Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, May 31, 2011

whatzup2

assalammualaikum..
whatzup2 semua..ha,itu trademark milajirin masa dalam akademi fantasia 5 dulu..ingat lagi tak?dah lama juga fatimahdin tak mengupdate blog ni..aduh,teringat pula kenangan masa mula2 tengok akademi fantasia..baik dari musim pertama hinggalah yang ke sembilan ni walaupun musim ke sembilan ni hampir ke penghujungnya..demam akademi fantasia ni memang membawa satu impak yang wow!nampaknya,tak kesampaianlah fatimahdin nak masuk akademi fantasia..hak2..okey2,fatimah nak share something ni..baru2 ni,milajirin approvekan fatimahdin as one her friend di facebook..memang tak sangka..cute saja mila tu..hu5..fatimahdin nampak milajirin ni pun masa milajirin tulis di wall facebook fahrur raqib abdul majid!fatimahdin bukan stalker  wall facebook sapa2 cuma komen milajirin 2 keluar di homepage facebook fatimahdin..so,fatimahdin addlah milajirin ni..tak sangka pula milajirin approve!terima kasih milajirin..so,bila milajirin dah approve,fatimahdin pun taglah picture fatimahdin bersama milajirin dulu..seriusly,fatimahdin lupalah bulan berapa masa jumpa milajirin 2..he5...yang pastinya,fatimahdin pun kecil macam milajirin..hik2..

kami berdua menjadi kawan di facebook..




picture masa bergambar bersama milajirin tapi seriusly,fatimahdin lupa masa dan tarikhnya..komen milajirin apabila milajirin ditag dalam picture 2..

chop! : 50% hati fatimahdin berharap agar adanya afundi masuk untuk raqib tapi lagi 50% hati ni berkata mungkin tiada afundi masuk!milajirin,kalau ada afundi masuk,jom undi raqib!


Friday, May 27, 2011

f.r.a.m lagi

assalammualaikum..
mesti ramai yang ter-tanya2 apakah f.r.a.m..??hu5..sapa dapat teka,fatimahdin bagi hadiah..hik2..okey2,maaf sejak kebelakangan ni,fatimahdin asyik nak tulis pasal seorang hamba allah yang bernama raqib atau nama panjangnya, fahrur raqib abdul majid..raqib memang  best!semalam, fatimahdin online menggunakn handphone saja..tak puas sangat2 especially nak usha picture2 yang di upload oleh kawan2 dan tak dapat nak chat dengan kawan2..entah macam mana, fatimahdin buka fahrur raqib abdul majid punya profile facebook dan ni ter-gatal2 bagi komen dan fatimahdin tak sangka raqib balas komen 2..rupanya,raqib suruh follow pada fanpage raqib!di fanpage raqib juga fatimahdin bagi komen..dalam misi untuk tolong raqib mencarikan lagu minus one nyanyian afgan..hu5..


komen pertama yang fatimahdin bagi..


komen kedua yang fatimahdin bagi..nampak tak,raqib tulis nama fatimah..hik2..ter-gedik2 dan ter-kinja2 hati ini..senyum sampai ke telinga..ha5..

chop! : fatimahdin tunggu single raqib..

Wednesday, May 25, 2011

trademark raqib

assalammualaikum..
nampaknya,fatimahdin menulis lagi tentang raqib..harap2 kawan2 dekat sini tak rasa bosan ye!okey, entry post semalam fatimahdin tulis yang raqib approvekan fatimahdin as one his friend dekat facebook..dan entry post semalam fatimahdin letakkan di RAQIB MAJID AF9..yang paling fatimahdin tak sangka, raqib boleh letak komen dekat facebook 2..hu5..walaupun hanyalah satu ayat sahaja tapi ia telah membuatkan hati fatimahdin ter-kinja2..ayat itu adalah trademark raqib, pedasss!raqib memang pedas dan raqib memang best! mungkin you all semua boring fatimahdin tulis pasal raqib ni tapi fatimahdin nak tulis juga..hik2..


chop! : pedassssssss......


Tuesday, May 24, 2011

terima kasih

assalammualaikum..
malam semalam fatimahdin happy sangat2..tak tahu macam mana nak cakap..asyik tersengih2 dan tersenyum2 saja..semalam,perjalanan hidup memang best..yang paling buat fatimahdin happy masa on facebook..wow,raqib approvekan fatimahdin as one his friend kat facebook!fantastic..cayalah raqib..


anyway raqib,terima kasih approvekan fatimahdin..fatimahdin tetap sokong raqib..all da best in your future undertaking..chaiyok2..pedasssssss!raqib memang pedass!blog raqib pun fatimahdin follow..blog raqib memang cantik..kalah blog fatimahdin..hu5..wow,mesti you all semua cakap fatimahdin ni peminat fanatik raqib..hu5..semestinya ye!raqib memang best..baju raqib fc memang cantik..sama2 kita sokong raqib!

chop! : kalau ada afundi masuk,jom vote tuk raqib!afmasuk raqib..

Monday, May 23, 2011

baru fatimahdin perasan yang...

assalammualaikum..
di pagi isnin yang hening dan sejuk ini dengan kehadiran sang hujan yang turun rintik2 yang agak malu untuk menunjukkan dirinya yang sebenarnya membuatkan fatimahdin semakin menarik selimut untuk menutupi tubuhnya..alangkah bagusnya jikalau fatimahdin dapat meneruskan sesi membuat kilang tahi mata (tidur)..hik2..kesejukkan membuatkan fatimahdin bertambah malas untuk melakukan apa2 aktiviti..sesungguhnya,tidur itu satu nikmat! okey,awal2 pagi macam ini,fatimahdin menerima panggilan dari seorang kawan fatimahdin yang bernama wawa..bukan kerana fatimahdin pakai baju terbalik ke,mata still ada lagi tahi mata atau benda2 yang sekutu dengannya..tak pasal2 wawa komen pasal blog fatimahdin..

wawa cakap :
'fatimahdin, wawa dah lama follow blog fatimahdin..
wawa dah lama nak cakap sometink..
blog awak warna warni..
tema warna pelangi..
kenapa pilih pelangi?'

fatimahdin cakap :
'tak perasa pula blog sendiri warna warni.. ( gelak2 lepas 2,terasa muka panas,malu r..)
tapi tak apa,nampak meriah..
suka ada banyak warna.. ( kerut2 muka)
tiap warna melambangkan keperibadian..
pelangi itu cantik dan fatimahdin suka tengok pelangi..'

wawa cakap :
'dan yang paling penting,fatimahdin suka bila hujan..
lepas hujan,pelangi ada..
tiap kali tengok pelangi,wawa akan ingat fatimahdin..'

kepada wawa, terima kasih kerana anda alert dengan diri saya..seriusly, fatimahdin tak perasan pasal blog sendiri..pakat ketip saja jari ni nak tulis apa pun..i know that your blog is pink colour but unfortunately, pelangi tak ada warna pink!

chop! : tengok pelangi ingat fatimahdin!


Sunday, May 22, 2011

complicated

assalammualaikum..

mukadimah :
'tak tahu nak mulakan macam mana nak mulakan dan luahkan cuma nak cakap kadang2 hidup ni terlalu complicated apabila kita kenal dengan seseorang ini yang pada mulanya kita layan hanyalah biasa2 saja kerana diri kita ni adanya dengan orang lain walaupun hubungan kita dengan orang lain itu macam dah tak seperti biasa..'

agak susah juga apabila nak cakap tentang perhubungan, persahabatan dan warga2 yang ada di sekeliling kita ni..complicated sangat..bila tak contact seseorang ni,tanya2 asal tak contact..bila fatimahdin buat tak tahu saja,tanya2 pasal diri fatimahdin..huh,senang cerita,lupakan sajalah fatimahdin!ngee~~~~~

chop! : setiap tulisan yang berwarna itu melambangkan warga2 yang berada di sekeliling fatimahdin yang menyukai warna tersebut..warna itu, warna kegemaran korang!

Thursday, May 19, 2011

online menggunakan handphone

Remove PostFatimah Din


as-salam.selamat pagI SEMUA.FATIMAHDIN On9 pkai hp,xbez r n xpuas.nak laptop!ngeE~~~

2 hours ago via Mobile Web · Friends Only ·LikeUnlike · FaDin Kik Kwang likes this.

assalammualaikum..

pertanyaan :
'korang semua suka online tak menggunakan handphone?
kenapa?
rasa puas tak online pakai handphone?'
 
itu sahaja pertanyaan fatimahdin pada pagi ini..pagi2 buta macam ni,fatimahdin dah online..first2, layan facebook then layan youtube!rasa tak puas sangat bila online menggunakan handphone ni..dah la screen kecil,rasa tak puas sangat..sakit mata memandangnya..ha5..dulu,masa mula2 online pakai handphone ni,rasa macam best tapi lama2 rasa tak best..hik2..

chop! : so, korang semua rasa best online menggunakan handphone atau laptop?maaf,ayat celaru..pagi2 ni,otak kong la..hua3..
 

Monday, May 16, 2011

warkah untu cikgu

assalammualaikum..
cikgu..
jika hari ini kedegilan saya menyakitkan hati..
setulus hati cikgu..
sudikah cikgu memaafkan saya?
cikgu..
jika hari ini mendung dan tidak berangin..
letih dan bosan..
sudikah cikgu mengukirkan senyuman kepada saya?
cikgu..
jika hari ini ilmu yang cikgu curahkan tidak saya fahami..
putus asakah cikgu pada saya?
marahkah cikgu pada saya?
cikgu..
maaflah..
saya berjanji akan membaca dan mengulangkaji kembali..
cikgu..
jika hari ini kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tidak saya sudahi..
maafkanlah..
kerana kadang kala masa tidak mencukupi..
cikgu..
jika hari ini saya bertanya tentang satu perkara sebanyak lima kali..
jika wajah saya yang ditatap setiap hari..
adakah cikgu akan merasa bosan?
cikgu..
jika hari ini keputusan peperiksaan saya tidak memuaskan hati..
janganlah cikgu kecewa dan berkecil hati..
kerana saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi..
cikgu..
jika hari ini saya gagal lagi..
janganlah cikgu meninggalkan saya sendiri..
sebaliknya..
tiuplah semangat baru untuk diri ini
agar saya mempunyai kekuatan untuk berdiri lagi..
cikgu..
jika hari ini kelakuan saya memalukan
dan menyusahkan cikgu..
tegurlah saya..
marahlah saya..
kerana kadang-kadang tingkah laku saya
diturut rasa hati..
dan berlaku tanpa saya sedari..
cikgu..
jika selepas ini saya pergi untuk
mencari masa depan yang masih
misteri..
sudikah cikgu merestui dan mendoakan
untuk saya?
dan jika selepas ini saya menikmati kejayaan..
sudikah cikgu berkongsi dengan saya?
dan jika secebis kegagalan
melemahkan saya..
sudikah cikgu menangis bersama
dan memujuk saya?
cikgu..
mata saya berkaca lagi selepas ini..
tiada lagi alam persekolahan seperti ini..
saya akan berjauhan dengan cikgu..
insan yang terpenting dalam hidup saya..
namun cikgu,
saya janji..
nama cikgu akan terpahat di hati..
bukan untuk hari ini tetapi selamanya..
cikgu..
jika hari ini hanyalah hari ini..
dan mungkin tiada esok..
jika tidak sempat saya menggembirakan
hati cikgu..
sepenuh hati saya memohon..
cikgu, ampunkan segala kesalahan saya..
kerana saya masih memerlukan
seorang insan untuk membimbing
dan mengajr saya..
dan insan itu adalah..
CIKGU..

Sunday, May 15, 2011

dia dan fatimahdin

assalammualaikum..

mukadimah :
'bila saya mesej dia, dia tak balas..
tapi, bila dia mesej saya dan saya tak balas, dia tanya2 saya napa saya tak balas mesej dia..
bila saya kol dia, dia happy sangat dan cakap, 'rindu fatimahdin'..(dia tak panggil saya fatimahdin coz ada panggilan lain ye!)
tapi, bila dia kol saya, cakap kejap saja..
bila online di facebook, bukannya dia nak tegur saya..'

huh, sapalah fatimahdin di mata dia?hu5..pendengar masalah?pembantu dia ketika dia dalam kesusahan atau sewaktu dia terdesak?jeng2..semuanya ada pada dia dan fatimahdin sudah buat setakat yang termampu..fatimahdin tak adalah emo mana cuma rasa kadang2 tak dihargai dan fatimahdin tak faham dengan dia..kadang2 rasa nak give up dan kalau boleh tak nak contact lagi dia..tapi,fatimahdin buat2 neutral..kadang2 rasa  best tapi kena cuba,bak kata pepatah, try and error!




Thursday, May 12, 2011

aktiviti sebelum tidur

assalammualaikum..

asks :
'sebelum tidur,apa yang korang buat?

jawablah soalan tu dan share serba sedikit story molly korang tu..ok2,sejak akhir2 ni,sebelum tidur fatimahdin akan makan coklat..laparlah perut ni..maybe effect kepanasan di bumi ini..ha5..ada kena mengena ke?nak tahu tak,lepas makan saja coklat,fatimahdin terus tidur tanpa memberus gigi..entahlah,tiba2 dapat penyakit ini..kalau tak makan,mata tak dapat nak tidur..stock coklat pun dah nak habis...favourite coklat fatimahdin adalah cadburry blackforest..sedap sangat!ada sapa2 yang sudi poskan coklat kat fatimahdin?with open arms,fatimahdin menerimanya..hik2..

choop! : adik2 di luar sana,jangan ikut perangai fatimahdin ni..sebelum tidur,pastikan anda memberus gigi bagi mengelakkan gihi rosak..

Wednesday, May 11, 2011

terima kasih nazimaron9

assalammualaikum..
fatimahdin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada nazimaron9 kerana telah memperkenalkan fatimahdin dengan churpchurp..fantastik n bombastik dengan jumlah kutipan yang diterima..syukran..rezeki itu ada di mana2..betul tak?kalau nazimaron tak perkenalkan,macam mana nak dapat income..betul tak..?

nazimaron cakap :
sikit-sikit,lama-lama jadi bukit..

macam itu jugalah dengan kutipan fatimahdin..kepada rakan2 fatimahdin di facebook,twitter,blog dan myspace,rajin2 klik pada link yang fatimahdin promotekan ye!jasamu dikenang hingga ke akhir hayat...first and foremost,terima kasih nazimaron9!

Monday, May 9, 2011

blog mereka

assalammuaalikum..
sejak dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh dan seterusnya...fatimahdin memang tak ada kerja..asyik menghadap laptop dan tulis blog..ops,tak adalah selalu update blog ni cuma sejak kebelakangan ini,fatimahdin asyik blogwalking dekat blog2 orang lain..he5..singgah2,melawat dan terjah blog mereka ini semua..nak komen yang blog mereka ni cantik..cantik menarik tertarik kau memang da bomb!huh,lirik lagu ruffedge..okey2,masa blogwalking blog mereka ini,kebanyakannya menulis pasal akademi fantasia, mentor 5 dan showdown 2011..tapi,yang membuatkan fatimahdin tersenyum dan tersengih2 macam kerang busuk apabila setiap entry yang tulis pasal akademi fantasia especially pasal raqib..senyum sampai ke telinga dan secara keseluruhannya gaya penulisan yang bagus mereka tuliskan..
hm..minggu lepas merupakan minggu di mana fatimahdin rasa enjoy especially pada tarikh 05052011..memang best sangat2..memori dan kenangan terindah!insyaallah fatimahdin takkan melupakan kejadian itu..terbaik wook!

choop! : doakan yang terbaik di dunia dan akhirat untuk fatimahdin ye!

DiGi - What's Hot - Facebook for All

DiGi - What's Hot - Facebook for All
pengguna2 digi,sila klik link ini..

Sunday, May 8, 2011

aku ada pasangan hidup sendiri!

bila seronok, aku cari... pasanganku
bila sedih, aku cari... mak
bila berjaya, aku ceritakan pada... pasanganku
bila gagal, aku ceritakan pada... mak
bila bahagia, aku peluk erat... pasanganku
bila berduka, aku peluk erat... emakku
bila nak bercuti, aku bawa... pasanganku
bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... mak
bila sambut Valentine, aku bagi hadiah pada... pasanganku
bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan 'selamat hari ibu'
selalu... aku ingat pasanganku
selalu... mak ingat dekat aku
bila-bila... aku akan telefon pasanganku
entah bila... aku nak telefon emak
selalu... alu belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

renungkan :
'kalau engkau sudah habis belajar dan bekerja...
bolehkak engkau kirimkan wang untuk emak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah'

berderai air mata jika kita mendengarnya... [] [] [] [] []

tapi, kalau mak sudah tiada...
MAKKK...RINDU MAK... RINDU SANGAT...

berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...?
berapa ramai yang sanggup memcuci muntah ibunya...?
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya...?
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...?
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan
membersihkan luka kudis ibunya...?
berapa ramai yang sanggupberhenti kerja untuk menjaga ibunya...?

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang
JENAZAH ibunya...?

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA
MENYAYANGI ANDA
SEBELUM ANDA TERLAMBAT UNTUK
MENYAYANGI DIA...

SELAMAT HARI IBU!

Friday, May 6, 2011

nasib

assalammualaikum..
kadang2 nasib seseorang itu kita tak tahu sama ada baik atau tidak..bak kata orang putih, luck! ye,samalah juga macam fatimahdin..kadang2 beruntung, kadang2 tak beruntung..bila beruntung, nak senyum sampai ke telinga..kalau boleh, nak jerit dekat satu dunia ni..biarlah mereka semua mengetahui tapi bila tak beruntung a.k.a nasib malang, rasa macam nak menyorokkan saja muka ni dekat dalam mana2 kain..malulah katakan especially bila fatimahdin tidak dapat buat yang terbaik walaupun naluri dan nawaitu ini menyatakan ia dah sehabis baik..tapi, terpaksa menerima kenyataan bahawa adanya manusia atau orang2 yang di luar sana yang lebih baik dan bagus daripada fatimahdin..tapi,kenyatannya, ia tetap menyakitkan..

oh telinga, dengarlah pada mulut2 yang mengata..kuatkanlah benteng pendengaran ini walaupun ia menyakitkan..biarlah telinga ini bernanah mendengarnya..lebih baik fatimahdin dilahirkan pekak!
oh mata, tahanlah daripada melihat telatah mereka yang nak tunjuk berlagak itu..ingin sekali untuk tidak memandangnya tapi mata tetap memandangnya..nangis?nak buat apa ditangisi..dugaan..lebih baik fatimahdin dilahirkan buta!
oh mulut, engkaulah yang paling setia mengukir senyuman walaupun diri ini sering dicemuh dan dihina..senyuman?sukar untuk ditafsirkan samaada senyuman ini benar2 ikhlas atuapun tidak..kadang2, mulut juga ingin berkata tapi apabila dimulakan bicaranya nanti,ada yang akan melabel 'fatimahdin kuat melawan'!lebih baik fatimahdin dilahirkan bisu..
oh hati, walaupun engkau sentiasa terluka, dihiris bak sembilu namun engkau tetap menyabarkan empunya diri..biarlah pancaindera2 ini yang memainkan peranan dalam hidup fatimahdin kerana ia merupakan kenyatan..apa yang berlaku di sekeliling, biarlah hati ini yang berbicara..
oh jantung, engkaulah yang menjadi organ terakhir yang akan fatimahdin sebutkan..tiap kali fatimahdin bangun tidur,jantung ini tetap berdetak..ya, fatimahdin masih hidup..terpaksa meneruskan kehidupan dan melayani nasib yang tiada penghujungnya.
oh diri, kenapalah engkau wujud dalam dunia ini?asal tak mati saja kalau dugaan sebesar ini?.

kadang2, rasa nak give up tapi as what they said, try and error.. wahai pancaindera2 fatimahdin sekalian,sabarlah dalam menghadapi dugaan ini..nasib tetap akan ada pada masa yang akan datang cuma belum pasti sama ada ia datang awal atau tidak..

Thursday, May 5, 2011

tarikh masyuk, hari masyuk!

assalammualaikum..
seperti mana yang kita ketahui, hari ini merupakan hari khamis bersamaan 05 mei 2011 (05052011) .. tengok,tarikh 5 hari bulan..comel sungguh nombor itu..khas ucapan untuk kawan2..terima kasih kerana telah menggembirakan fatimahdin pada hari ini..bermakna sungguh tarikh ini..yang paling penting, nombor 5 banyak memori..
yang pastinya,kita semua tetap LIVE, LAUGH AND LOVE forever and ever..simpan semua kenangan itu walaupun 'ops denda' tadi telah menjadi fatimahdin satu bahan yang tak boleh dimakan..demi kawan lama, raqib..ahakz..once agaian, thank you so much!fatimahdin penat sangat hari ini..masa untuk tidur..pecah rekod tidur awal..he5..poyonya fatimahdin!selamat tidur semua...semoga kita semua berjumpa dalam mimpi malam yang indah2..mimpikan fatimahdin ye...

'ops denda' pada 05.05, 0555

assalammualaikum..
raqib, raqib, raqib.. uhuk2..harap2 tak tersedak bila fatimahdin seru nama awak sebanyak 3 kali ni tapi kalau diikutkan hati nak seru nama awak sebanyak 5734 kali..baru masyuk,betul tak?
bila baca tajuk entry ni,apa kena mengena dengan raqib,dengan fatimahdin dan juga dengan 'ops denda' serta pada tarikh dan waktunya..uniknya tarikh dan waktunya adalah berkait rapat dengan nombor 5..
okey, jujurnya, saya yang bernama fatimahdin menyokong raqib untuk af 9 ni tapi sadisnya raqib terkeluar di konsert yang ke-4..tapi tak apalah kawan lama, fatimahdin tetap sokong awak..hak2..nak tahu tak, fatimahdin dah 'beating' dengan kawan2 yang raqib masuk final tapi sayang seribu kali sayang,raqib terkeluar dan fatimahdin telah didenda..sokong kawan lamalah katakan..hik2..

'ops denda' ni dijalankan pada 5hb mei (05.05) pada pukul 05.55pagi (waktu di india manakala di malaysia adalah 07.55pagi)..fatimahdin telah dicampur adukkan dengan barang2 ramuan yang tidak diketahui agar ia menjadi satu dan sebati dalam diri (cewah, macam buat rancangan masak2)..
antara ramuan yang telah dicampurkan :
1) 5 biji telur busuk
2) 5 kampit tepung
3) 5 baldi air di mana setiap satu badi air adalah berlainan air..antaranya, air soflan, air sabun breeze, air tanah, air sungai nil dan air dari paip..
4) 1 baldi pasir

ramuan2 ini telah dibaling atau dicampak ke arah fatimahdin..walau macam mana fatimahdin berlari namun tetap telah ditangkap..masyarakat di india ini hanya pelik memandang kami yang berkeadaan sebegini..sungai nil menjadi saksi..binatang2 peliharaan berlari lintang pukang memandang kami..hua3..
apa2 pun, 'ops denda' ni memang bez..untuk raqib,kalau ada afundi masuk,i will vote for you!ahakz..