Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Monday, July 30, 2012

milik siapakah jari ini?


assalammualaikum..

pengumuman :
' kepada sesiapa yang mengetahui pemilik jari di atas,
anda diminta untuk menghadapkan beliau ke muka buku fatimahdin..
eh silap, bukan muka buku fatimahdin tapi ke muka pengadilan
dengan segera kerana pemilik jari tersebut sedang berada dalam satu
keadaan yang tidak terlalu critical namun haruslah diubati..'

rajah di atas menunjukkan empat batang jari iaitu jari telunjuk,
jari hantu, jari manis dan jari kelingking..
jari ibu tidak pula kelihatan.. mungkin tercicir di mana2..
jadi kepada sesiapa yang menjumpai jari ibu pemilik rajah di atas,
anda diminta untuk memulangkannya dengan segera!!
jikalau tidak, empunya jari tersebut akan menangis tersedu-sedan
mengenangkan nasibnya.. :(
kelihatan juga, jari hantu pemilik rajah di atas dibalut dengan plaster..
kenapa agaknya ya?
selain daripada itu, didapati luka yang dialami oleh pemilik jari tersebut
adalah pada tangan kirinya..
baru ada nawaitu nak pinjamkan tangan kanan fatimahdin kepada beliau..
namun demikian, nawaitu itu terbatal secara sendirinya kerana beliau injured
tangan kiri..nampak sangat nanti lain coraknya..
bukan tak nak bagi pinjam tangan kiri fatimahdin kerana
fatimahdin melaksanakan kerja2 menggunkana tangan kiri..
maaf ya pemilik jari di atas..
nanti fatimahdin buka lagi tawaran pinjaman yang lain!!! >___<

namun demikian, berdasarkan rajah di atas tersebut,
kelihatan papan kekunci laptop!! ( betulkah ayat ini? )
antara huruf yang menarik perhatian fatimahdin ialah
huruf ' F, D, N'..
nampak sangat pemilik jari tersebut merindui fatimahdin..
haish =,=
FDN? apakah itu?
semestinya...
FATIMAH DIN NASARUDDIN!!!

chop! : kepada sesiapa yang membaca entry ini dan mengetahui pemilik jari tersebut, anda akan mendapat duit raya daripada fatimahdin.. kepada semua, selamat mencari pemilik jari tersebut ya!!

salam sayang,
fatimahdin5734

jurang antara kita

assalammualaikum..

sings :
' aku anak kampung tiada pelajaran
kuli2 sahaja
memang tidak padan '
( jimmy palikat, anak kampung )

p/s : kerana dia lebih pandai daripada fatimahdin, fatimahdin takut untuk hampiri dia..

salam sayang,
fatimahdin5734

Tuesday, July 24, 2012

tak dapat join iftar bersama blogger perak

assalammualaikum..

kepada : blogger perak

seronok sangat perasaan ini apabila diberitahu bahawa blogger perak akan mengadakan majlis iftar bersama semua ahli2 blogger perak.. senyum sampai telinga :)
tapi sayang seribu kali sayang.. fatimahdin tak dapat nak join! sedihnya :(
susah nak luahkan macam mana perasaan ini.. nak sangat jumpa korang semua.. haish =,=
tapi tak apalah, harap2 nanti akan adanya majlis hari raya.. ok tak? harap ada ye.. nak join!

salam sayang,
fatimahdin5734

Wednesday, July 4, 2012

kecewanya :(


assalammualaikum..

penulisan yang dimulakan dengan luahan yang menyentuh perasaan ( perasaan sendiri tapi tak tahulah jikalau rakan2 fatimahdin ynag lain turut merasainya atau tak )
ini satu kisah pada 03072012 jam 1415-1715.. pada ketika kaki ini melangkah ke dewan peperiksaan, berbekal dua akta yang dibawa masuk iaitu federal constitution and civil law act, tiba2 pegawai yang bertugas memberikan arahan bahawa,

' kepada sesiapa yang membawa masuk akta,
anda diminta untuk meletakkan akta di hadapan meja ini..'

dengan muka tercengang, dengan perasaan gundah gulana, kepala duk pandang kiri kanan, bermain eye contact sesama rakan, dan oh tidak, rupa2-nya, akta tidak boleh dibawa masuk.. satu kemusykialn timbul dalam hati dan benak ini kerana seperti yang diberitahu oleh pensyarah, akta boleh dibawa masuk dalam dewan peperiksaan.. dengan berat hati, akta diberikan dan diserahkan kepada pegawai yang bertugas..

hati fatimahdin berkata :
' ya allah,
fatimahdin tak hafal pun akta2
yang harus dihafal.. '

toleh kiri, toleh kanan, dahi dah berkerut sangat..
apa2 hal, soalan memang superb! seriusly, memang kecewa dengan paper yang satu ini..
usai menjawab, on handphone dan call pak din ( abah fatimahdin la)..
dengar suara abah rasa tenang sangat..

abah tanya :
'macam mana?

fatimahdin jawab :
'ok'

untuk abah :
' abah, masa dalam telefon fatimahdin jawab semuanya okey
tapi hakikatnya tak okey!
fatimahdin lupa pada pesanan abah untuk hafal segala akta2
yang harus dihafal itu..
maafkan fatimahdin kerana terlalu confident bahawa
akta boleh dibawa masuk dalam dewan peperiksaan..
satu kesilapan yang tak boleh dimaafkan
ke atas diri ini..
maafkan fatimahdin abah kerana tidak
mendengar nasihat abah untuk menghafal
segala akta2 itu..
maafkan fatimahdin abah! '

itulah al-kisahnya.. satu kesilapan yang fatimahdin tak boleh maafkan diri fatimahdin sendiri!
baru fatimahdin sedar bahawa penghafalan akta2 itu adalah penting yang selama ini fatimahdin hanya memandang seumpama sesuatu hal yang kecil..
baru fatimahdin faham kenapa tiap2 malam abah sentiasa buka akta2 yang sedia ada di rak buku abah..
adakah fatimahdin boleh menggantikan abah fatimahdin dalam bidang perundangan ini satu masa nanti?
bolehkah fatimahdin menjadi seperti abah?
pengalaman dan kejadian hari ini seumpama satu tamparan yang hebat buat diri fatimahdin!
ah, kecewa sungguh fatimahdin pada hari ini..
tidurlah dalam kekecewaan!
haish =,=

chop! : belajar dari kesilapan.. next paper on the application of acts which related with the certain cases akan fatimahdin hafal gila2.. jika berkemampuan, semua akta fatimahdin cuba hafal.. oh ya, abah.. izinkan fatimahdin pinjam otak abah..?he5.. please..


salam sayang,
fatimahdin5734