Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, September 19, 2014

jeritan batinku : kecelaruan

assalammualaikum..
tik tok tik tok.. waktu terus berdetik.. terus berputar dan aku akui, masa itu emas..
pejam celik pejam celik, esok fatimahdin akan menghadiri kuliah pertama fatimahdi bagi sem baru.. agak cuak! huh, lagi berapa tahun, bolehlah merdeka.. dah nak habis study.. hehe..
alah, perasaan ini juga yang sering menghantui fatimahdin..
tidak boleh tidur malam adalah salah satu daripada kecelaruan apabila kelas dah nak bermula ini.. macam pagi tadi, pukul 2pagi fatimahdin dah tersedar, dan fatimahdin tidak boleh sambung tidur..
apa lagi, membaca dan membelek mana2 information.. sekadar scanning sahaja pembacaan itu.. menggerakkan otak!
oh ya, buku2 pun fatimahdin tak beli lagi.. steady je la esok masuk kelas.. budak scorer memang macam ini la.. bergaya lagi.. (poyo je kan ayat fatimahdin)
sesungguhnya, allah sahaja yang mengetahui isi hati ini.. situasi ini sering sahaja dialami..
kadang2, rasa macam nak lari jauh2.. nak sorokkan diri.. tak nak berdepan dengan sesiapa..
tapi, ini adalah demi masa depan fatimahdin.. untuk pakdin, makgee, debab dan pengo :)
as a anak, nak tengok pakdin dan makgee rasa bahagia.. biar mereka rasa berbaloi membesarkan fatimahdin yang nakal dan degil ini dan as a sister, kenalah fatimahdin menunjukkan attitude yang baik kepada adik2..
apa2 pun buat rakan2 fatimahdin, doakan untuk fatimahdin pada pembukaan sem yang baru ini.. harap semuanya ber-jalan dengan lancar..

chop! : menolak hari untuk balik ke darul ridzuan, beraya haji.. fatimahdin homesick! i miss my dad, my mum, my debab and my pengo!

Thursday, September 4, 2014

jeritan batinku : cemburu

assalammualaikum..

aku cemburu melihat mereka
bermesra dengan ayahanda dan bonda mereka
bergurau senda ber-sama2 adik beradik mereka yang lain
dan aku,
berseorangan di sini yang digelar sebagai anak dagang!

nyanyi :
'aku tak tahu,
apa yang ku rasakan
dalam hatiku'

luahan kecemburuan dari seorang budak yang bernama fatimahdin..
cemburu melihat mereka yang diluar sana yang masih lagi tinggal serumah dengan ayahanda dan bonda mereka.. secara dasarnya, bukannya fatimahdin tak nak survive bersendirian dan berjauhan dengan keluarga fatimahdin namun demikian, fatimahdin sudah agak lama berjauhan bersama keluarga fatimahdin.. kerinduan sentiasa memuncak dalam diri ini.. memang pada zaman moden ini segala skype, whatapp, viber dan sebagainya yang sentiasa ada di hujung jari ini namun, ia tidak memberikan kepuasan yang berganda dalam diri ini.. dan aku, hanya melihat kemesraan itu!
walaupun di sini fatimahdin mempunyai rakan2 yang mampu menceriakan diri ini, namun demikian, ianya berbeza.. gelak tawa kita bersama mereka adalah begitu berbeza jika dibandingkan bila diri ini bersama keluarga!ya, aku akui, memang ada dalam kalangan rakan2 yang memujuk ku namun demikian, rasa yang dirasai ini amatlah berbeza..
dan, aku cemburu melihat mereka!
aku, merindui keluarga ku :)

Wednesday, September 3, 2014

jeritan batinku : kerinduan

assalammualaikum..
syukur alhamdulillah semalam dengan selamatnya fatimahdin sampai di bumi darul ehsan, perjalanan dari darul ridzuan..
ye, fatimahdin berasa sedih meninggalkan bumi darul ridzuan dan semasa pemergian fatimahdin ke bumi darul ehsan, hujan membasahi bumi darul ridzuan seumpama memahami perasaan fatimahdin, perasaan yang mendung dan cucuran air mata yang membasahi pipi ini..
entah mengapa, balik kali ini, fatimahdin di selubungi dengan rasa sayu..
sayu nak tinggalkan pak din, mak gee dan dua orang adik perempuan yang sentiasa membuli fatimahdin..
rasa macam tak puas sahaja meluangkan masa bersama mereka..
namun demikian, awal pagi tadi, fatimahdin telah melepaskan kerinduan ini dengan menghubungi ke-dua2 orang tua fatimahdin..
oh ya, pak din dah maju.. pak din pakai samsung s5.. hadiah hari jadi untuk pak din..
jadi, kepada rakan2 pak din, anda bolehlah ber-whatapp dengan pak din.. hehe..
abah ku sudah maju.. cuma, pak din masih lagi dalam proses belajar..
perbualan telefon pagi tadi cuma nak minta izin pak din nak balik ke darul ridzuan pada hari malaysia ini, 16/09/2014.. bukan apa, nak melepaskan rindu..
sebenarnya, pak din macam tak membenarkan tapi, fatimahdin peduli apa, pujuk juga pak din..
kelakarkan fatimahdin ni, nak cuti balik rumah pun nak minta izin pak din kan.. hehe..
selaku anak, kalau nak cuti, cuti jela kan.. haha..
balik secara mengejut, nanti fatimahdin pula yang terkejut.. jadi, tak payah la nak buat2 surprise gitu.. kehkeh..
tapi, debab  tak ada di rumah.. bolehlah nak manja lebih2 dengan pak din..
hehe..
rindu sangat pada pak din..
sayang pakdin, mak gee, debab n pengo!
semoga kalian sihat2 hendaknya.. di panjangkan umur dan insyaallah fatimahdin akan ketemu kalian pada cuti hari malaysia ini ya..!!

Thursday, August 28, 2014

jeritan batinku

assalammualaikum..

sings :
'sehari ku rasa sebulan,
hatiku tiada tertahan'
(jeritan batinku, p.ramlee)

bait2 lirik lagu ini asyik meniti di bibir ku ini..
keadaan ku pada ketika ini hanyalah tersasar pada abah ku..
jasadku di darul ehsan namun pemikiran ku di darul ridzuan..
oh, cepatlah masa berlalu.. nak meluangkan masa  dengan pak din ku a.k.a abah ku!

chop! : doakan perjalanan saya pergi dan balik!

Wednesday, August 27, 2014

selamat hari lahir pak din!


rabu, 27 ogos 2014

assalammualaikum..
keheningan subuh yang sungguh syahdu.. bumi shah alam dilimpahi hujan renyai2.. tidur ku teramatlah lena..
tiba2, petikan gitar kedengaran.. bukan petikan gitar yang bukan dimainkan live di depan fatimahdin tetapi ia adalah petikan gitar yang fatimahdin mainkan.. ok, ia hanyalah satu rakaman atau ianya sekadar direkodkan dalam handphone fatimahdin dan petikan itu adalah nada dering handphone fatimahdin..
alunan petikan gitar itu fatimahdin mainkan adalah bagi memberikan inspirasi kepada fatimahdin..
dengan mata yang berpisat, fatimahdin bangun.. melihat nama pada skrin handphone itu membuatkan fatimahdin tidak mamai lagi..
tekalah sapa yang menelefon fatimahdin..? semestinyalah pak din, my hero, my dad!!
oh ya.. hari ini adalah hari lahir pak din yang ke... maaf, umur pak din perlu di rahsiakan..
abah, semakin tahun umur mu semakin meningkat, namun abah tetap kelihatan muda.. haha.. fatimahdin sentiasa bergurau sebegitu dengan pak din.. di akui, di wajahnya kini sudah mula timbul garis2 ketuaannya.. selagi hayat dikandung badan, fatimahdin tahu, pak din tetap bersemangat dan tabah menjaga puteri2nya..
oh ya, start daripada raya hari tu, dialog pak din yang fatimahdin rasa begitu mencuit hati ialah,
'saya tahu din-din saya macam mana'
janganlah pelik kenapa pak din cakap macam ni, sebab anak2 pak din semuanya ada perkataan din..
calon2nya :
fatimah din binti nasaruddin
fatizah din binti nasaruddin
fatihah din binti nasaruddin

dan kami bertiga, puteri2 kesayangan pak din.. puteri2 pak din ini hampir mempunyai karektor yang sama.. paling sama, kami bertiga sememangnya nakal, degil.. alahai, pergilah interview pak din sendiri untuk mengetahui siapakah kami yang sebenarnya.. hehe :)
pak din, tunggu fatimahdin balik ipoh hari jumaat ni ya! kerinduan bertamu di hati.. tak sabar fatimahdin mahu menatap wajahmu.. 
oh ya pak din, kelas fatimahdin dah nak bermula.. apa2pun, fatimahdin memerlukan khidmat dan tunjuk ajar pak din bagi beberapa subjek..


terima kasih kerana menjadi seorang abah kepada fatimahdin, fatizahdin dan fatihahdin.. as you say that, 
'' you know your din's''.. terima kasih kerana membesarkan kami tiga beradik sehingga berjaya.. tahan melayan kerenah kami dari kecil hinggalah kami bertiga dah besar panjang begini..  
terima kasih untuk segalanya.. love you abah! love you so much..!!

yang merindui pak din,
fatimahdin5734

chop! : cepatlah hari jumaat, fatimahdin tak sabo nak balik ipoh, nak jumpa pak din.. oh ya, nak jumpa mak gee juga... hehe...

Wednesday, July 2, 2014

jadual exam!


assalammualaikum..

27/06/2014 @ 0245pm-0545pm = admin law
09/07/2014 @ 0200pm-0500pm = land law
11/07/2014 @ 0245pm-0545pm = constitutional law 
13/07/2014 @ 0900am-1200pm = criminal law

Sunday, June 29, 2014

salam ramadhan


assalammualaikum..
fatimahdin ingin mengucapkan selamat menjalani rukun islam ketiga, 
berpuasa di bulan ramadhan..
alhamdulillah, dengan izin Allah kita masih dapat
merasa nikmat bulan ramadhan..
syukur..
semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan
untuk kehidupan kita, insyaallah..
ahlan wa sahlan ya ramadhan :)

Thursday, May 22, 2014

mimpi

assalammualaikum..

sings :
'mimpi mimpi
yang tak kembali
(kotak hati, hujan)

tepat jam 0548am, fatimahdin tersedar.. selalunya jam alarm di note II pink fatimahdin akan berbunyi pada pukul 0615am.. ha, itulah timing fatimahdin akan bangun.. hehehe..
tapi, pada hari khamis ini (batik semalaya), dan hari ini fatimahdin memakai batik semalaya berwarna biru, fatimahdin tersedar pada pukul 0548am kerana disebabkan satu mimpi.. adeh, fatimahdin mimpikan someone ni la.. erk, bukan mimpi best tapi disebabkan mimpikan someone jadi ia menjadi macam pelik la bagi fatimahdin.. mimpi itu bukanlah satu mimpi yang hodoh, biasa2 sahaja..

okey2, isi kandungan dalam mimpi itu yang fatimahdin ingat ialah lokasinya di dalam kelas dan someone tu duduk di sebelah fatimahdin dan bagitahu pada fatimahdin..
'awak ingat saya tak tahu nama awak.. nama penuh awak,
(maaf, fatimahdin takkan menulis nama penuh fatimahdin di sini)..'

ketika someone itu mengungkapkan kata2 itu, pandangan matanya hanyalah melalui ekor matanya.. boleh fatimahdin katakan bahawa macam sinis sahaja ungkapan itu seumpama satu ungkapan yang mahu mengenakan fatimahdin...

sings :
' pandangan matanya
menghancurkan jiwa'
(menunggumu, peterpan)

setelah ayat itu selesai diucapkan oleh someone itu, fatimahdin pun terus tersedar dan melihat jam telah pun pukul 0548am.. namun demikian, fatimahdin ada bermonolog dengan diri sendiri dan persoalan yang top of the list ialah..
' dia tahu ke nama aku..?'
rasa macam nak ketuk sahaja kepala fatimahdin ni kan.. fatimahdin, ini hanyalah mimpi la!!

chop! : ia hanyalah mimpi...!! 

Friday, May 2, 2014

date a man who loves you more

assalammualaikum..

date a man who loves you more.
meet him young at a time when you're not old enough to realize how precious he is.
fall in love carelessly.
start to think he must be the one, begin building a life with him.
become entangled with his family and him with yours, believe he will be the father of your children in later years.
date a man who loves you more because he will love everything you hate about yourself.
the man who loves you more will rub your feet when you're tired and take your cousins out for ice cream because he is simply that kind of man.
he will abandon his plans to come rub your back when you're sick without you ever having to ask.
the man who loves you more will allow you to grow as a person without taking space.
he will be patient, kind, he will know when to apologize and when to be quiet.
he will never yell.
he will laugh at your jokes and find you beautiful, even at your worst.
the man who loves you more will love you entirely, unconditionally, he will follow you anywhere and do anything for you.

as you grow with the man who loves you more, ignore the creeping sense of boredom.
ignore it because it is selfish, it is unbecoming, and you know you should be satisfied with this perfect man.
ignore it because you watch the women around you, your friends, your sisters, your co-workers, and you know they all long for the man you have.
ignore the melancholia and the longing you feel every time you watch a couple fight with passion, with anger, with fire.
count on your fingers the number of fights you have had over the years, and consider yourself lucky without really believing it.
ignore the nostalgia you feel for moments that you have never existed.
ignore it because you know passion is mercurial, passion is not something you build a life on.
passion will not rise your kids, it will not pay your mortgage.
when passions fades, you tell yourself you are left with nothing but regret.
ignore the slow leak of emptiness filling your gut when you kiss him, because it does not belong in your life.
it does not belong with this perfect man who loves you more.
he is dependable and with him, you know you will lead a lifetime of contentment.
you will travel with him, you will push him towards his goals.
you will have wonderful memories and photo albums.
you will celebrate milestones with pride, you will grow old holding his hand and raise balanced children with him.
when your children fall in love, you will smile and hope  they find someone who loves them more, because it will guarantee them the satisfied life you have led.

do not date the other man because the other man will never give you the stability you know you need.
stay away with the other man because with him you are unreliable.
the other man will never be there for you with the same dependability you have come to expect.
he will challenge you and push you to question everything you think you know about yourself.
the other man will love you, he will love you in ways that make you abandon every certainty you have ever had, but he will not help you keep your balance.
just when you think you have figured that man out, he will disorient you, you will be winded, you will not be able to breathe.
date the man who loves you more because the other man will never need you.
he will miss you when you're gone, he will be secretly broken, but he will go on without you because he does not depend on anyone.
this man is treacherous, you cannot trust yourself with him.

when things are good with this man, you will be euphoric.
you will be the best version of yourself.
you will look in the mirror and find you are beautiful.
you will be the luckiest woman in the world, and you will believe it.
you will tell him you love him and the words will explode out of your heart because it will be the first time you have ever encountered such irrevocable truth.
he will say it back and mean it, and you will feel like you can never be close enough to him.
you will lost yourself in him, and he will lose himself in you.
stay away from this man because your happiness will be fleeting.
when things are bad with him, he will fight back.
he will not be patient, he will not be soothe you.
the other man will be infuriating.
he will be selfish, careless with his word and at times even cruel.
he will try to inflict as much pain on you as he himself is feeling.
he will not apologize and he will push you to your limits.
with this man, you can expect the dizzying agony of passion, the blurred oblivion of apathy, the delicious comfort of despair, the addictive misery of loneliness.
you will tell yourself that it is better to have loved and lost than to have never loved at all, but in that moment of utter hopelessness, you will not believe it with absolute conviction.

date a man who loves you more because while he can never be quite enough, the other man will always be too much.
the other man will leave you thirsty for more, parched for him, panicked like a drunk who has finished his last bottle.
date the man who loves you more, fall for him in a slow and steady way, build a foundation with him and consider, truly consider, how lucky you are to have found him.
do all this, because with the other man, you will never know anything but a frenzied hunger and all-encompassing madness.
with that man you will burn bright and fast, and you will be invincible until you are not.
find the man who loves you more and keep him because the worth of happiness cannot be measured in days and months and years, and those fleeting few memories of pure, unadulterated bliss will never measure up to the lifetime of contentment you will have with the man who loves you more.
tell yourself this over and over, let it became a mantra, and condition yourself to believe it.
forget the other man, or at least try to, ignore the smells, the sounds and the things that remind you of him, ignore the way he made you feel, because you are better off apart.
together you made the world explode, but you can not survive in it after.
date the man who loves you more, choose him and never let him go, because you are wise enough to know that stories of true love never have a happy ending, and with this man at least you will die knowing someone loved you more.


Friday, April 25, 2014

ceritera haiwan, cinta dan kehidupan

assalammualaikum..

siput itu tahu takdirnya merangkak di seperpanjang batuan jalan.
ia tidak putus asa atau merasa lelah sia2.
demi kekasihnya telah menunggu di lain zaman dengan segala ketabahan.

lebah pun melabuhkan punggungnya, mengalah, mengeluh.
mawar telah enggan mekar dan musim tetaplah berlalu
tak memperdulikan waktu.

melompatlah belalang!
melewati padang, merentasi rumput dan hijau lalang.
sekuntum peoni telah menunggumu,
di bibir jendela di dalam ungu.

hujan akan langsai dan akan mekar adalah teratai.
kolam setiasa menakung air rindu.
wahai katak, terjunlah ke dalam mimipi2-ku.
sebelum musim menjadi zalim dan teratai berubah layu.

kalkatu itu pun tunduk menyerah diri pada lilin,
yamg sama menangis kerana ketidak upayaan mereka.
harus bagaimana memeluk kekasih,
manaburkan kasih sayang,
menilaikan cinta,
adakah dengan tidak membakarnya..?

chop! : spoillkan mood ja di pagi jumaat ini dengan ketiadaan air di rumah!

Thursday, April 24, 2014

tulis, kata, gerak

assalammualaikum..

apabila menulis itu lebih senang daripada ber-kata2,
senang untuk memberikan ayat dari melaksanakn gerak!

bila tulis
boleh susun kata
sulam ayat
padam ejaan salah
kembali betul tulis

bila kata
apa diungkap
tidak boleh ditarik kembali

bila gerak
bicara badan itu
tidak boleh berpatah kembali

bila janji pada orang
mudah ikut tulis
susah ikut gerak
senang ikut tulis
susah ikut kata

kalau sukar tunai janji (gerak), usah tabur ayat (tulis), kelak diri kelu diam (kata)

chop! : pancaindera memaikan peranan..

Wednesday, April 23, 2014

alone

assalammualaikum..

aku tak benci dunia luar
aku tak benci orang sekeliling

aku cuma enjoy duduk dalam dunia sendiri
bukan bermaksud aku enjoy jadi katak hijau!
duduk bawah tempurung senyap2

cuma bagi aku,
ada ketika
diam
pekak
bisu
itu lebih indah
dari hiruk pikuk dunia luar

chop! : definisi dunia sendiri, buka lagu dan volume kasi kuat smpai nak pecah pendengaran telinga!


jam tangan purple

assalammualaikum..

pagi2 buta hari ini memang bersemangat.. bukan kerana saya ke kerja memakai baju kurung wara purple tapi memakai jam tangan yang berwarna purple..
masa itu emas!
bila melihat jam tangan ini saya automatik teringatkan pemberi jam tangan purple ini..
mana taknya, nak jumpa dengan dia setahun yang lepas, saya boleh lewat satu jam untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan untuk bertemu dengannya.. nasib baiklah dia ini penyabar dan setia menunggu kehadiran saya..
apa2 pun, terima kasih encik capital A dengan pemberian jam tangan purple ini!

chop! : masa yang dilalui bersamanya indah2 belaka...


Tuesday, April 22, 2014

kerna sayang

assalammualaikum..

sings :
' kali pertama di pandangan,
buat ku terbang di awangan,
jangan pulangkan kerinduan kerna sayang..'




Monday, April 21, 2014

gelanggang biol

assalammualaikum..

lidah-lidah tiada budaya terus bersepah di gelanggang biol.
berselindung di sebalik tembok-tembok kebodohan pendirian.
mengangkat kebaculan sendiri untuk disaluti keberanian yang di angan-angankan.
tingkatnya? parasnya? nilainya?
di buku lali sahaja.

gelanggang biol,
bikin kita semua sewel..!!!

chop! : berfikiranlah secara waras!


tentang seseorang

assalammualaikum..

jari ini mengetik lagi meluahkan apa yang dirasai oleh hati dan perasaan ini
dan persoalan yang ber-main2 dalam pemikiran ini..
ya, aku mengingati seseorang itu!
dan tentang seseorang..
tika jari ini mengetik, lagu yang sedang dimainkan dan didendangkan ialah aku suka dia'', nyanyian ainan tasneem.. dan tentang seseorang itu adalah ketika lagu ini sedang meletop yang membuatkan
aku mengingati seseorang.. tiap kali lagu ini berkumandang, dialah yang aku ingati..!
aku tidak tahu mengapa tiba2 aku memikirkan dirinya..

dan tentang seseorang......




Friday, April 18, 2014

mendaki tangga

assalammualaikum..

dah lama jari jemari kaku ini tidak mengetip di papan kekunci komputer ni.. asyik mengetip di papan kekunci samsung note II warna pink..
nak cakap pasal kelas.. ceritera ini sem..
org dulu kata, 'di mana ada kemahuan, di sutu ada jalan'..
haa... kawan2 nak tahu, ceritera sem ini adalah...
adeh, if bagitahu mesti korang kata fatimahdin ngada2-kan.. haha..
ok, ciritera sem ini ialah..
tiap2 kali pertukaran kelas, fatimahdin terpaksa mendaki tangga yang tinggi.. dah la kelas jauh2.. aduyai, memang marathon la jawabnya... eh jap2, fatimahdin tak marathon berlari tapi fatimahdin menjadi seorang pejalan kaki yang tegar dengan membuka langkah yang besar.. ter-kocoh2 nak masuk kelas before the pensyarah..
jadi, kepada rakan2 fatimahdin, marilah kita ber-sama2 mendaki tangga hingga ke puncak..!!

Tuesday, March 4, 2014

main kasar nampak?

assalammualaikum..

main kasar, sekali datang ber-sepah2..
macam kumpulan gangster..
datang rapat betul2 depan muka..
banyak2..
habis kau fikir macam mana aku nak menghadap satu2?
cuba kau jawab!

tak boleh kan..?

dia kena satu2 babe!
satu settle baru hadap yang lain..
aku mana pandai nak handle banyak2 sekali..

kau memang main kasarlah..

chop! : salam takziah untuk keluarga arwah koperal raja aizam yang terkorban menjalankan tugas cegah jenayah di Klang pada awal pagi tadi.. jasa-mu tetap dikenang.. al-fatihah..
dan untuk ahli keluarga koperal mohd aidil mustafa, iringan doa buat kalian..
kepada warga2 PDRM, teruskan usaha anda dalam menjalankan tugas kalian..
kepada masyarakat sekeliling, ayuh kita banteras jenayah.. jenayah membawa padah!

Tuesday, February 18, 2014

tidur itu nikmat

pic di-cilok dari pak cik google

assalammualaikum..
mentang2 la keputusan exam dah keluar..
which means that, class dah nak mula..
bila class dah nak mula, secara automatik-nya, mata fatimahdin memang tak boleh nak lelaplah.. jadual tidur ku adalah seperti biasa, namun demikian, tepat pada pukul 4 pagi mata ini akan celik..
mata, begitu excited untuk menghadap buku2 pada waktu2 begini..
bila jadi begini, memang akan berasa letih.. alahai cik mata, tolonglah lelap, class tak mula pun lagi..
simpton2 seperti kuat makan, jerawat tumbuh melata di muka memang jelas kelihatan.. inilah keadaan fatimahdin bila class nak mula..

azam sem baru :
'nak buat yang terbaik dan dapat result yang gempak!'

Thursday, February 6, 2014

.....

assalammualaikum..

penulisan yang kosong..
tak tahu nak ketip apa, nak tulis apa, nak luahkan apa..
hanya menjadi silent reader!! baca dan terus membaca post2 yang lain..
oh ya, sebelum terlupa..
14 februari 2014 result exam keluar.. ayaik..!!
doakan yang terbaik untuk fatimahdin ye..!!
maaf tau rakan2 sebab dah lama tak update..
sayang kalian semua..!!

chop! : sambil mengetip dengar lagu yellowcard, only one..!!