Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, January 18, 2011

> hidup dan mati

assalammualaikum..
bila baca tajuk dekat atas tu,apa agaknya yang korang fikirkan?hidup atau mati..?
kadang2,saya suka dengan hidup saya tapi kadang2 saya rasa benci dengan hidup saya..
bila suka,rasa nak hidup lama sangat,rasa tak nak pisah dengan sapa2..
bila benci,rasa tak hidup lagi dah,rasa macam nak mati..nak tinggalkan semua yang ada..

* * * * *
semalam,merupakan satu tarikh keramat..entah macam mana,dari pagi sampai malam asyik cakap pasal mati aje..bila cakap pasal mati,ramai kawan2 kat sini rasa satu kelainan pada diri saya..
mati itu pasti dan bersedialah untuk ditinggalkan..jangan tanya kenapa saya cakap pasal mati..
semalam juga,saya telah meruntunkan hati kawan baik saya,siti nur ain..kat fb,saya pun cakap pasal mati kat dia..dia sedih..semalam juga,nenek dia meninggal dunia..dia bagitahu saya,dia tak bersedia dan dia terlalu lemah..

* * * * *
bila bercakap pasal mati,saya pernah cakap pada abah saya, 'kalau boleh,aishah nak mati sebelum abah..nanti,abah bolehlah angkat jenazah aishah..abah jangan sedih,apa yang aishah nak,abah doakan tuk aishah..itu sahaja!'ingat lagi,masa tu,abah tersenyum..
andai saya mati dulu..saya nak cakap...

saya sayang abah saya
abah,aishah sayang sangat dekat abah..dari aishah kecil sampai besar abah yang bentukkan aishah..cuma yang jahat dan nakal2 tu,aishah yang buat sendiri..you are the best dad in the world..abah ingat lagi tak masa kita susah dulu?sama2 naik motor..abah hantarkan gi sekolah..sejuk2 bah..ha5,tapi xpe,aishah tak kisah pasal aishah suka naik motor..cuma,sekarang ni,aishah minta maaf sangat2 kerana aishah dah tak macam dulu..aishah dah tak jadi orang..aishah minta,abah bagi aishah masa dalam 5 tahun ni..bagi aishah 'battle' dengan life aishah,dengan apa yang aishah suka..doakan yang terbaik tuk aishah..mungkin aishah tak ada nasib a.k.a luck!aishah dah belajar kesilapan aishah dan kesilapan itu yang membuatkan aishah bertambah matang..betul kata abah,'bila kita susah,belum tentu akan ada orang lain nak bantu kita..eventhough saudara mara dan kawan2'..thanx 4 all your support n thanx selalu bagi semangat pada aishah...

saya sayang donok dan bean2
along sayang sangat adik2 along ni...maybe,along bukan kakak yang baik..he5..along baik tau!(puji diri sendiri)..tuk korang,selalulah addicted main cafelife!hua3..tak2,rajin2 baca buku..kejar apa yang tak dapat dalam hidup..jangan menyerah..along selalu support korang..korang darah daging along..selagi along hidup,along akan buat yang terbaik tuk adik2 along..pedulikan pada mulut2 yang mengata...

saya sayang kak yang
kak yang,thanx selalu dengar problem alun..nasihat kak yang..orite,nasihat seorang kakak kepada adiknya..as what you said,'change your life!battlefield with your life!'..lawan dengan apa yang ada dalam hidup..genggam bila dah dapat dalam hidup..maaf kerana alun selalu bagi jawapan 'no komen'..it just that,alun tak nak kak yang tahu..kak yang pun tahu,alun ni perahsia orangnya dan alun tak suka bila ada orang lain yang nak masuk campur dalam life lun..tapi,alun tetap akan ingat,'change your life..battlefield with your life..it isn't the end..'

saya sayang mummy saya
sincerely,saya tak tahu nak luahkan apa pada seorang insan yang bergelar ibu,mak dan lain2..saya tak rapat pun dengan dia cuma,cukuplah sekadar saya mengatakan saya adalah juga perasaan sayang padanya walaupun dia selalu memuji anak orang lain..maaf dengan ketelanjuran kata,jari disusun memohon maaf,terima kasih kerana telah melahirkan saya walaupun hati saya cukup pedih dan sadis dengan mummy..teruskan menyokong anak orang lain..semoga anak2 orang lain akan mengingati mummy..maaf,aishah bukan yang terbaik..
perhatian kepada nama2 di bawah..nama kalian yang selalu meniti di bibir mak saya sejak azali lagi :
  1. nadia yusuff
  2. o'e yusuff
  3. safuan yusuff
  4. sara yusuff
  5. suria izzati
diharap kalian dapat menabur bakti kepada beliau di hari tuanya..kami adik beradik memang terasa dengan beliau.. (harap tiada sapa2 yang sentap)

saya sayang siti nur ain
babe,ko kawan terbaik aku..dari form 1 sampai sekarang..jatuh bangun aku kat asrama dan skul dulu...sama2 kita buat jahat..ingat lagi tak kenangan baca diari junior?apa2 hal,antara aku dan ko,aku lagi ramai peminat..hua3..
takziah dengan kematian nenek ko..ingat pesanan dalam mesej2 aku..you have to be strong..aku tetap ada..ada apa2 hal,ko leh cari aku dan cerita sama aku..aku sedia tuk mendengarnya..'battlefield with your emosion'..
andai aku mati dulu sebelum ko,aku nak ko simpan semua surat2 aku,barang2 kenangan aku dan yang paling penting,kenangan aku dan ko..kenangan yang manis,pahit dan lain2..ingat,kita suka makan rangka ayam..jangan nangis bila ko dapat tahu nanti aku mati..aku cuma nak ko sedekahkan yasin dan al-fatihah..aku tak minta lebih pun...ko kena jadi kuat dan bersedialah untuk ditinggalkan..hidup hanya sementara kawan dan aku bertuah ada kawan yang macam ko..terima kasih kerana sudi mendengar masalah aku,nangis sama2 dengan aku,bagi support dekat aku dan lain2..indah sungguh perkenalan persahabatan kita berdua..yang pastinya,kepala otak kita berdua sama2 senget dan kita sama2 sengal..terima kasih kerana sudi melayan kerenah aku..aku sayang sama ko!

* * *  * *
kepada nama2 yang tak disebut,saya tetap ingat pada korang semua..tetap ada dalam hati..saya tak buang korang!semuanya terbaik dan saya sayang korang!maaf tuk semuanya........
akhir kata,hidup itu indah dan mati itu pasti...

1 comment:

  1. thanx timah... thanx sudi jd shbt ak..thanx gk sudi jd pendengar mslh2 ak.. thanx sgale kenangan yg ko bri kt ak.. thanx bg semangat kt ak... thanx utk pg td pnye.. thanx utk segala2nya.. thanx sgt2.. ko shbt dunia akhirat ak.... ak syg ko sgt2...

    ReplyDelete