Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, April 25, 2014

ceritera haiwan, cinta dan kehidupan

assalammualaikum..

siput itu tahu takdirnya merangkak di seperpanjang batuan jalan.
ia tidak putus asa atau merasa lelah sia2.
demi kekasihnya telah menunggu di lain zaman dengan segala ketabahan.

lebah pun melabuhkan punggungnya, mengalah, mengeluh.
mawar telah enggan mekar dan musim tetaplah berlalu
tak memperdulikan waktu.

melompatlah belalang!
melewati padang, merentasi rumput dan hijau lalang.
sekuntum peoni telah menunggumu,
di bibir jendela di dalam ungu.

hujan akan langsai dan akan mekar adalah teratai.
kolam setiasa menakung air rindu.
wahai katak, terjunlah ke dalam mimipi2-ku.
sebelum musim menjadi zalim dan teratai berubah layu.

kalkatu itu pun tunduk menyerah diri pada lilin,
yamg sama menangis kerana ketidak upayaan mereka.
harus bagaimana memeluk kekasih,
manaburkan kasih sayang,
menilaikan cinta,
adakah dengan tidak membakarnya..?

chop! : spoillkan mood ja di pagi jumaat ini dengan ketiadaan air di rumah!

Thursday, April 24, 2014

tulis, kata, gerak

assalammualaikum..

apabila menulis itu lebih senang daripada ber-kata2,
senang untuk memberikan ayat dari melaksanakn gerak!

bila tulis
boleh susun kata
sulam ayat
padam ejaan salah
kembali betul tulis

bila kata
apa diungkap
tidak boleh ditarik kembali

bila gerak
bicara badan itu
tidak boleh berpatah kembali

bila janji pada orang
mudah ikut tulis
susah ikut gerak
senang ikut tulis
susah ikut kata

kalau sukar tunai janji (gerak), usah tabur ayat (tulis), kelak diri kelu diam (kata)

chop! : pancaindera memaikan peranan..

Wednesday, April 23, 2014

alone

assalammualaikum..

aku tak benci dunia luar
aku tak benci orang sekeliling

aku cuma enjoy duduk dalam dunia sendiri
bukan bermaksud aku enjoy jadi katak hijau!
duduk bawah tempurung senyap2

cuma bagi aku,
ada ketika
diam
pekak
bisu
itu lebih indah
dari hiruk pikuk dunia luar

chop! : definisi dunia sendiri, buka lagu dan volume kasi kuat smpai nak pecah pendengaran telinga!


jam tangan purple

assalammualaikum..

pagi2 buta hari ini memang bersemangat.. bukan kerana saya ke kerja memakai baju kurung wara purple tapi memakai jam tangan yang berwarna purple..
masa itu emas!
bila melihat jam tangan ini saya automatik teringatkan pemberi jam tangan purple ini..
mana taknya, nak jumpa dengan dia setahun yang lepas, saya boleh lewat satu jam untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan untuk bertemu dengannya.. nasib baiklah dia ini penyabar dan setia menunggu kehadiran saya..
apa2 pun, terima kasih encik capital A dengan pemberian jam tangan purple ini!

chop! : masa yang dilalui bersamanya indah2 belaka...


Tuesday, April 22, 2014

kerna sayang

assalammualaikum..

sings :
' kali pertama di pandangan,
buat ku terbang di awangan,
jangan pulangkan kerinduan kerna sayang..'




Monday, April 21, 2014

gelanggang biol

assalammualaikum..

lidah-lidah tiada budaya terus bersepah di gelanggang biol.
berselindung di sebalik tembok-tembok kebodohan pendirian.
mengangkat kebaculan sendiri untuk disaluti keberanian yang di angan-angankan.
tingkatnya? parasnya? nilainya?
di buku lali sahaja.

gelanggang biol,
bikin kita semua sewel..!!!

chop! : berfikiranlah secara waras!


tentang seseorang

assalammualaikum..

jari ini mengetik lagi meluahkan apa yang dirasai oleh hati dan perasaan ini
dan persoalan yang ber-main2 dalam pemikiran ini..
ya, aku mengingati seseorang itu!
dan tentang seseorang..
tika jari ini mengetik, lagu yang sedang dimainkan dan didendangkan ialah aku suka dia'', nyanyian ainan tasneem.. dan tentang seseorang itu adalah ketika lagu ini sedang meletop yang membuatkan
aku mengingati seseorang.. tiap kali lagu ini berkumandang, dialah yang aku ingati..!
aku tidak tahu mengapa tiba2 aku memikirkan dirinya..

dan tentang seseorang......




Friday, April 18, 2014

mendaki tangga

assalammualaikum..

dah lama jari jemari kaku ini tidak mengetip di papan kekunci komputer ni.. asyik mengetip di papan kekunci samsung note II warna pink..
nak cakap pasal kelas.. ceritera ini sem..
org dulu kata, 'di mana ada kemahuan, di sutu ada jalan'..
haa... kawan2 nak tahu, ceritera sem ini adalah...
adeh, if bagitahu mesti korang kata fatimahdin ngada2-kan.. haha..
ok, ciritera sem ini ialah..
tiap2 kali pertukaran kelas, fatimahdin terpaksa mendaki tangga yang tinggi.. dah la kelas jauh2.. aduyai, memang marathon la jawabnya... eh jap2, fatimahdin tak marathon berlari tapi fatimahdin menjadi seorang pejalan kaki yang tegar dengan membuka langkah yang besar.. ter-kocoh2 nak masuk kelas before the pensyarah..
jadi, kepada rakan2 fatimahdin, marilah kita ber-sama2 mendaki tangga hingga ke puncak..!!