assalammualaikum.
buat bekas kekasih,
jangan pernah membiarkan rindu merajai perasaan kamu yang berbaur kenangan lalu yang tidak mungkin untuk fatimahdin mainkan kembali. kenangan itu adalah kekhilafan dari diri fatimahdin sendiri, mana mungkin fatimahdin mainkan.
percayalah, kamu ada potensi menjadi seorang lelaki yang dipandang tinggi yang tidak mungkin mudah untuk dibeli. hati fatimahdin yang bertakhta di dalam diari hidup kamu yang dahulu terpaksa berpaling kerana sudah tiba masanya kita berjalan menikmati kehidupan sebenar.
fatimahdin tidak mahu lagi kamu isi harapan kamu bergunung tinggi. fatimahdin tidak mahu lagi berhipokrasi dengan perasaan ini.
sungguh, fatimahdin minta kamu berubah dan dapatkanlah bahagia kamu sendiri. pulanglah ke tampuk fitrah kamu kembali. pulanglah dan raikanlah bersama sahabat sejati dan keluarga tercinta.
sungguh, fatimahdin tidak merasa derita perit kamu tetapi fatimahdin melihat bahawa kamu sedaya upaya membuang derita pada zahirnya, tidak mengapa, fatimahdin tidak kisah, mungkin salah fatimahdin yang terlalu sibuk dengan kerja dan pelajaran fatimahdin sehingga mengabaikan kamu sehinggakan kamu mengisi kekosongan dan kesunyian dengan kehadiran orang baru dalam hidup kamu. hati kamu berbelah bahagi ketika itu, tidak mengapa , biar fatimahdin mengalah. selamat menjalani kehidupan baru kamu dengan orang baru. empat tahun kita hanyalah sia2 tapi tidak mengapa, itu yang dikatakan pengalaman. tahniah buat kamu yang terdahulu menemui orang baru.
secara rasminya, ingin fatimahdin serahkan kembali kehidupan kamu itu dengan pesanan,
' lahirkan diri kamu yang baru kerana kisah lalu bersama fatimahdin, tetapi untuk memeriahkan kehidupan kamu tanpa sekelumit diri fatimahdin. jadi dan carilah diri kamu yang sebenar.'
fatimahdin bersyukur kamu berubah hati dan telah mengambil keputusan yang baik walaupun sukar. semoga kita berjumpa lagi, di kehidupan baru kamu yang kelak. fatimahdin doakan kamu lebih berhak menikmati nyawa percuma kerana fatiamhdin bukanlah seperti dilihat oleh kanta mata. maafkan diri fatimahdin ini kerana fatimahdin yang menyebabkan kita mula memaut untaian perasaan kita agar kita berdua bersatu dengan sifat ehsan yang pernah fatimahdin ajarkan itu. silalah maafkan diri fatiamhdin ini.
yang menjadi kata2 terakhir dari fatimahdin buat kamu,
' fatimahdin mohon kamu pinggirkan fatimahdin agar bisa kamu lupakan kisah kita .
please, don't you ever come back just like once upon a time, delete me from your life and do please hate me. semoga kamu berbahagia dengan orang baru.'
No comments:
Post a Comment