setahun sudah berlalu kejadian itu namun fatimahdin masih mengingati detik itu.. detik pertembungan tiga orang sahabat karib.. fatimahdin, seorang sahabat lelaki dan seorang sahabat perempuan fatimahdin merangkap girlfriend sahabat lelaki fatimahdin.. karib? betul ke? bibir hanya mampu tersenyum apabila menulis ini.. sahabat lelaki yang merupakan teman sepermainan ketika kecil dan sahabat perempuan yang pernah berjanji menjadi sahabat selamanya untuk fatimahdin.. pertembungan dan pertemuan bagi menemui titik nokhta agar tiada berlakunya lagi persengketaan sesama kita.. hanya kerana cinta, fatimahdin diketepikan kalian berdua.. hanya kerana cemburu.. ya, cemburu membawa padah sehingga ada nyawa yang on the way terkorban! persetankan kata2 itu kerana fatimahdin tidak bercinta dengan sahabat lelaki itu kerana dia adalah teman sepermainan fatimahdin yang dikenali sejak kecil lagi! kerana fatimahdin lebih mengenali teman sepermainan fatimahdin..
dentuman itu.. ya, dentuman itu.. dentuman yang paling kuat.. hentakan yang menyemburkan percian darah yang keluar dari mulut ini.. mata ini masih lagi sempat melihat pergerakkan kereta myvi hitam itu berlalu meninggalkan fatimahdin keseorangan bertarung nyawa.. pergilah kalian berdua, pergilah tinggalkan fatimahdin.. pergilah, fatimahdin tidak menghalang.. iringan doa semoga kalian selamat.. mata, mula ber-pinar2.. penglihatan seumpama melihat pelbagai bayangan.. hati berdetik,
' adakah ini kehidupan terakhir fatimahdin?
kereta teruk ke?'
namun, mata ini per-lahan2 terus tertutup..
persoalan kepada diri sendiri tidak terjawab..
7 bulan kemudian..
silaunya pancaran cahaya lampu kalimantang..
hati berdetik,
' dimanakah fatimahdin?
masih hidupkah fatimahdin?
apa dah berlaku ini? '
tiba2, fatimahdin menjadi seumpama seorang insan yang hilang kewarasannya.. ya, fatimahdin sudah ingat apa yang berlaku pada diri ini.. fatimahdin masih hidup!
ketika masih berada di katil hospital, hati berdetik dan ter-tanya2,
' apa yang berlaku pada kalian berdua?
hidupkah lagi kalian berdua?
fatimahdin merindui kalian berdua..'
dalam keadaan begini, fatimahdin masih mengingati kalian berdua.. hari berganti hari, fatimahdin sentiasa menantikan kedatangan kalian berdua di hospital.. kepala sentiasa menjenguk ke arah pintu wad.. derap kaki kalian berdua sentiasa fatimahdin nantikan tapi sayang seribu kali sayang, kalian tidak datang.. kedatangan kalian dinantikan.. sehingga hari terakhir di wad, kalian tetap tidak datang menjenguk fatimahdin..
buat sahabat lelaki dan sahabat perempuan itu..
' fatimahdin maafkan kalian berdua..
walaupun kejadian ini sudah setahun berlaku,
ia masih segar dalam ingatan fatimahdin..
sudah setahun juga, hanya kerana kemalangan itu,
kita bertiga tidak bercakap dan bertegur sesama kita..
tidak mengapa, fatimahdin tidak kisah..
yang lalui penderitaan dan trauma itu adalah fatimahdin..
bukannya kalian..
kalian berdua, semoga berbahagia..
fatimahdin sentiasa mendoakan..'
agak lama juga fatimahdin berehat daripada pelbagai aktiviti harian fatimahdin termasuklah dunia maya fatimahdin ini..
buat khairulanuar, addinazlan, taufiqnuur, memia, aina, aiman, nikariff, balakong, azli, ryzool, ashraff dan lain2 (maafkan fatimahdin kerana tidak dapat list-kan nama2 kalian yang lain), terima ksih di atas sokongan dan dorongan untuk fatimahdin catch up pelajaran fatimahdin yang agak lama tertunggak dan keberehatan diri ini..
special says to khairulanuar :
' terima kasih awak jadi sifu saya..
teringat pula kita sama2 struggle untuk exam bulan june yang lepas..
law of contract memang membunuh kita
saya janji, saya akan jaga diri saya ini dan saya ingati
pesanan awak itu!'
pesanan khairulanuar ketika fatimahdin memerlukan tunjuk ajar beliau :
' ko kena struggle sekarang..
exam dah nak dekat..ko sakit atau tak, aku tetap
pulunkan ko..
lupakan segala kisah cinta ko dan yang paling utama,
lupakan mereka dan fikirkan pasal diri sendiri..
for the time being, masa ko adalah bersama aku! '
( pergh, masa khairulanuar luahkan ayat ini, agak kasar pada pendengaran fatimahdin..
terima kasih awak kerana menjadi penguat saya..)
chop! : memang ketiadaan kalian berdua fatimahdin dapat rasakan seperti satu kehilangan tetapi ketiadaan kalian berdua itu telah digantikan dengan teman2 seperjuangan yang sentiasa menemani diri fatimahdin ini.. walau kita sentiasa bertembung, namun tiada sebarang ucapan yang diluahkan walaupun perkataan maaf dari kalian berdua.. fatimahdin tunggu perkataan maaf itu terpancul dari mulut kalian berdua!
salam ingatan,
fatimahdin5734
No comments:
Post a Comment