Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, October 9, 2010

> tragedi oktober

9 oktober 2007...
tragedi hitam dalam hidupku
maka,aku menganggap adalah tragedi oktober
secara tiba2 kenangan itu datang dalam mindaku
ingin aku nyahkan kenangan itu
tapi,aku tidak berdaya
sedaya upaya aku cuba tuk melupakan
tapi,entahlah...
ia tetap datang mengingatkan aku
apakan daya tuk aku melupakannya
kerana kenangan itu merupakan salah satu kejadian yang hadir dalam hidup ini
aku tidak menyesal kerana aku tahu
mungkin itu adalah salahku
aku,tidak akan menyalahkan sesiapa
kerana aku tahu
sedikit sebanyak,ia adalah kesalahan aku
ia mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan ini
tika kejadian itu..
aku adalah antara insan yang mengalirkan air mata
rakan2ku yang lain tabah menghadapinya
apa yang boleh aku luahkan?
hanya deraian air mata yang mengalir laju di tubir pipi ini
tragedi ini akan tetapku pahatkan di ingatanku
walaupun pahit tapi...
ia mengajar aku pengalaman hidup yang baru
aku tak pernah sesalinya
kerana ini adalah jalan hidupku
sesungguhnya,percaturan hidup seseorang yang telah Allah tetapkan bukanlah satu kesilapan
inilah pengalaman dan pengajaran dalam hidupku...
tragedi oktober akan selalu aku ingatinya...

No comments:

Post a Comment