Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, February 23, 2011

> untuk cik jambul



assalammualaikum
perutusan daripada Maharaja Daerah Kayangan Pelangi yang bertarikh 23 Februari 2011 pada pukul 1205 pm (waktu India) bersamaan abad atau kurun 5734 iaitu pada 1810 Masihi dengan ini mengutuskan ucapan 'happy birthday' kepada Cik Jambul iaitu yang berkhidmat sebagai penasihat cinta yang juga dikenali sebagai Doktor Cinta Perawat Luka Lara kepada maharaja daerah ini sejak 05 Ogos 2010 yang jatuh pada hari Khamis (terima kasih kerana sudi mendengar masalah itu).
maharaja hanya dapat menghadiahkan sebuah patung teddy bear berserta sebuah kotak yang tidak diketahui isi kandungan dalamnya yang diimport dieksport dari negara yang banyak kereta lembu ini iaitu nagara India.
gunakan teddy bear tersebut sebagai rakanmu dikala kesunyian. ini adalah kerana maharaja mengetahui bahawa Cik Jambul suka akan teddy bear.kotak yang tidak diketahui isi kandungannya itu haruslah dibuka dengan berhati-hati dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.
maharaja turut mendoakan agar Cik Jambul panjang umur dan dimurahkan rezeki serta menemui kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
selain daripada itu, maharaja juga turut berharap agar Cik Jambul dapat menabur bakti setia yang tidak berbelah bahagi sebagai penasihat cinta kepada maharaja forever and ever until when-when.
terima kasih di atas segala baktimu!

HAPPY BIRTHDAY, ITS YOUR DAY AND ENJOY YOUR LIFE
..SUCCESS IN THE FUTURE..


Saturday, February 19, 2011

> adik, jangan nangis ye


assalammualaikum..
hari tu,alun jumpa adik..
30 minit saja alun dapat cakap dan sembang dengan adik..
luangkan masa kejap sangat seumpama masa mencemburui kita..
masing-masing antara kita ada hal yang tertentu untuk diselesaikan..
walaupun kejap tapi alun rasa happy..
jangan tanya kenapa tapi ikhlas alun happy sangat..
maybe pasal dekat bibir alun ni dah lama tak menguntum senyuman..
cuma masa jumpa adik tu,alun sedih tengok keadaan adik..

sings :
titisan air mata di pipi mu..

masa tengok adik nangis,alun tersentuh..
alun tak sangka adik akan nangis depan alun..
seriusly,mata alun ni dah lama tak menangis walaupun alun selalu meluahkan perkataan 'sedihlah..rasa nak nagis saja ni..'
maaf kerana alun tanya pasal blog adik..
satu intro yang tak sesuai tuk alun mulakan perbicaraan dengan adik..
tapi serius,adik jangan nangis ye..

nasihat alun :
adik,walau macam mana yang berlaku,kita kena terima hakikat..hakikat bahawa seseorang yang digelar dengan panggilan ibu,mama,umi,mummy dan lain-lain iaitu insan yang melahirkan kita..nak atau tak nak,kita terima seadanya..macam mana kita kena marah pun,kita kena terima..kemarahan seorang insan yang bergelar ibu itu adalah untuk membentuk kita walaupun mungkin kata-kata yang digunakan amat menyakitkan hati ini!terimalah seadanya..
bukan nak buka pekung di dada tapi ia sebagai renungan..
jangan nangis lagi pasal benda ni dan alun minta adik janganlah ada perasaan benci pada insan tersebut..adik nak luahkan apa-apa,adik cari alun ye..alun tetap ada tuk mendengar serta menjadi penasihat hati dan jiwa adik walaupun jiwa alun ni bercelaru..

tapi,alun happy masa tengok adik buat lawak dan gelak especially kata-kata adik,
'o..dah lama tak nangis rupanya..patutlah mata alun kering saja..'
tiap kali alun ingat ayat ni,alun rasa nak gelak kuat-kuat biar satu dunia tahu yang alun happy dan senang tengok adik kenakan alun dengan ayat yang macam 2..

first dan foremost,jangan nangis ye!ingat alun dan senyum selalu..
walaupun kita jauh tapi dalam hati alun tetap ada adik..adik sentiasa dekat dengan alun..
sayang adik!


Sunday, February 13, 2011

> untuk donok


assalammualaikum
hari ini,hari jadi donok
adik sayalah yang bernama fatizah din
selamat hari lahir yang ke 14 dan semoga panjang umur serta dimurahkan rezeki
happy birthday and appreciate your life!
hope donok suka dengan apa yang alun bagi ni
sorry alun tak bagi hadiah
bila alun kerja nanti,alun bagi ye tapi jangan risau alun tetap akan hadiahkan donok sebuah buku novel bahasa inggeris yang donok gilakan tu..
tunjukkan saja nanti kat alun,insyaalah alun belikan..
jangan marah alun panggil donok
nama 2 sweet sangat tuk kamu!
nama sejak dari kecil..hik2..
assalammualaikum