaikan makhluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya yang wujud antara kau dan dia. dan, rahsia itu biar terus kekal disitu. simpan. kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama dengan apa yang ada di dalam.

saat dia terjatuh sebagaimana dia lakukan pada engkau, baru dia tahu apa itu dunia. dia akan sedar, hati itu bukan sekadar untuk bahagia. derita sentiasa menanti untuk mengambil tempat. ada sisi lain selain putih.

sudah, kesat air mata. lalui hari kau seperti masih punya pelangi. bertenang. teruskan hidup dan bersedia. lihat ke mana takdir akan membawa engkau.