Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, April 20, 2011

saya bukan orangnya

saya bukan orangnya,
saya bukan segala yang awak mahukan,
saya bukan segala yang awak perlu,
sebab,
saya cuma seorang manusia biasa..
saya bukan seorang pendengar yang setia,
saya mudah berpaling,
saya cuma mampu berkata yang jujur,
apa yang keluar dari mulut saya datangnya dari hati saya yang suci dan ikhlas,
yang mungkin hanya menimbulkan amarah awak..
saya bukan pengajar yang taat,
saya kurang ilmunya,
saya cuma mampu belajar dan belajar bersama awak,
tapi,pengalaman yang mengajar saya dan memberikan pengajaran..
saya bukan sahabat mithali,
yang mampu setia di belakang awak,
saya cuma mampu memahami awak,
tanpa awak sedar..
saya bukan gadis yang sempurna,
yang menjaga tingkah laku dan tutur katanya,
saya cuma mampu menjadi diri saya,
saya bukan seorang hamba yang terbilang,
yang taat pada tuhannya,
saya hamba yang penuh dengan kekhilafan,
saya bukan segala yang dijangkakan,
kerana saya memang begini,
saya cuma seorang manusia biasa,
yang tiada keistimewaanya,
yang tiada daya tarikannya,
dan manusia itu adalah saya yang bernama,
fatimahdin...

Friday, April 15, 2011

love akon but addicted to korean?

assalammualaikum..
seperti yang sedia maklum,hari jumaat merupakan hari di mana perut fatimahdin sentiasa berkeroncong rentak hip hop + r&b + rock..tandanya,perut ni,sentiasa laparlah..ada-ada saja yang nak disumbatkan dalam mulut ni tuk dikunyah dan telan..hak3..fatimahdin kuat makan..badan pun dah jadi gemuk..macam yang seseorang bagi pangkat dekat fatimahdin,'cik mok'!..hu5..

okay2,dalam pada melayan rentak perut ni,melayan la lagu akon kat  mp3 hp ni..wow,tapi nasib malang,kredit expired lah,so,tak dapat nak on9..tapi tak apalah,akon tetap memekak dekat dalam lubang telinga..lambatnya makanan ni sampai..hua3..kenapa fatimahdin minat akon?cop,tak minat pada akon tapi minat pada lagu2 akon..kalau dihayati,lagu2 akon memang best..liriknya..pergh,memang kena dengan jiwa dan life fatimahdin..macam secara kebetulan kena pada life fatimahdin..tetap support pada akon walaupun dah jarang dengar lagu2 akon ni..kadang2,bila dengar lagu2 akon ni membuatkan fatimahdin teringat pada someone ni especially pada lagu 'don't matter'..to someone,12 april hari 2,hari jadi kamu..selamat hari jadi..he5..(apa jenis kawanlah fatimahdin ni,boleh lupa hari jadi someone ni?hua3..)

erk,tak nak cerita panjang pasal akon..ni lagi 1..addicted to korean?hello,fatimahdin hanya suka pada stail mereka especially pada rambut dan fesyen..itu sahaja tak lebih dan tak kurang..akon tetap diminati..hua3..okay,better stop dulu,makanan dah sampai..fatimahdin nak makan!jemput makan semua..


Wednesday, April 13, 2011

> 12 cara untuk mengetahui kamu mencintai seseorang

12) kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur,kamu masih teringat padanya

11) kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya

10) kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya

09) kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya

08) bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain disekeliling.kamu hanya nampak dia

07) dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan

06) kamu perasan kamu sentiasa senyum apabila kamu memandangnya

04) kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya

03) semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja

02) kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor 5 hilang atau tiada dalam list ini

01) kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada nombor 5 dan kamu akan tergelak sendiri

cop : benda ni diberikan oleh kawan saya yang ingin mengenakan saya kerana saya terlalu meminati nombor 5..tak apa,tak kisah pun kalo nombor 5 hilang..tengoklah nanti akan saya kenakan awak yang suka sangat nombor 8..hu5...apa-apa hal,saya sayang semua yang kenal saya!fatimahdin sayang semua..