Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, September 19, 2014

jeritan batinku : kecelaruan

assalammualaikum..
tik tok tik tok.. waktu terus berdetik.. terus berputar dan aku akui, masa itu emas..
pejam celik pejam celik, esok fatimahdin akan menghadiri kuliah pertama fatimahdi bagi sem baru.. agak cuak! huh, lagi berapa tahun, bolehlah merdeka.. dah nak habis study.. hehe..
alah, perasaan ini juga yang sering menghantui fatimahdin..
tidak boleh tidur malam adalah salah satu daripada kecelaruan apabila kelas dah nak bermula ini.. macam pagi tadi, pukul 2pagi fatimahdin dah tersedar, dan fatimahdin tidak boleh sambung tidur..
apa lagi, membaca dan membelek mana2 information.. sekadar scanning sahaja pembacaan itu.. menggerakkan otak!
oh ya, buku2 pun fatimahdin tak beli lagi.. steady je la esok masuk kelas.. budak scorer memang macam ini la.. bergaya lagi.. (poyo je kan ayat fatimahdin)
sesungguhnya, allah sahaja yang mengetahui isi hati ini.. situasi ini sering sahaja dialami..
kadang2, rasa macam nak lari jauh2.. nak sorokkan diri.. tak nak berdepan dengan sesiapa..
tapi, ini adalah demi masa depan fatimahdin.. untuk pakdin, makgee, debab dan pengo :)
as a anak, nak tengok pakdin dan makgee rasa bahagia.. biar mereka rasa berbaloi membesarkan fatimahdin yang nakal dan degil ini dan as a sister, kenalah fatimahdin menunjukkan attitude yang baik kepada adik2..
apa2 pun buat rakan2 fatimahdin, doakan untuk fatimahdin pada pembukaan sem yang baru ini.. harap semuanya ber-jalan dengan lancar..

chop! : menolak hari untuk balik ke darul ridzuan, beraya haji.. fatimahdin homesick! i miss my dad, my mum, my debab and my pengo!

Thursday, September 4, 2014

jeritan batinku : cemburu

assalammualaikum..

aku cemburu melihat mereka
bermesra dengan ayahanda dan bonda mereka
bergurau senda ber-sama2 adik beradik mereka yang lain
dan aku,
berseorangan di sini yang digelar sebagai anak dagang!

nyanyi :
'aku tak tahu,
apa yang ku rasakan
dalam hatiku'

luahan kecemburuan dari seorang budak yang bernama fatimahdin..
cemburu melihat mereka yang diluar sana yang masih lagi tinggal serumah dengan ayahanda dan bonda mereka.. secara dasarnya, bukannya fatimahdin tak nak survive bersendirian dan berjauhan dengan keluarga fatimahdin namun demikian, fatimahdin sudah agak lama berjauhan bersama keluarga fatimahdin.. kerinduan sentiasa memuncak dalam diri ini.. memang pada zaman moden ini segala skype, whatapp, viber dan sebagainya yang sentiasa ada di hujung jari ini namun, ia tidak memberikan kepuasan yang berganda dalam diri ini.. dan aku, hanya melihat kemesraan itu!
walaupun di sini fatimahdin mempunyai rakan2 yang mampu menceriakan diri ini, namun demikian, ianya berbeza.. gelak tawa kita bersama mereka adalah begitu berbeza jika dibandingkan bila diri ini bersama keluarga!ya, aku akui, memang ada dalam kalangan rakan2 yang memujuk ku namun demikian, rasa yang dirasai ini amatlah berbeza..
dan, aku cemburu melihat mereka!
aku, merindui keluarga ku :)

Wednesday, September 3, 2014

jeritan batinku : kerinduan

assalammualaikum..
syukur alhamdulillah semalam dengan selamatnya fatimahdin sampai di bumi darul ehsan, perjalanan dari darul ridzuan..
ye, fatimahdin berasa sedih meninggalkan bumi darul ridzuan dan semasa pemergian fatimahdin ke bumi darul ehsan, hujan membasahi bumi darul ridzuan seumpama memahami perasaan fatimahdin, perasaan yang mendung dan cucuran air mata yang membasahi pipi ini..
entah mengapa, balik kali ini, fatimahdin di selubungi dengan rasa sayu..
sayu nak tinggalkan pak din, mak gee dan dua orang adik perempuan yang sentiasa membuli fatimahdin..
rasa macam tak puas sahaja meluangkan masa bersama mereka..
namun demikian, awal pagi tadi, fatimahdin telah melepaskan kerinduan ini dengan menghubungi ke-dua2 orang tua fatimahdin..
oh ya, pak din dah maju.. pak din pakai samsung s5.. hadiah hari jadi untuk pak din..
jadi, kepada rakan2 pak din, anda bolehlah ber-whatapp dengan pak din.. hehe..
abah ku sudah maju.. cuma, pak din masih lagi dalam proses belajar..
perbualan telefon pagi tadi cuma nak minta izin pak din nak balik ke darul ridzuan pada hari malaysia ini, 16/09/2014.. bukan apa, nak melepaskan rindu..
sebenarnya, pak din macam tak membenarkan tapi, fatimahdin peduli apa, pujuk juga pak din..
kelakarkan fatimahdin ni, nak cuti balik rumah pun nak minta izin pak din kan.. hehe..
selaku anak, kalau nak cuti, cuti jela kan.. haha..
balik secara mengejut, nanti fatimahdin pula yang terkejut.. jadi, tak payah la nak buat2 surprise gitu.. kehkeh..
tapi, debab  tak ada di rumah.. bolehlah nak manja lebih2 dengan pak din..
hehe..
rindu sangat pada pak din..
sayang pakdin, mak gee, debab n pengo!
semoga kalian sihat2 hendaknya.. di panjangkan umur dan insyaallah fatimahdin akan ketemu kalian pada cuti hari malaysia ini ya..!!