assalammualaikum..
dah lama xmenulis,xtau la nak mulakan dekat mana..
ibadah puasa yang dijalankan adalah seperti biasa..macam hari2 yang terdahulu cuma adalah sedikit ke'adventurerannya' yang dah berlaku..wink2..hak2..
3 ramadhan..
kehidupanku adalah seperti biasa..disebelah petang,cuaca di sini hujan lebat sangat la..he5..tapi,jangan riso..saya pergi tarawih..hu5..seperti biasa..apabila kaki ini dijejakkan,seumpama adanya aura fatimah din,semua para jemaah wanita memandang ke arahku dan tersenyum2..waduh,malunya..cuak pun ada..ni mesti nak tanya n cakap pasal aku xdatang tarawih smalam eh??hm??hu5..aku buat biasa aje la..ntah macam mana,mata ini tertancap pada budak kecil itu..adik..comelnya kamu..dia hanya memandangku dan tersenyum2..ada lesung pipit,nampak manis sahaja..pandangan matanya seumpama ada sesuatu yang ingin diomongkan bersamaku tapi cukuplah sekadar dengan pandangan mata..tidak lepas2 dia memandangku..malu pun ada,tapi aku tetap steady...
4 ramadhan..
puasa pada hari ini betul2 menguji keimanan dan kesabaran aku..aku keluar juz tuk menghiburkan hati,melihat persekitaran dunia,melihat gelagat dan telatah manusia...macam2 spisies dan fesyen aku jumpa!!ha5..pada pukul 10:30am waktu di new delhi,india(di malaysia,12:30pm manakala di brisbane,australia adalah pukul 2:30pm)..nak dijadikan cerita,sedang asyik aku duk berjalan2,adalah seorang wanita(muka ala orang malaya) menolak troleynya kearah ku..argh..aku tersepit di antara troleynya dan troley seorang lelaki(berkulit putih dan bermata sepet)...waduh..tersepit sih..nasib baik aku tidak memegang apa2 barang di tangan..nasib baik juga aku dilahirkan kurus cekeding..ntah macam mana..aku pun terkeluarkan 1 ayat ni..
'hoi..xnampak ke aku dekat cni??tudung je labuh tapi xda keperimanusiaan..apa jenis manusia la ko ni..??'
wanita tersebut tidak memandang kearahku..nonong2 aje dia berjalan,xda mnx maaf pun..ntah macam mana,aku terserempak lagi dengan dia..rupa2nya..dia bukanlah orang malaya tapi siyes,muka macam orang malaya..hik2..patutlah dia xfaham sepatah haram apa yang aku cakapkan tadi..hu5..nasib baik..hua3..
malamnya pula,aku pergi tarawih..seperti biasa,jemaah para wanita seperti ternanti2kan kehadiranku ini..semua mata terarah kepadaku sebaik sahaja aku melangkah masuk..mata aku melilau mencari budak kecil itu tapi sayang..dia tidak ada..aku HAMPA...xdapat akak nak tengok muka suci dan manis adik 2...
5 ramadhan..
xsangka dah masuk hari kelima aku berpuasa...num kesukaan aku 2,bersemangatlah sikit..ha5..tiada apa yang ingin dikongsikan cuma masa berbuka..mulut aku ni xhabis2 nak wat lawak..sonok plak aku tengok org sekeliling aku gelak2 n hepi...tgk dyorg gelak,aku rasa bahagia...he5...aku xpergi tarawih...hujan lebat sangat...
tweet : apa yang dicerikan ini,jadikan sebagai 1 teladan..bulan puasa haruslah berbanyak bersabar..jangan jadi macam ~sweetest girl~ yang xpasal2 marah..hik2..sabar itu separuh daripada IMAN..
No comments:
Post a Comment