Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Thursday, September 8, 2011

fakta tentang lelaki dan perempuan

assalammualaikum..


1 - kebanyakkan wanita tidur lebih lama satu jam daripada lelaki pada waktu malam.

2 - sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.

3 - bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki dua bulan lebih lambat.

4- lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5 - wanita mempunyai sel darah satu juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki lebih 1.4 kg manakala wanita kurang daripada itu.

6 - basikal laki2 mempunyai setang / palang di tengah basikal

7 - wanita sangat selalu memikirkan masalah dan perubahan se-hari2 ( misal : penggunaan alat baru )

8 - pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses persalinan. lebih banyak timbunan lemak pada punggong. lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

9 - wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

10 - lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita ter-putus2 dengan keraguan dan perasaan. disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita. sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

11 - wanita lebih baik indra baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.

12 - wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat / peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki2.

13 - kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

14 - hubungan yang rapat / intim di luar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.

15 - lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki.

16 - pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakkan. kebotakkan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).

17 - mata lelaki rata2 lebih besar daripada mata wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

18 - lebih banyak wanita menggunakan kaca mata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

19 - secara umum, hidung lelaki lebih besar daripada hidung wanita. sedangkan, wanita mempunyai bibir lebih besar dibandingkan laki2.
 
20 - pendengaran lelaki menurun sekitar 32 tahun manakala wanita 37 tahun.

21 - lebih banyak wanita dapat menyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelaki. suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.

22 - bagi lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

23 - wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia empat bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus menghasilkan sperma hingga usia tua.

24 - kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.

25 - kira2 48 % lelaki berdengkur ketika tidur manakala 22 % pada wanita.

26 - wanita biasanya 153 saat berada di toilet manakala laki2 113 saat.

27 - hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup, 62 % pada wanita dan 49 % pada lelaki.

28 - satu berbanding empat, wanita berbanding lelaki yang berbicara gagap.

29 - 30 % wanita secara seksual lebih aktif pada saat bulan purnama.

30 - lebih banyak wanita menggunkan cincin kahwin.

31 - ketika terjadi ketidak-sesuaian / tidak bertegur sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui dan wanita menjauhi.

32 - lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.

33 - lebih dua kali ganda wanita yang hidup sendiri berbanding lelaki setelah usia 65 tahun.

34 - memilih warna merah atau biru : lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

35 - semua rekod olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi dan lompat jauh dipegang oleh atlet lelaki.

36 - wanita lebih banyak menggunakan ganti diri "saya" berbanding lelaki.

37 - lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian mengukur ruang. lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.

38 - dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah kerana estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kolesterol.

39 - penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja berbanding lelaki.

40 - perkahwinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

41 - lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik berbanding lelaki.

42 - penelitian di Australia, tiga kali ganda berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru2 dan penyakit jantung.

43 - tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal kerana kanser payudara pada tahun 1990.

44 - dalam status perkahwinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

45 - penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.

46 - penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi / diperdaya daripada anak perempuan.

47 - wanita lebih berani, lebih daripada 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

48 - wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.
chop! : fatimahdin sangkakan yang lelaki ini kuat tidur dan kuat merokok..

2 comments:

  1. dalam status perkahwinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

    yg nie mmg penah dgr~ :)

    ReplyDelete
  2. wah banykanya beza..

    :) salam kenal dari pujanngga..

    http://sipujangga89.blogspot.com

    ReplyDelete