kepada : abah fatimahdin
harap maaf, fatimahdin tak boleh bagitahu nama abah fatimahdin.. tapi, you all semua boleh panggil abah fatimahdin dengan panggilan 'pak din'.. alahai, cute-nya!
okey abah, maafkan fatimahdin kerana terpaksa balik kuala lumpur ini terlalu awal.. apa2 hal, fatimahdin nak wish dekat abah..
SELAMAT HARI ABAH!
terima kasih kerana sudi menjadi seorang abah kepada fatimahdin.. terima kasih juga kerana sentiasa memberikan semangat kepada fatimahdin yang sentiasa merasakan dirinya down sepanjang zaman.. alahai, kalau boleh, fatimahdin nak maintain berada di alam kanak2.. abah jagakan dan paling senang cerita, segalanya abah yang buatkan untuk fatimahdin.. rindunya pada zaman kanak2.. alahai, manjanya fatimahdin..ye, fatimahdin mengaku yang
FATIMAHDIN ADALAH ANAK BAPAK!!!
tapi, bila dah besar panjang macam ni, memang tak lah abah nak buatkan.. berdikarilah jawabnya insan yang bernama fatimahdin ini.. fatimahdin sentiasa terfikirkan satu perkara.. perkara yang sentiasa ber-legar2 bermain di minda fatimahdin.. bila abah tak ada satu masa nanti, siapakah yang akan berada di samping fatimahdin.. ikhlasnya, fatimahdin takut kehilangan abah.. adakah semangat fatimahdin would be or still the same? fatimahdin sentiasa mendoakan biarlah fatimahdin pergi dulu sebelum abah.. abah nak tahu kenapa? pasal fatimahdin tak sanggup kehilangan abah kerana fatimahdin tahu fatimahdin bukanlah seorang anak yang kuat semangat.. eventhough bila kita pisah macam ni pun, fatimahdin terasa sangat yang life fatimahdin kosong.. tak dapat nak borak2 dan gurau2 dengan abah.. pasal tu lah bila fatimahdin balik ipoh, fatimahdin nak habiskan masa fatimahdin dengan abah.. fatimahdin nak tatap muka abah puas2..first and foremost, sorry and thanks for everything.. fatimahdin sayang abah!
chop! : tiba2 teringat masa zaman kanak2 dulu.. abah dukungkan fatimahdin, buatkan susu botol untuk fatimahdin, tukarkan lampin, berpimpin tangan ketika berjalan, suapkan ketika makan, tepuk a.k.a 'popok' fatimahdin untuk tidur.. senang cerita, di mana abah berada, di situ ada fatimahdin atau sebaliknya..
salam sayang,
fatimahdin5734