Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, February 25, 2015

forever alone and forever single

assalammualaikum..

exhale. inhale. fuh! berdebar gila masa nak menulis ni.

ada orang request suruh saya tulis pasal cinta dan perhubungan tapi macam mana nak mula ye? like serius, fatimahdin memang tak tahu tapi kalian baca ajelah apa yang nak diluahkan ni.

*realiti kehidupan*
(dialog yang kedengaran)

'like omg, you know, last week, my boyfriend... blablablablabla..'
'hari tu, ex aku tiba2 kacau aku.. blablablablabla..'
'boyfriend kita plan surprise birthday party.. blablablablabla..'

hey hey hey you all semua, fatimahdin pun nak cerita kencang la macam tu. ini realiti kehidupan fatimahdin yang tak tahu pilu ke sedih ke bahagia ke sebab banyak status di Facebook menyatakan bahawa single itu happy maka, wajiblah fatimahdib mohon share. tapi, yang paling bestnya, dan yang paling akan buat korang rasa jawdrop juga, satu geng di universiti (tipulah nak dikatakan satu geng tapi mungkin dalam 65% from the gang) pun sama.

happy lagi bahagia tau sebab tak pernah rasa insecure, omg, fatimahdin tiada boyfriend-lah siapa nak jadi boyfriend fatimahdin lalu, post status di facebook tapi, tu kat universiti tu jelah. masa dalam geng forever alone and single ni, dunia ni, macam kitaorang yang punya, gosip tak ingat dunia, shopping tak ingat dunia, makan tak ingat dunia, gelak lagilah tak ingat dunia. bila gelak tum hantu kak limah pun takut nak join! pendek katalahkan, kitaorang ni diibaratkan heroin2 dalam chick flick yang tiada heronya.

bila keluar tanpa geng, macam kena pelempang ber-das2. wow, ramainya couple2 dalam malaysia ni! fatimahdin ni forever alone and forever single! masa tu, tiba2 hati rasa ketat dan sesak. nak juga orang belanja makan itu makan ini, lepak kat cafe, sembang2, you tenung mata i, i tenung mata you, biarkan mata ber-bicara. mak ai, awat lagu ni ayat fatimahdin? ingat ini drama korea ke fatimahdin oiii...?? selain daripada itu, nak juga orang belanja tengok wayang, belikan handbag, minyak wangi, kasut tumit tinggi dan lain2. gila demand fatimahdin! sometimes je la duk fikir macam ni. err, nampak tak niat salah fatimahdin di situ, sebab tu lah fatimahdin forever alone and single.

serius, otak tengah kering kontang tak ada idea nak tulis. selsema dan pening kepala. nak tidur awal malam ni. apa2 pun, di post yang akan datang fatimahdin akan share-kan pengalaman fatimahdin sebagai seorang budak yang forever alone and forever single dan masalah2 yang dihadapi, sebagai contoh, cara menyimpan duit untuk membeli kasut dan bagaimana untuk mendapat pencerahan di butik H&M, Forever 21 dan lain2 serta tips2 menjadi seorang yang forever alone and forever single ini.

chop! : fatimahdin bukan dalam kalangan yang bertudung labuh cuma identiti fatimahdin ialah suka berbaju kurung ke mana sahaja, baju kurung juga yang akan disarungkan ke tubuh ini.  

Tuesday, February 24, 2015

cinta

assalammualaikum..

hai! hihi..

actually, sekarang ni, situasi fatimahdin tengah rabak. tersangkut dalam konflik dan masalah. al maklumlah, duniawi. bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat, pasti akan ada halangan, dugaan dan cubaan. tapi itulah, mungkin Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk fatimahdin pada masa yang akan datang, jadi, mungkin ini sebabnya fatimahdin rasa sakit sekarang. walau apa pun masalah yang dihadapi, pasti akan ada penyelesaiannya. jangan ingat fatimahdin tengah rabak pasal soal cinta, banyak lagi masalah lain yang fatimahdin ada sebenarnya.

tadi, fatimahdin ada bertanyakan kepada rakan2 fatimahdin apa yang mereka faham mengenai cinta. fatiamhdin bertanyakan kepada mereka yang bujang dan yang juga sudah berkahwin, ke-dua2 jantina lelaki dan perempuan fatimahdin bertanya. jadi, bila dah bertanya, pastilah ada jawapannya dan pelbagai jawapan yang fatimahdin terima.

jadi, pandangan fatimahdin pasal cinta? well, love is not about me and you. it's about us! cinta tak berguna kalau sebelah pihak sahaja yang be-ria2 nak jaga hubungan. tak guna jika ada me sahaja tapi, tiada you. tak guna juga jika ada me and you tapi, tiada us. cinta memerlukan komitmen kedua belah pihak. kalau tak nak ada komitmen dan cuma mahu touch and go, kau boleh pergi bercinta dengan panda yang baru bawa dari china tu.

chop! : a true relationship is not about me and you. it's about us. all about us. it's called LOVE! 

Monday, February 23, 2015

relationship

assalammualaikum..

haaiii... (lelambaikan tangan kat korang)

memandangkan ini ialah entry pertama fatimahdin pada tahun ini, setelah lama tak mengetip jari jemari kaku di papan kekunci laptop ini, makanya, dengan ini, fatimahdin memilih untuk menulis entry yang santai dan ringan. disebabkan fatimahdin teramatlah blur, blank dan tak ada idea, sebagai permulaan, fatimahdin menyahut seruan dan saranan daripada seseorang untuk fatimahdin memberikan ruang dan pandangan tentang relationship atau hubungan dalam bahasa melayunya manakala dalam bahasa ringkasannya, relay. terima kasihlah untuk idea itu. fatimahdin cuba ye walaupun fatimahdin tidaklah begitu arif dengan relationship!

sebelum fatimahdin jauh melalut, fatimahdin nak tekankan, ini adalah hasil pertama nukilan fatimahdin pada tahun ini setelah sekian lama fatimahdin tak menulis atau mengetip jari di papan kekunci laptop ini bagi menulis blog, jadi fatimahdin mengharapkan kalian semua tidak begitu excited untuk mengharapkan apa2 yang terlebih advance. fatimahdin mungkin boleh di klasifikasikan sebagai seorang budak yang baru belajar, seperti seperti seorang budak sekolah yang baru masuk sekolah darjah satu. kalau suruh pegang pensil pun mungkin ter-gigil2, tulisan pun umpama cacing kerawit. nak disuruh mengeja, mungkin bunyinya lain daripada yang lain.

setelah sekian lama tak menulis ni, apa kata fatimahdin recall balik ingatan kalian semua dengan sesi perkenalan siapakah fatimahdin ini, al-maklumlah, dah lama tak menuliskan. rasanya, bila kalian semua tengok nama ni pun, kalian boleh agak yang fatimahdin ni seorang budak perempuan. kalau ada di antara kalian yang menyatakan fatimahdin ni merupakan seorang budak lelaki, mungkin kalian ada gangguan pada saraf otak, tak pun, kalian terkena buatan orang. umur pulak, tak perlulah fatimahdin mention di sini, cukuplah kalian tahu bahawa umur fatimahdin ini dah kira lepaslah umur nak masuk ke dalam mana2 pub, club dan seangkatan dengannya, cuma, kalau tak lepas pun, mereka mempunyai keraguan dengan ketinggian fatimahdin ini kerana fatimahdin merupakan seorang insan ciptaan tuhan yang ketot, kecil, comel dan seangkatan dengannya. walaupun umur fatimahdin melepasi untuk masuk ke dalam pub dan club, namun, fatimahdin tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat2 tersebut kerana fatimahdin merupakan seorang insan yang tak ambil pusing pasal hal duniawi.

bebel dah ber-jela2.. nak bagi pandangan apa ni?

kalau nak diikutkan, fatimahdin memang tak layak lagilah nak ber-kata2 atau mengomel mengenai hal perasaan dan jiwa ini. maklumlah tak cukup umur nak cakap2 pasal hal ini. lagi2, kalau nak bagi nasihatlah. mungkin kalau rasa nak ikut nasihat ini, ikutlah, tapi kalau rasa tak perlu, jangan di ikut ye! hakikat itu, kadang2 menyakitkan. tapi pergi arwahlah korang nak cakap apa pun.
bak kata seseorang ini,
' kau ingat semua yang jual burger tu suka makan burger ke?'

ada lagi sambungan ayat yang seterusnya, tapi dah lupalah. maaf. tak semestinya, dalam hidup, bila kita asyik failed dalam relationship, kita tak boleh cakap pasal cinta, kasih sayang dan lain2. damn you! erk...

cinta ni, mang best lah bak hang. dia boleh kasi hang terbang melayang nun setinggi langit sampai kau lupa ada tanah kat bawah. orang kata, kalau tengok cerita sedih sampai basah bantal meleleh air mata pun kau boleh steady senyum. tu dia punya syok! tapi, kau jangan lupa, cinta ini juga boleh humban kau ke tanah sampai hang tak boleh berdiri. silap hari bulan, terbenam jauh ke dalam, kepala pun tak nampak. sakit dia, tak boleh nak cerita, hang kena rasa sendirilah. dia punya berkabung tu bawah sikit je dari kematian. serius korang, fatimahdin tak tipu walaupun hanya sekadar mendengar luahan rakan2.

makanya, dengan ini, bila dalam mood duk tersengih sebab penangan asmara, penangan cintan cintun kalian tu, janganlah sampai lupa diri. macam orang kiri kanan tak wujud. asyik nampak dia je. melampau! macam dunia ni takkan berakhir. tak fikir langsung kemungkinan yang akan datang. dan, bila kau dah jatuh terduduk dek cinta pun jangan rabak sangat. macam tak ada hari esok. come on lah, dunia belum berakhir. kalau dah berakhir pun, dunia lagi satu ada. kau jangan lupa, jangan buat benda bodoh! buangkan je awan yang terpilu tu jauh2.  

pesanan ikhlas kemasyarakatan daripada fatimahdin,
' kalau sayangkan seseorang itu, simpan sikit benci pada dia. kalau bencikan seseorang, simpan sikit sayang pada dia'

bukan apa, kalau benci sangat nanti, makan diri dan kalau sayang sangat pun silap hari bulan boleh gantung diri. kita tak tahu esok apa akan jadi.

chop! : dasar manusia, kalah dengan cinta.