dia ingin memiliki ketaat Ibrahim,
walau di campak ke dalam api,
walau di suruh sembelih anak sendiri,
agar hidup tidak dipenuhi rasa protes dan benci...
dia ingin sesabar Ayob,
walau di tinggal isteri,
walau dimakan ulat,
namun tetap tidak meninggalkan solat...
dia ingin kelebihan Sulaiman,
yang faham bahasa dua dunia,
agar bisa mengatur alam,
mengikut acuan dari yang Esa...
dia impikan cabaran Musa,
walau hampir dibunuh tika kecilnya,
walau ditentang raja berkuasa,
suruhan raja segala raja tetap dilaksanakan...
dia ingin akhlak Muhammad,
walau dibenci keluarga sendiri,
walau dihina kaum mulia,
walau dituduh tukang guna-guna,
walau ditawar kehebatan dunia,
namun tetap istiqamah dalam menyebar agama sejahtera...
Wednesday, March 30, 2011
Friday, March 25, 2011
> kelmarin,hari ini dan esok
kelmarin,
aku rasakan diriku tiada erti,
seperti bayang-bayang kehidupan,
aku rasakan diriku terbuang jauh,
aku dihambakan..
hari ini,
tiap detik aku lalui,
aku rasakan begitu jauh,
begitu panjang masa berlalu,
bagai terkapai-kapai di awan biru,
berterbangan ditiup tanpa hentian,
tanpa nokhtah..
esok,
aku rasakan tak mampu aku tempuhi,
merempuh dugaan dan harapan,
aku rasakn ingin gugur di persada impian,
akan rebah bersemadi meninggalkan kenangan..
kelmarin dan hari ini,
merupakan sebuah fantasi kehidupan,
tetapi biarlah esok menjadi realiti,
kerana,
kata-kata tak mampu menahan waktu,
dan saat-saat tak akan serupa,
kerana,
kelmarin dan hari ini,
bukan cermin untuk hari esok dan..
esok bukan seterusnya...
aku rasakan diriku tiada erti,
seperti bayang-bayang kehidupan,
aku rasakan diriku terbuang jauh,
aku dihambakan..
hari ini,
tiap detik aku lalui,
aku rasakan begitu jauh,
begitu panjang masa berlalu,
bagai terkapai-kapai di awan biru,
berterbangan ditiup tanpa hentian,
tanpa nokhtah..
esok,
aku rasakan tak mampu aku tempuhi,
merempuh dugaan dan harapan,
aku rasakn ingin gugur di persada impian,
akan rebah bersemadi meninggalkan kenangan..
kelmarin dan hari ini,
merupakan sebuah fantasi kehidupan,
tetapi biarlah esok menjadi realiti,
kerana,
kata-kata tak mampu menahan waktu,
dan saat-saat tak akan serupa,
kerana,
kelmarin dan hari ini,
bukan cermin untuk hari esok dan..
esok bukan seterusnya...
diLuahkan oleh
fatimahdin
paDa
3:47 PM
Wednesday, March 23, 2011
> realiti kehidupan sendiri
hidup,
ibarat lilin..
bila dinyalakan,
maka akan bercahaya..
bila dipadamkan apinya,
maka..
akan gelaplah seluruh alam..
hidup,
bukan mudah untuk ditafsirkan..
apa yang dirancang kadang kala belum tentu jadi kenyataan!
namun,
selagi ada harapan,
selagi itulah usaha harus diteruskan,
agar mimpi mampu direalisasikan..
dan aku,
demi hidup aku,
aku berjalan sendirian ditemani bayang-bayang sendiri..
bukannya ingin bersendiri tetapi aku inginkan ruang dalam hidupku..
aku bersendirian bagi mengimbau memori lalu,
kenangan mengajar aku agar aku lebih matang..
namun,
tika aku mengorakkan langkah kaki ini,
aku berhenti di satu perhentian,
renungku sejenak episod-episod kehidupan yang lepas
yang telah jauh aku tinggalkan..
apakah bahagia bakal menghampiri dan menemani aku disini?
kerana,
aku tak ingin bersendirian lagi..
tweet : rindu dekat kawan-kawan masa sekolah dulu..zaman kenakalan!
diLuahkan oleh
fatimahdin
paDa
3:02 PM
Tuesday, March 15, 2011
> terlontar di sudut sepi
terlontar diri di sudut sepi,
tercari-cari kebenaran yang masih tersembunyi,
sungguh realiti ini terlalu sukar untuk dihadapi,
dalam samar-samar tetap menanti sebuah jawapan pasti..
diLuahkan oleh
fatimahdin
paDa
11:28 PM
Thursday, March 10, 2011
> you tube dan saya
assalammualaikum..
entry kali ni nak story mooly bout saya dan you tube..
lately ni banyak habiskan masa dengan menonton segala cerita yang pernah ditayangkan di pawagam melalui you tube!
saya bukanlah kaki wayang tapi saya mengetahuilah juga apa cerita yang ditayangkan di pawagam..
ramai yang tanya kenapa saya tak pergi pawagam dan jawapan saya adalah 'coz rumah aku ada astro..bila raya,pasti tunjuk punya..lagipun,tak payah bazirkan duit tengok wayang..'
hua3..ni adalah dialog manusia yang kedekut..
eh2,jap2..saya ni kedekut ke?
mana ada,saya tak kedekut cuma duit itu haruslah disimpan tuk masa hadapan..
movie2 yang ditayangkan di pawagam leh tengok kat tv n you tube!
senang cerita,menjimatkan duit walaupun terpaksa menunggu lama..
antara movie yang saya layan...
hantu kak limah balik rumah
memang kelakar cerita ni..
tergelak-gelak dibuatnya..
khurafat
saya suka tengok ceritra hantu!
lagipun,dalam cerita ni adanya pelakon yang saya suka..
liyana jasmay dan syamsul yusuf!
terbaik wok..
evolusi kl drift 2 (salah letak poster r)
ops,saya tersilap letak poster pic evolusi kl drift 2..terletak evolusi kl drift 1..
boleh tak satu masa nanti saya nak jadi drifter terkenal?
saya bawa kereta laju-laju especially bila radio putarkan lagu rock!
mantap dengan pelakon yang hangat2..
aku masih dara
tengok filem ni membuatkan saya terfikir pasal diri sendiri..
seorang budak perempuan..
saya ni dalam kategori yang sedang2 saja..
tidaklah terlalu baik dan tidaklah terlalu jahat cuma dari kecil abah suka panggil saya dengan panggilan 'naughty girl'..
coz..saya memang nakal..suka kacau2 orang dan degil..
tak percaya?
hanya insan yang mengenali saya yang tahu perangai saya yang sebenarnya..
fatimahdin = sengal + senget + poyo + nakal
itulah diri saya..hik2..
sekian dari saya..
assalammualaikum..
diLuahkan oleh
fatimahdin
paDa
10:57 AM
Wednesday, March 9, 2011
> sad feeling
what made us suffer so much like this?
what puts us into obstacles like this?
'i love you' , the words i won't be able to say anymore
'i love you' , the words i can't say anymore
'i love you' , the words i can't say as i look towards you
why didn't i understand you?
you must have been lonely and hurt
listen to a lot of things i wanted to say
but couldn't...
diLuahkan oleh
fatimahdin
paDa
11:56 AM
Tuesday, March 1, 2011
> renungan bulan mac 2011 (rabiatul awal - rabiatul akhir 1432)
' dari jabir bin abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda rasulullah s.a.w bersabda : seorang muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada seorang muslim yang kaya. (hr tirmizi)'
' dari aishah r.ha meriwaytakan bahawa baginda rasulullah s.a.w bersabda : seorang muslim yang tercucuk duri atau apa sahaja kesusahan atau kesakitan yang seumpamanya akan dituliskan untuknya satu darjat dan dihapuskan untuknya satu dosa. (hr muslim)'
diLuahkan oleh
fatimahdin
paDa
12:15 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)