Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, April 16, 2013

sekian lama menyepi

assalammualaikum..

kepada : bonda tercinta

maafkan anakanda bonda..

bonda,
dua hari ber-turut2 anankanda menghabiskan masa dengan bonda.. deraian air mata sentiasa bercucuran.. namun, air mata yang menitis ini tiada siapa yang lapkan.. air mata ini, ianya hidup di mata anakanda tetapi mati di pipi anakanda..  maafkan anakanda bonda.. sebulan kita berpisah tapi mati itu pasti.. setiap yang bernyawa pasti  akan pergi.. ya, itulah situasi yang dihadapai ketika ini..
bersua dengan bonda dalam satu situasi yang kaku, satu situasi yang berkeadaan sunyi.. tiada lagi sentuhan rasa antara kita..
tiada lagi komunikasi antara kita, gelak tawa, tentangan mata dan lain2 aktiviti.. cukuplah sekadar sepotong. sekeping, sebaris doa dari anakanda buat bonda tercinta.. tiada pengganti mu bondaku..
pesanan dan ingatan mu terpahat di minda.. ia umpama ber-main2 di tubir mata, ber-main2 di dalam minda.. raut wajahmu, kata2 mu, dialog2 mu, kelakuan mu dan sebagainya umpama sebuah filem yang ditayangkan di panggung wayang.. anakanda rindukan itu semua bonda!
anakanda telah sehabis daya berbakti namun ketidakpuasan hati berlaku apabila anakanda tidak dapat berbakti kepada bonda.. bonda yang melahirkan dan membesarkan anakanda.. maaf, anakanda lewat untuk pulang.. perkhabaran yang sampai ke telinga anakanda agak lewat.. terkilan sungguh rasa hati apabila mengetahuinya.. anakanda harap, bonda memahami situasi anakanda..
maaf kerana anakanda tidak menghabiskan masa dan waktu bersama bonda di saat2 akhir..

chop! : saat indah waktu bersama mu, tak mungkin anankanda lupakan.. maafkan anakanda dan anakanda telah mencuba untuk menjadi yang terbaik.. al-fatihah kepada insan2 yang telah meninggalkan kita.. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..

salam rindu dari anakanda mu...

1 comment:

  1. Takziah untuk awak. Berbanyakkan sedekah doa dan ibadah kita. Moga kita yang solehah dapat membahagiakan mereka di Syurga Allah..Saya doakan semoga semua dosa allahyarhamah dan semua yagn telah kembali diampunkan Allah dan mereka bahagia di singgahsana abadi..

    Teruskan hidup demi membahagiakan bondamu sayang..=)

    ReplyDelete