Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, August 31, 2011

samsung galaxy tab

The Samsung Galaxy Tab 10.1 has finally arrived anallyd it’s out of this world! #samsungTabmy
perhatian :
kepada rakan2 fatimahdin di sini..
ada sesiapa yang menggilai gadget?
kalau ada,apa lagi..
klik-lah pada link di atas ini..

pantun raya 1 Malaysia

assalammualaikum..
macam mana dengan raya rakan2 fatimahdin semua?seronok?jadi,kongsilah cerita raya kalian semua dengan fatimahdin tak kira waalu di mana pun kalian semua berada..sebelum rakan2 semua buka cerita raya kalian semua,jom baca pantun raya 1 Malaysia ni..pantun raya dari perlis sampailah ke sabah..

pantun raya dari negeri johor :
' cegitu cegini awak suka
awak suka kita tak suka
esok lusa hari raya
sama2 bersuka ria '

pantun raya dari negeri kelantan :
' make ikke cicoh budu
jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
nanti rayo dale sepita '

pantun raya dari negeri perlis :
' padang besaq kecik aje
tempat siam lalu lalang
hari raya kita berbelanja
jangan sampai menanbah hutang '

pantun raya dari negeri pahang :
' sempadan pahang ada casino
nasi dagang ikan patin
jange mu masam muko
raya makan rendang sadin '

pantun raya dari negeri sembilan :
' masak lomak cili api
campo dongan daun kari
hari rayo kolumpo sopi
tinggal penyamun dongan pencuri '

pantun raya dari negeri melaka :
' hawau kau berak merate
kaki bengkak ulau patok
kalu balik naik kereta
jangan pandu kalau ngantok '

pantun raya dari negeri selangor :
' wa cakap lu wa tak tau
tapi wa tipu sama lu
raya jangan buat tak tau
angpau ada bagi wa dulu '

pantun raya dari negeri kedah :
' aloq staq ter-ketaq2
lapaq perut makan pau
macam mana tak ketaq
kena paksa bagi angpau '

pantun raya dari negeri terengganu :
' makang ubi jamang jepong
makang kepok cicah cuke
bulang pose mung bengong
bulan raye mu gile '

pantun raya dari negeri sabah :
' makan iqan cicah kuah nasi mbaq
jangan qo lupaq kelapaq mudaq
pergi rayaq bukan berlumbaq
di hospital nanti qo berayaq '

pantun raya dari negeri pulau pinang :
' nasi kandaq kedai mamak
anak mami jual pesemboq
lepas raya usah dok triak
kalu ceti mai ikut dapoq '

pantun raya dari negeri sarawak :
' kuang kuit miri ke kuching
telang tulus nait belon
kamek di sarawak kitak urang di semenanjung
mun ada silap, maaf ah kamek mohon '

pantun raya dari negeri perak :
' gulai tempoyak akan mayong
deroyan busok tebok tupai
pandu hemat ingat kampong
asal teman selamat sampai '

chop! : fatimahdin beraya di perak tahun ini..selamat hari raya semua,tak kira walau di mana kalian semua berada..





Tuesday, August 30, 2011

saya sayang malaysia

This is my favourite video on #SayaSukaMalaysia . Think it best describes us Malaysian!
perhatian :
kepada rakan2 fatimahdin di sini..
sila klik link di atas ini..
saya sayang malaysia..
selamat hari merdeka semua!

Monday, August 29, 2011

dam2 dum

assalammualaikum...

ucapan raya fatimahdin :
' salam aidilfitri..
maaf andai otak silap mentafsir..
hati silap menduga..
mata silap memandang..
telinga silap mendengar..
dan mulut silap berbicara..
maaf zahir dan batin.. '

kawan2, nampaknya sudah sebulan kita berpuasa dan tiba sudah masanya untuk kita semua meraikan hari kemenangan kita ini..fatimahdin ingin mengucapkan tahniah kepada kawan2 fatimahdin semua kerana sepanjang bulan ramadhan ini kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dari-Nya..rasa sedih untuk meninggalkan bulan ramadhan tapi insyaallah ada umur tahun depan,kita akan bertemu lagi di bulan ramadhan yang akan datang..
salam aidilfitri, maaf zahir dan batin..

Sunday, August 28, 2011

pantun lawak aidilfitri

assalammualaikum..

lapar puasa ter-ketar2,
bila berbuka lega rasanya,
kad raya tak sempat nak hantar,
kiriman MMS pun dah grand-lah ya..

anak dolah makan lepat,
makan lepat sambil melompat,
nak hantar kad raya dah tak sempat,
pakai MMS pun kira ok what?

lemah lembut tuan puteri,
berkain cindai cantik dipandang,
meriah menyambut aidilfitri,
sahabat handai datang bertandang..

udara dingin hening pagi,
tabuh bising mulakan hari,
aidilfitri menjelma lagi,
masing2 pakai berseri..

tanpa mengira miskin kaya,
pangkat kedudukan hamba sehaya,
sama2 menyambut raya,
maaf2-an di hari raya..

aidilfitri hari kemenangan,
kejayaaan menempuh halangan,
mengenali erti kesenangan,
bagi mereka yang kekurangan..

aidilfitri hari kemaafan,
menghapus kesalahan sesama insan,
memupuk perpaduan sesama ehsan,
mengikat tali keakraban..

cincin disarung hati berdebar
jarinan lembut wajah terhias,
ramadhan disambut penuh sabar,
aidilfitri disambut penuh meriah..

saidina affan menyusun kata,
tutur peri yang aulia,
maaf ber-maaf2-an sesama kita,
di aidilfitri yang mulia..

maxishtccchacha

Facebook lovers! Clutch this, want this, love #MaxisHTCChaCha . Join this contest, & win urself this brilliant phone
perhatian :
kepada rakan2 fatimahdin..
jom klik link ini..
dan join contest yang diadakan..

Sunday, August 7, 2011

Samsung is celebrating this Raya season with you! Fine out more #samsung_raya

Samsung is celebrating this Raya season with you! Fine out more #samsung_raya
perhatian :

kepada rakan fatimahdin yang menggunakan produk samsung..
sila klik link ini..
ada hadiah menanti untuk raya!
celebrating raya with samsung..

tips menjadi sahabat yang baik

assalammualaikum..


1 - korang kenalah bagi salam
sebab - salam sebagai pemula bicara, tandanya, kita ini seorang yang merendah diri..bagi salamkan bagus,sopan..

2 - panggillah kawan korang dengan panggilan yang disukainya
sebab - kalau korang panggil kawan korang dengan nama yang entah apa2, siapa yang tak marah?so,kenalah panggil dengan panggilan nama yang disukainya..perlu diingati, jangan meng-ada2 panggil kawan korang dengan panggilan sindiran seperti ' hey pendek!' , 'hey si hitam!' ..sah2-lah kawan korang marah..kadang,ad juga kawan yang sengal, dan2 panggil ' hey si comel!'..ada niat kot..so,ber-pada2-lah dan yang paling penting,keikhlasan..

3 - beri tumpuan saat2 kawan bercakap
sebab - kawan tengah bercakap,pandanglah mata dia, fokus! nak2,kalau dia tengah bersedih..sebagai kawan yang baik dan memahami kenalah bagi ekspressi yang positif..janganlah pula hanya bercakap 'haah','ermm','ye kot','betul2','ishk','lorh'..ayat2 ni terlalu command-lah..nampak sangat korang tak attract dengan apa yang dia bualkan..walaupun cerita dia membosankan, layankan sahaja..nanti, dia terasa pula..

4 - jangan ceritakan keburukkan kawan kita dengan orang lain
sebab - kalau korang ceritakan keburukkan kawan korang dengan orang lain, secara automatiknya korang dah mengaibkan dia..tak boleh macam itu!kita ini manusia,tidak ada yang sempurna..kasihanlah dekat kawan kita itu,nanti orang pandang serong pula pada dia..lagi parah, hubungan korang akan terjejas..sedihkan?

5 - tolong menolong
sebab - secara tidak langsung, korang dapat mengurangkan beban kawan korang..jangan dinilai dan dikira berapa besar dan kecilnya pertolongan itu, sebab kesannya dengan kawan kita..kita? kita dapat pahala dan kawan kita bertambah sayang dan hargai kita..korang kalau nak tolong pun ber-pada2-lah juga..jangan sampai menjerat diri, tolong ikut kemampua korang..kalau dia ada masalah cuba tanya, apa masalah yang sebenarnya..cuba selesaikan bersama, kalau dia memilih untuk tanggung sendiri korang still boleh tolong..korang bagi nasihat dan pimpin dia..

6 - tegur kesalahannya
sebab - kalau dia buat silap, korang kena tegur dia..korang jangan pula pentingkan diri sendiri..kalau2 dia buat salah besar, tegur secara berhemah..tegur elok2..nasihatilah dia..so, kawan kita boleh terima dengan positif..kalau korang tegur, 'hoi! kau ni memang sengallah, dah salah tu, buatlah cara salah!' korang memang nak nahaslah.. memang nak kena pelempanglah jawabnya..fatimahdin yakin, kalau korang tegur dengan cara macam itu akan berlaku konflik dalaman dan luaran..secara tidak langsung, korang pun salahkan?bukan begitu caranya nak tegur kesalahan kawan kita..ajaklah berbincang..

7 - jadilah kawan yang pemaaf
sebab - sesetengah orang tidak mudah nak maafkan kesalahan kawan dia..sesetengah pula senang nak memaafkan..itu terpulanglah pada korang, terpulang dengan kesalahan yang kawan kita buat..masing2 punya hak kemanusiaan untuk memafkan dan tidak..pada fatimahdin,kalau kita memaafkan kawan kita tidak bermakna maruah kita jatuh tapi,effect dalaman..effect-nya, tidaklah menjadi seorang yang pendendam..kita tidaklah sakit hati sorang2..so,adalah lebih baik memaafkan dari terus menyimpan duri yang tajam yang kahirnya korang juga yang tersa sakitnya..

8 -terima maaf kawan kita
sebab - kawan kita minta maaf bermakna dia mengaku dan menyesali apa yang dia buat sebelum ini..so,korang kenalah buka hati korang supaya memaafkan dia..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan seba musababnya..terima sahajalah alasan yang kawan kita bagi tu sama ada betul atau tidak dan serahkan saja pada Allah..mudah bukan?

9 - terima kasih kawanku
sebab - kita sebagai kawan kenalah menghargai atas apa yang kawan kita pernah beri..ucapan terima kasih sudah cukup baginya untuk dia rasa yang kita hargai apa yang dia bagi..kadang2 kita lupa untuk ucap 'terima kasih ya!' walhal sekadar dua patah perkataan sahaja..

10 - sentiasa mendoakan kawan kita
sebab - sebagai kawan yang baik,takkan pernah putus dan hilang dari ingatan bila kita berdoa..doa untuk kesejahteraan kawan kita sebagai tanda kita sayang akan dirinya..korang kenalah doa untuk kesejahteraan dan kejayaan bersama..jangan pernah ada rasa dengki..ingat,para malaikat akan selalu mendoakan kita sebagaimana kita mendoakan kawan kita..berdoalah semoga hubungan persahabatan korang kekal hingga ke Jannah-Nya..amin..

chop! : fatimahdin sayang akan semua kawan2 fatimahdin dan fatimahdin berjanji untuk menjadi seorang kawan,sahabat,teman dan rakan yang baik untuk korang semua..


Saturday, August 6, 2011