Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, October 16, 2011

lelaki dan zodiak

assalammualaikum..
apa khabar rakan2 fatimahdin semua? harap2 semuanya sihat2 belaka pada hari minggu ini.. jadi, macam mana dengan life pada hari ahad ini? mesti ramai yang pergi merayap untuk me-release-kan tension.. amboi, merayap tak ajak fatimahdin ya.. ni yang rasa nak tarik muncung mulut panjang2 macam tikus mondok.. ha5, fatimahdin main2 saja ya..
mesti ramai yang pelik tengok gambar di atas tu dan ter-tanya2 rahsia apa yang fatimahdin nak kongsikan.. okey2, fatimahdin nak kongsikan pasal lelaki dan zodiak mereka.. ayuh ramai2 baca dan fahami mereka yang sebenarnya..

capricorn :
keinginan dan niat lelaki lingkungan zodiak capricorn adalah sukar untuk difahami... namun, mereka boleh menjadi individu yang sangat menyenangkan.. mereka juga dikatakan seorang yang bijak..

aquarius :
pemuda aquarius seorang yang suka berangan.. selalunya tidak memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.. jangan tertipu, mereka ini sentiasa dipenuhi dengan idea2 yang bernas..

pisces :
pengkhayal yang lebih suka untuk tinggal di dalam mimpi manis.. lelaki pisces gemar merungut tentang hidupnya juga terhadap semua orang disekelilingnya.. calon bauk berpasangan kerana mereka seorang yang boleh diharapkan..

aries :
lelaki aries merupakan seorang yang sentiasa berbakat dan kreatif tetapi berwawasan kerana mereka biasanya sungguh degil..

taurus :
dikenali kerana sifat mereka yang sangat rajin.. lelaki taurus seorang yang mudah terdedah dan sensitif.. jenis yang sangat lambat dan mereka juga tidak suka bergegas ketika melakukan urusan..

gemini :
sering mendapat tanggapan sebagai seorang yang genius.. meskipun boleh bercakap dengan sempurna tentang pelbagai topik tetapi pendirian lelaki gemini sentiasa berubah..

cancer :
paling disenangi di antara semua.. jejaka cancer merupakan seorang yang ber-hati2, sering menghulurkan bantuan dan perlindungan.. sifat baiknya itu sering disalah tafsir sebagai pengecut..

leo :
sang leo merupakan seorang yang sangat megah.. kadang-kala mereka kelihatan se-olah2 hampir tidak dapat didekati.. jangan tertipu kerana mereka sebenarnya mempunyai akhlak yang baik..

virgo :
meskipun lelaki virgo merupakan seorang yang zahirnya baik dan mudah melahirkan rasa simpati, mereka juga boleh menjadi seorang yang terlalu praktikal.. tidak gemar pada ideologi romantik..

libra :
seorang yang suka berkomunikasi, banyak cakap dan sentiasa tahu bagaimana untuk mencerikan hati orang lain.. namun, kumpulan lelaki libra kadang-kala takut untuk mengendong tanggungjawab..

scorpio :
sang arjuna scorpio adalah individu yang sentiasa tersembunyi, diselubungi oleh sesuatu aura yang memberikan mereka daya penarik dan mengancam tetapi pada masa yang sama disertai dengan sedikit rasa angkuh..

sagitarius :
selain menggemari pelbagai hobi, lelaki sagitarius adalah seorang yang sangat menarik dan berkualiti.. mereka juga boleh menjadi seorang yang naif..

jadi, bagaimana rakan2 fatimahdin semua? dah tahu calon2 lelaki mana yang boleh dibuat sebagai pilihan kalbu? walauapapun, jagalah hati insan yang menyayangi kita..

chop! : setiap insan yang dilahirkan itu ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.. terimalah seadanya..

No comments:

Post a Comment