Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, March 16, 2012

gelisah tak terkata, sabar je lah

assalammualaikum..

hati berkata :
' alamak, macam mana ni..
modul tak masuk lagi dalam portal..
kawan2 lain dah ada..
dalam hal fatimahdin mesti ada yang sangkut..
pergi kesana sudah, call pun sudah..
tapi as usual, bila call pasti tak berangkat..'

nasib badan memang macam ini.. ada sahaja dugaannya.. kadang2 rasa nak give up tapi hati kenalah kuat.. semangat nak belajar! takkan nak pergi ke sana banyak kali.. lama2 insan2 yang bekerja di sana pun naik fed up asyik tengok muka fatimahdin ni.. nak menempuhi perjalanan dengan lalu lintas yang asyik sesak saja.. memikirkan bayaran tol, minyak kereta.. huh! ( satu keluhan yang dilepaskan, tak terkata dibuatnya ).. call? setiap minit tapi panggilan tidak berangkat.. agak pelik juga namun apakan daya..  mungkin masing2 mempunyai tugasan masing2 yang perlu diselesaikan..

asks :
' agak2, kenapalah modul fatimahdin tak masuk dalam portal? '

penat memikirkan jawapannya.. nampak sahaja tenang di luarannya namun dalamannya resah tak terkata..
ya allah, tolonglah hambamu ini.. sesungguhnya, fatimahdin tidak mahu ketinggalan..!

mood : semangat nak belajar..

salam sayang,
fatimahdin5734

Saturday, March 10, 2012

kuatkan semangat dan azam

assalammualaikum..

kepada : mak dan abah
bukan senang pagi2 buta macam ini fatimahdin nak update blog.. entry kali ini fatimahdin khas-kan untuk abah dan mak fatimahdin yang berada di ipoh, perak..mungkin tidak ter-luah dengan kata2 sebagaimana yang mak dan abah kenali fatimahdin kerana fatimahdin ini merupakan seorang anak yang perahsia dan tidak suka meluahkan cuma cukuplah sekadar fatimahdin luahkan di sini.. ( mak dan abah takkan buka blog fatimahdin, maka dengan ini senanglah nak meluahkan )..
hari ini, dalam lingkungan pukul 0100 pagi ( kemungkinan pukul 1 lebih, hanyalah sekadar anggaran ), fatimahdin buka portal belajar fatimahdin.. argh, segala modul2 dan pembelajaran bagi semesta yang akan datang telah di update dalam portal.. dengan penuh bersemangat waja versus persona, fatimahdin pun bukalah pada link-nya.. ehem2.. apa lagi, terus upload dan print.. alamak, kecut perutlah pula dibuatnya..
banyak dan tebal.. hanya itulah yang boleh fatimahdin gambarkan.. maka, dengan ini.. sempena kehadiran cuti yang bakal fatimahdin lalui ini, akan fatimahdin menyelak dan mem-belek2 segala modul2 itu.. akan fatimahdin belajar ber-sungguh2 dan tidak akan menghampakan harapan mak dan abah fatimahdin.. cukuplah sekali fatimahdin pernah jatuh dan fatimahdin tidak mahu terjatuh lagi.. kejatuhan itu seumpama satu tamparan yang hebat dalam kehidupan fatimahdin.. hilang segala-galanya.. yang ada hanyalah keluarga,, kawan2 entah ke mana.. kuatkan azam-mu fatimahdin dan yakin boleh! restu dan doa dari abah dan mak amatlah fatimahdin perlukan.. fatimahdin berjanji tidak akan hampakan harapan kalian berdua..

salam sayang,
fatimahdin5734

Thursday, March 8, 2012

hotlink BAGUS

Life just got Lagi Bagus – enjoy best rates with #HotlinkBagus at only RM5. All your connectivity needs at the lowest prices
perhatian :
kepada rakan2 fatimahdin semua..
sudah agak lama fatimahdin tidak
mem-promote-kan churp2 fatimahdin..
maka, dengan ini..
fatimahdin mohon kepada rakan2
fatimahdin semua agar meng-klik pada
link di atas ini..
ada special promotion daripada HOTLINK!
HOTLINK BAGUS, meng-hubung-kan anda
dengan orang ter-sayang..
jangan lupa hubung-i juga fatimahdin ya!