Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, November 5, 2010

> pergilah sepi,pergilah rindu

aku berlari meninggalkan kesepian yang dicipta..
melangkah jauh takkan ku cuba tuk menoleh..
namun ku pasti penantian ini satu penyeksaan..
sampai bila harus ku nantikan?
setiap hari aku nyatakan..
esok,mungkin kita akan bertemu kembali..
agar tenang hatiku kini..
yang sering diamuk dengan
keresahan,kerinduan dan kesepian..
yang tidak keruan..
pastinya,kini ku lebih bahagia..
bahagiakah aku?
selepas jiwaku bawa pergi jauh..
sehingga langsung tidak kurasakan lagi..
mampukah aku bertahan?
semoga,aku akan kekal dengan keputusan ku ini..
mungkin,aku seorang yang lemah..
mungkin,aku tak pernah kuat untuk menghadapinya..
aku hanya mampu melihat..
tanpa berkata apa2..
biarlah hanya senyuman yang terukir di bibir
yang mentafsirkan segalanya..
biarlah kenangan yang menyelubungi hidupku..
apa lagi yang mampu aku lakukan?
cukuplah sekadar menulis bait2 kata ini..
luahanku,cetusan rasa jiwaku..
takkan ada siapa yang mengerti..
yang pasti,
aku tidak akan berpaling..
biarlah kerinduan ini menjadi kenangan..
aku pendam,aku putuskan..
pergilah sepi, pergilah rindu..
fatimahdin_5734

No comments:

Post a Comment