Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, March 20, 2016

macam-macam

assalammualaikum.

tulisan ini, di ruangan yang begitu bebas ini kadangkala membuatkan fatimahdin tidak ada hala. tidak seperti manusia , tidak juga seperti binatang. jawapan ringkas, fatimahdin bukanlah malaikat. jadi, pilihan menjadi syaitan dan iblis lebih terbuka luas. manjadi syaitan dengan tulisan bukan sesuatu yang power atau awesome sangat bagi diri ini.

tetapi, penulisan merupakan satu ekspresi kepada fatimahdin. jikalau di perhatikan satu2 setiap entry yang lepas, macam2 fatimahdin sudah jadi.

fatimahdin jadi pemuisi.
fatimahdin jadi lelaki,
fatimahdin jadi perempuan.
fatimahdin jadi suami.
fatiamhdin jadi isteri.
fatimahdin jadi ustazah ataupun ulama.

boleh dikatakan fatimahdin ada bakatlah untuk menjadi kesemua yang disenaraikan di atas itu. (rasa macam nak gelak besar, gilalah sampai tahap ini fatimahdin menilai diri fatimahdin sendiri). tetapi, bukan itu sangat pun yang fatimahdin mahukan. fatimahdin hanya mahu menulis seperti perihal yang ditulis oleh orang lain cuma, cara olahan dan penulisan itu adalah berbeza kerana masing2 mempunyai kreativiti dan pemikiran yang tersendiri. kadang2, terasa juga ingin menjadi seperti orang lain , contohnya, berangan nak jadi macam fazura! bukan2, sebenarnya rasa macam nak jadi orang yang berilmu menyebarkan dakyah walaupun merapu. sebagai contoh, macam fatimahdin layan teater zombi lalala. apa yang fatimahdin ketahui, mereka melawat Malaysia untuk mencari formula kecantikkan terhadap diri masing2. i am so enjoy with that theater. but, towards the end, the moral of the theater was, kecantikkan itu bukanlah datang dari kecantikkan kita yang luar ini tetapi ianya datang dari hati kita. fatiamhdin suka tengaok teater ini!

jadi,
enak rasanya jika mempunyai dunia sendiri,
macam2 ada.
dunia itu wang.
dunia itu wanita.
dunia itu kuasa.
dunia itu senjata.
dunia itu askara.
dunia itu.....

kalian sambunglah ayat seterusnya yang kalian rasa apa yang kalian mahukan.

Sunday, March 13, 2016

kisah hujan

assalammualaikum.

hujan ini benar menguji
seorang hamba yang tidak mampu
meneruskan perjalanan
bila hujan terlalu lebat
tidak mampu memecut laju
ketika hujan rintik melankolia
khuatir akan tergelincir

seperti hati ini
tatkala kesempitan datang
aku mengulang tayang moment2 anganan
aku mahu jaya
aku mahu cita

aku lupa
saban hari kita ditinggalkan
oleh orang2 yang tak tentu
tak tentu pegangannya
tak tentu amalannya
tak tentu dan tak tahu bila matinya

aku cuba bersangka baik
sambung melayan titisan hujan

hujan berbisik ,
' hidupmu masih jauh, tapi hayatmu seperti aku.
hidupmu turun naik, aku pula turun sahaja, namun menghidupkan.
hayat kita sama singkat. bezanya, aku turun sebagai noktah dan kau bila2 masa sahaja.'

aku tenung dan renung alirannnya yang statik
tidak berselisih walaupun jatuh dari arah yang satu
dari atas
padahal aku dan dia datang dari Maha Pencipta dan Maha Pencinta

keadaan sekarang

assalammualaikum.

melihat pada keadaan fatimahdin sekarang, rasanya peluang tidak banyak berpihak ke atas diri fatimahdin ini. peluang itu, fatimahdin rasa makin menipis dan seksa tatkala mata fatimahdin kabur dimakan oleh anai2 derita.

relationship yang putus di pertengahan jalan. matlamat hidup antara khalifah dan penyebar dakyah kesesatan dalam komuniti juga ada. cita2 yang perlukan pengorbanan masa dan tenaga juga ada. nak maki hamun orang sekeliling juga ada. fatimahdin keliru juga bila berfikir perihal yang kronik sebegini. tidak tahu nak buat apa.

jadi, fatimahdin pilih untuk hidup dan teruskan sahaja jadual hidup yang dirancang dan dilaksanakan oleh Pencipta fatimahdin ini. tengoklah, betapa sayangnya Pencipta fatimahdin ini terhadap fatimahdin. siap buat jadual dan rancang kehidupan fatimahdin ini. fatimahdin pula? masih di sini. waktu maghrib pun disini. isyak juga masih di sini. zohor pun masih di sini. asar juga tetap dan masih di sini. subuh? dekat atas katil la.

mana perginya hidup seorang insan yang bernama fatimahdin ? mohon bnatu diri sendiri di samping menangis dan tabahkanlah serta ceriakanlah kehidupan orang lain.

Saturday, March 12, 2016

kamu

assalammualaikum.

kamu,

yang buat saya hilang deria baik
yang buat saya cantik dengan amarah
yang teman saya ketika kamu susah
yang hilang bila saya tidak gapai kebahagiaan
yang hampar derita bila saya susah
yang murka terhadap saya bila kamu gembira
yang suka berdusta apabila saya risau
yang merisaukan dunia dengan benda biasa
yang sentiasa melupakan bahagia bersama bila saya mundur
yang mendedahkan jenaka aib saya bila kamu suka

kamu!


kisah hari ini

assalammualaikum.

sakit.
kecewa.
duka.
harapan.

itulah perkataan ringkas untuk menggambarkan situasi hari ini.

sakit mengunjung ketika aku sudah bersedia untuk sesuatu yang memang sudah aku tunggu. agak lama untuk aku sedia melawan arus halangannya.

kecewa mengundang dan terus mengheret aku untuk terus melayan sakit. walaupun sakit itu ringan dan biasa, tetapi memang tidak selesa dan buat aku bermuram durja untuk hari ini dan seisinya.

dukacita dikirim kepada hamba Tuhan yang sedang bahagia dan gembira. bukan kerana meraih cinta, namun sekadar khabar yang dititipkan kerana aku rasa, kalian kecewa.

harapan aku, semoga hari esok ada hikmah untuk mengajar hari ini yang terlihat seperti sudah tewas dan lemas. aku masih menyimpan perasaan agar aku terus berharap dengan harapan.

Thursday, March 10, 2016

sunyi sepi

assalammualaikum.

sunyi. sepi.
sehari sepi.
berlalu pergi.

sepi lagi,
malam ini,
seperti mimpi.
bukan igauan
dan mungkin bukan
juga mengigau.

terus sunyi.
tidak berbunyi.

masih tidak berbunyi.
mataku masih tertancap
pada pandangan itu.
terus senyap.
sunyi.
sepi.

rupanya,
ada yang merindu.
yang merindu itu adalah aku,
tidak mengapalah.
biarlah hanya menanti jasad ditanam.
enam kaki ke dalam liang.

'saya baik2 sahaja,
masih hidup,
tidak mereput'

Tuesday, March 8, 2016

maafkan

assalammualaikum.

buat kalian dan mereka yang terluka.

maafkan segala tindak laku
maafkan segala keterlaluan
maafkan segala aksi hatiku
maafkan segala dugaan
maafkan segala memori
maafkan segala celaru
maafkan segala kata maaf
maafkan segala kemaafan
maafkan segala perlindungan
maafkan segala bantuan
kelak lagi akukan meminta
mungkin nyawa dan cinta korban akhir kata.


hujan

assalammualaikum.

nyanyi :
' selembut hujan bercurahan
begitulah cinta ini
semesra bumi yang disirami
begitulah hati ini
hujan yang turun
bersama air mata
bersama pedih
bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu lagi '
(hujan, sudirman)

bila hujan, maka , ramailah manusia yang rasa segala kelegaan.
panas. serabut. gelisah.
segala ketidakselesaan akan dirasakan ketika hujan menjelma.

seperti luruh sahaja perasaan2 tersebut pergi bersama alran air hujan. seperti juga air mata, hujan tetap ada masanya dan kadang2 tidak dijangka renyai atau lebat secara tiba2. hujan juga seperti janji2 manusia kerana sering memberi harapan yang tidak pasti.

tetapi, hujan akan sentiasa hadir walaupun kita berdiri di tanah tandus dan gersang.
cuma, kita sahaja yang tidak pernah pasti.

semalam

assalammualaikum.

semalam sememangnya sudah lepas. hari ini sedang kita lalui. sejarah mungkin berulang tetapi mungkin dendangan dan pelakunya adalh berbeza.

kadang2, semua itu seperti karma. dan itu adalah sejarah yang berulang. terpulang kepada kita untuk percaya kepada orang yang kita mahukan. itu adalah permulaan untuk karma yang kita mahu. setiap perlakuan kita perlu percaya akan ada balasan itu.sekali lagi, watak dan dendangan yang bagaimana kita mahukan?

lebih jelas lagi, aksi dimakan kata2 sendiri. seperti mana matlamat menghalalkan cara. seperti mana cakap tidak serupa bikin.

kita perlu hidup berdepan dengan realiti. jangan dimarahi jika orang tidak bahagia dengan kita. kebahagiaan zaman kontemporari ini perlukan kesapingan harta. ekonomi yang sakit memang memaksa kewujudan sikap materealistik. lalu, itu adalah salah satu jalan bahagia, jikalau tidak mahu begitu, carilah orang sekeliling yang punyai lazat syukur yang paling atas.

kalau suka katakan ya. tapi, suka tidak semestinya mampu.
' aku suka kepada kamu. namun aku tidak mampu.
menampung diri kamu mungkin aku mampu.
namun, menampung hari esok bersama kamu mungkin mustahil. '

benar, kebahagiaan datangnya dari hari semalam. namun, untuk kekalkan hari semalam terlalu mustahil. lalu, berpijaklah terus di bumi yang nyata. janganlah menipu diri sendiri lagi.

berikan cintamu

assalammualaikum.

nyanyi :
' berikan cintamu
juga sayanngmu
percaya padaku
ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemput ku'
(ungu, percaya padaku)

cinta ialah pemberian.

se-benar2 cinta ialah cinta yang tidak mengharapkan orang yang kalian cintai itu mencintai kalian kembali. cukuplah sekadar kalian yang memberikan cinta dan menunjukkan rasa cinta itu. jika cinta kalian itu ikhlas, orang itu akan merasa keikhlasan cinta itu.

diberikan satu situasi :

si perempuan sedih dan kecewa kerana pada pagi itu, dia tidak mendapat mesej 'morning!' daripada si lelaki seperti kebiasaannya. jadi, si perempuan terus melabelkan si lelaki sudah melupakannya atau sudah berhenti mencintainya.
(dengar macam over pada telinga dan pendapat si lelaki, tetapi, ia tetap down guys , kerana itulah apa yang perempuan rasakan)

beginilah, why not, kali ini si perempuan yang menghantar 'morning!' kepada si lelaki dan bertanya hari2 beliau. bukankah cinta itu se-betul2nya ialah saling memberi? bukanlah saling mengharap dan saling menanam ego. jikalau kalian cinta, katakanlah cinta, berikanlah cinta.

nyanyi :
' laungkan pada dunia
akukan cinta dia
sesungguhnya ku rindu dia'
(aesar mustafa, satu cinta)

jadi,  kalian di luar sana, bercintalah secara matang!