Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, October 28, 2012

sebab?

assalammualaikum..

ada waktu,
apa yang fatimahdin pilih untuk lalui,
tidak bersebab.
tiada!
fatimahdin putuskan untuk laluinya sahaja.
redah.

mungkin dalam melaluinya itu,
fatimahdin akan jumpa sebabnya.
mungkin.

tapi kalau sebabnya fatimahdin tak jumpa,
juga.

bermakna.
ia.
memang.
tidak.
bersebab.

sebab fatimahdin pilih untuk melaluinya untuk berada di sana.
dan bukan di sini.

jadi jangan tanyalah kenapa fatimahdin tiada di sini.
kerana fatimahdin pilih untuk berada di sana.

sebab?

salam sayang,
fatimahdin5734

Saturday, October 27, 2012

. . . itulah . . .

assalammualaikum...

1.
semua penduduk desa berdoa memohon hujan
pada hari itu
semua orang berkumpul untuk berdoa
hanya lelaki yang membawa payung
. . . itulah IMAN . . .

2.
telan dari seorang bayi berusia 1 tahun
ketika kamu melemparkannya ke udara
dia ketawa kerana dia tahu kamu akan menangkapnya
. . . itulah KEPERCAYAAN . . .

3.
semalam kita tidur
kita tidak yakin bahawa kita masih hidup hari esok
tapi kita masih mempunyai rencana untuk esok
. . . itulah HARAPAN . . .

4.
saat di meja tinggal 2 potong kuih
kita hanya mengambil potongan yang lebih kecil
dan membiarkan ayah/ibu/suami/isteri/anak kita
mengambil potongan yang lebih besar
. . . itulah CINTA . . .

5.
saat berada di rumah
selimut A sedang dicuci
hanya ada 1 selimut B yang kering
dan kita membiarkan
ayah/ibu/suami/isteri/anak kita memakai selimut itu
. . . itulah PENGORBANAN . . .

6.
ketika ayah/ibu/suami/isteri/anak kita
tidak bisa tidur dan kita berada di sampingnya
berbincang pengalaman hari ini
berkongsi cerita2 lucu
kisah2 inspirasi dan ketawa bersama
kemudian mengucap syukur dan berdoa
. . . itulah KEBERSAMAAN . . .

7.
ketika stok telur tinggal 1 biji
dan kita ingin makan bersama
lalu kita membuat telur dadar dari 1 butir telur itu
ditambah tepung
tambah sayur dan segala bahan yang secukupnya
. . . itulah KREATIVITI . . .

chop! : terima kasih kerana selalu memberikan fatimahdin pelukkan kekuatan,
kepercayaan kalian yang besar kepada fatimahdin ini
akan selalu mencipta energi dalam hidup fatimahdin
dalam meniti waktu dan liku2 kehidupan..
terima kasih untuk kamu, kamu dan kamu..
terima kasih kalian!

salam sayang,
fatimahdin5734

Friday, October 26, 2012

salam aidiladha 2012

assalammualaikum..

aku mensyukuri setiap detik yang kita lewati bersama
sebuah ruang yang kamu ciptakan di dada
semesta kecil tempat kita membingkai kenang dan harapan
tak terhitung lagi bilangan tawa dan air mata
yang merinai bergantian disana
disemesta yang kita bangun dari patahan angan dan doa2

aku tahu
kebersamaan kita adalah tabu bagi sebahagian orang
namun dengan tegas kau selalu berkata
'we are master of our life, not them! so, back off!'
kamu..
ya kamu..!
pemilik kalimat yang tertanam jauh
diam2 selalu menjadi istana
bagi tunas rinduku yang tumbuh
sejak awal kisah
maybe that's why, I'm fall in love with you
ku sebut kau : pemberian yang berharga

kamu..
ya kamu..!
nama yang kerap ku langitkan
dalam percakapan singkatku dengan Tuhan
doa yang tak letih ku panjatkan
aku tahu dan mengerti,
hanya doa dan pencipta kita yang mengerti
awal dan akhir kita
ya,
sebab aku tahu tidak ada kekuatan padaku
yang dapat memaksamu agar tetap denganku

I need you..
aku memerlukanmu seperti bumi yang memerlukan
matahari untuk menumbuhkan bunga2
entah bagaimana ini bermula
tapi memilikimu adalah rahsia kecil
yang kerap aku harapkan

stand by me
aku ingin kau tahu
tak ada jarak antara kita
sedang waktu yang Tuhan beri
hanyalah ilusi sampai menyatukan kita
dalam keabadiannya..

'salam aidiladha'

aku berharap yang terbaik untuk kamu
aku tak pandai menulis puisi
bukan tidak tahu
tapi..
aku ingin ungkapkan ucapan ini
sederhana sahaja
aku bersyukur atas setiap detik dalam umurku
saat aku mula mengenalimu
dari dulu sehingga kini
terima kasih kerana selalu ada
jadilah apa sahaja yang kamu mahu
wujudkan mimpi kamu

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

fatimahdin :
' selamat menenun silaturrahim
saling berbagi
saling merendahkan hati
dan mengucap syukur kepada Ilahi :)
salam aidiladha 2012..
selamat menikmati hari yang penuh kebahagian.
bumi tiba2 begitu damai..
berhias wajah2 yang bermekaran senyuman..
hati yang bersih dan fikiran yang jernih'

chop! : mungkin benar rindu bukankah tak mengenal usia,
me-liuk2 di dada, menghantar sepi yang tak terurai makna,
mengekalkan hari ku dalam kebisuannya..
seperti hari ini, rindu tumbuh lagi bagaikan huruf2 yang
berbaris menjadikan perasaanku bermetafora ^-^

salam sayang,
fatimahdin5734

Wednesday, October 24, 2012

tunggu saya ye

assalammualaikum..

' apa ada dalam langit malam ini?
katanya, ada bintang baru..!
kalau awak mahu, awak tunggu sini..
biar saya terbang, ambil untuk awak!
mungkin dua tiga hari lagi saya pulang..
tapi..
dua tiga hari di atas sana tak sama dengan dua tiga hari di bumi-kan? '

chop! : tunggu saya ye! saya bawakan bintang yang baru malam ini untuk awak ye....

salam sayang,
fatimahdin5734

Saturday, October 20, 2012

tiang

assalammualaikum..

bila bercerita mengenai tiang, pastinya kita bayangkan bahawa tiang tersebut mestilah asas yang kuat, tegap, mantap, berdiri megah serta tak mudah roboh apabila adanya bencana yang datang.. tapi, bagi fatimahdin, fatimahdin sinonimkan tiang itu sebagai support system dalam diri ini dan tiang yang kuat merupakan sokongan kita di saat kita lemah dan tiang umpama menahan kita dari terus rebah lalu jatuh tersungkur..

kalau nak diikutkan pun, jika berlaku sesuatu kemusnahan dari tiang yang kukuh yang masih tegak berdiri, kita masih dapat membina semula apa yang sudah tiada.. aceceh, ala2 phoenix bangkit semula.. ha5.. :)
itu adalah persepsi yang fatimahdin pegang selama ini..

of course tiang dalam diri kita yang utama tentulah keimanan.. tetapi jikalau kita hendak bincang mengenai tiang yang boleh dikatakan fizikal, tiang itu adalah supporter kita.. orang2 yang terdekat yang menjadi kekuatan kita..boleh jadi keluarga, pasangan, sahabat handai, rakan2 mahupun orang2 sekeliling kita..

bukan senang kerja si tiang ini.. bukan sekadar tiang lampu yang hanya memerhati.. mahupun tiang seri yang hanya berdiri di satu tempat.. tetapi, ia adalah tiang penyokong ! itulah yang fatimahdin maksudkan..! sumber kekuatan yang paling luhur.. yang terbit dari perasaan kasih sayang dan tanggungjawab yang asasnya kukuh dengan nilai2 kemanusiaan, pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran.. tiang ini tidak akan membiarkan dinding2 memenjarakan dirinya membatasi dengan atap untuk menghempapnya..tidak pula menindas lantai yang memerlukan perlindungannya.. tiang itu kekuatan untuk semua bahagian2 lain tanpa ia melupakan bahagian2 itu sendiri..ia perlu kuat supaya bahagian2 lain dapat melaksanakan peranannya..

fatimahdin bersyukur kerana keluarga fatimahdin, rakan2 fatimahdin dan mereka yang mengerti fatimahdin adalah tiang terhebat dalam pembinaan dan pembentukkan diri fatimahdin ini! mungkin tiang hanya sebatang dua tapi, biarpun sikit, ia mampu menongkah beban yang fatimahdin sendiri tidak mampu memikul sendirian.. kala fatimahdin terasa paling lemah, dapat fatimahdin berharap bersandar padanya..dapat fatimahdin bangkit semula teguh dari pautannya.. dapat fatimahdin membina sesuatu yang lebih gemilang darinya.. andai salah satu daripada tiang tersebut rebah, ia tidak mungkin tergalas gelora dan gundah dihati fatimahdin ini..

tribute buat semua tiang yang terbit dalam hidup fatimahdin..
thanks for the support, the strenght..
thanks to the best days to come..

chop! : kita kerap menganggap sedang melihat bayang2 sendiri dipermukaan air, sedangkan tanpa kita sedari, bayang2 itu yang sebenarnya sedang memerhatikan kita.. begitulah..!

salam sayang,
fatimahdin5734


Friday, October 19, 2012

kata2 mereka

assalammualaikum..

kepada : rakan2 fatimahdin semua..

bayangkan, jikalau kita memuji seseorang itu, tak kisahlah samada sesesorang itu merupakan budak lelaki atau perempuan, pasti pujian itu hanya diingati buat sementara waktu sahaja.. tak pun, mesti dah lupa punya.. tapi, bayangkan kalau kita kutuk dan menyatakan bahawa mereka ini hodoh, pasti kata2 cacian ini diingati sampai bila2.. setuju tak? siapa yang setuju angkat tangan tapi siapa yang tak setuju, turunkan tangan.. ha5.. sengallah arahan fatimahdin ni! :)
pernah tak apabila seseorang bercakap dengan kalian, kalian mengingati setiap bait kata2 yang dinyatakan kepada kalian dan kata2 tersebut masih terpahat di dalam kepala otak dan pemikiran kalian semua? hm?
entry kali ini, fatimahdin nak share-kan beberapa kata2 yang fatimahdin masih ingati yang dilemparkan oleh orang2 yang mengenali diri fatimahdin dan sekeliling fatimahdin..sesunggunhya, kata2 mereka itu masih lagi fatimahdin ingati sampai sekarang.. ianya hanyalah sekadar perkongsian sahaja dan dengan ini, fatimahdin akan list-kan kata2 yang pernah fatimahdin dengar dan sehingga kini masih lagi fatimahdin ingati.. :)

' abah tak kisah jikalau anak abah yang sorang ini bodoh dalam pelajaran, tapi jadilah orang yang baik'

' abah suruh anak abah yang sorang ni ikut abah pergi tempat kerja abah nak bagi anak abah yang sorang ini merasai kesusahan kerja abah.. biar satu hari nanti, anak abah yang sorang ini tak merasa susah sebagaimana abah merasa susah.. cukup2-lah dulu kita pernah susah nak.. abah nak anak abah yang sorang ini berjaya..'

' belajar2 juga, solat jangan lupa... jangan lewatkan solat!macam mana tuhan nak makbulkan doa anak abah yang sorang ini jikalau suka sangat lewatkan solat?'

' belajar2 juga..jangan struggle sangat samapi kesihatan diabaikan.. kesihatan kena jaga ye nak.. kalau boleh, janganlah selalu sakit!'

' mak tak kisah kalau anak mak nak keluar lepak2 dengan kawan2 cuma mak minta jaga diri ya.. jangan buat benda yang bukan2 dan malukan mak dan abah..'

' jimat2 ye pakai duit tu..'

' abah dan mak kerja keras2 nak sekolahkan ko dan adik2 supaya berjaya nanti..'

' makan, tidur mandi!'

' ambil undang2 ye nak! sambungkan legasi keluarga kita..'

' belum pernah ada budak form six sekolah ini yang ambil aliran undang2 di universiti.. saya cabar batch kali ini ada wakil ambil jurusan undang2..'

' kita tetap kawan, dunia dan akhirat..'

' saya sayangkan awak fatimahdin!'

' susahnya saya nak tahu bila awak ini tengah serius atau tak..'

chop! : jadi, rakan2 fatimahdin semua.. kata2 mereka yang masih lagi kalian ingati apa? cuba share sikit bersama fatimahdin.. fatimahdin pun nak tahu juga.. :)

salam sayang,
fatimahdin5734

Thursday, October 18, 2012

hari lahir fatimahdin

assalammualaikum..

syukur pada Ilahi kerana fatimahdin masih lagi boleh menghirup udara segar di muka bumi ini, jantung yang dimiliki masih lagi berdegup.. terima kasih ya tuhan kerana  masih memberikan diri ini peluang untuk menikmati nikmat kehidupan serta memperbaiki segala kelemahan yang ada.. terima kasih dengan apa yang telah Engkau berikan pada hamba-Mu ini..

kepada rakan2 fatimahdin yang terlibat dengan aktiviti2 yang telah dijadualkan pada hari ini.. korang memang gempak! tak sangka ada banyak kejutan yang fatimahdin terima.. memori yang paling tak akan fatimahdin lupakan.. fatimahdin ingatkan korang nak kenakan fatimahdin tapi seriusly, tak terkata fatimahdin dengan kejutan2 tersebut..
apa2 hal, pada tahun ini fatimahdin banyak terima hadiah pemberian tudung, shawl dan hijab.. wow, aidiladha tahun ini tak payah nak beli tudung.. pakai saja pemberian kalian tersebut.. yang memberikan cokelat, terima kasih sangat2.. tahu2 saja yang fatimahdin suka makan cokelat toblerone dan M&M..
sayang korang semua..
first and foremost, thanks and sorry for everything..!

chop! : bila lagi fatimahdin akan dapat kejutan seperti ini ya? ^___^

saalm sayang,
fatimahdin5734

Tuesday, October 16, 2012

bergetarlah handphone merah-ku

assalammualaikum..

kedinginan malam.. oh hujan!(bukan nama band indie hujan yang dianggotai noh a.k.a husband miss nina tu tapi ini adalah hujan yang turun dari langit).. ya, fatimahdin sukakan hujan.. alangkah indahnya jika dapat memandu malam2 macam ini.. duduk drive sorang2 dalam kereta sambil melayan lagu2 yang diputarkan di radio, mendengar celoteh DJ yang bertugas namun, bila iklan, pasang siaran radio lain.. ha5.. :)
korang suka buat tak macam tu? main tukar2 siaran radio? hm?
bila berhenti dekat traffic light pula, melihat titisan air hujan yang turun pada cermin.. oh, syahdunya!

sudah2-lah fatimahdin memikirkannya..
situasi sekarang ini adalah fatimahdin sedang landing di atas katil.. hey, belum lagi nak tidur, tengah update entry blog ini namun, katil agak bersepah dengan buku2 dan akta2 fatimahdin..
aduyai... :(

situasi sebenar :
' fatimahdin melihat ke kiri fatimahdin,
fatimahdin nampak aina yang sedang tekun menghafal kes apa entah..
fatimahdin melihat ke kanan fatimahdin pula,
fatimahdin nampak #memia ter-sengih2 depan handphone...
untunglah, handphone bergetar...'
hey, buku depan mata, study la (amboi fatimahdin, nasihatkan kawan suruh study pandai, fatimahdin sendiri pun tengah update entry blog)..ha5.. :)
cakap tak serupa bikin la ini orang.. kih2. :)
fatimahdin pandang pada handphone merah fatimahdin yang sudah lama tidak bergetar.. sudah lama jari jemari ini tidak bermesej dengan pemberi nombor celcom 5734 tu.. apa2 pun, pada hari khamis ini, tak kisahlah pukul atau jam berapa pun, fatimahdin mengharapkan agar handphone tersebut bergetar.. baru boleh berlagak dengan #memia.. ha5.. ^___^

chop! : bergetarlah handphone merah!

salam sayang,
fatimahdin5734

Monday, October 15, 2012

oh safiqrahim!

assalammualaikum..

kepada : safiqrahim

' awak, maafkan fatimahdin kerana tidak menghadirkan diri pada perlawanan ketika selangor menentang dengan kelantan.. maafkan fatimahdin ye! pada ketika itu, fatimahdin menghadiri jemputan kenduri kesyukuran dari keluarga dato' yusuffhaslam.. al-maklumlah ketika itu syamsulyusuf a.k.a anak kepada dato' yusuffhaslam (skandal nombor berapa entah untuk fatimahdin ni), telah memenangi lima anugerah pada anugerah malam blockbuster di astro.. maafkan fatimahdin ya, fatimahdin tak bermaksud pun..  mungkin, awak tak boleh perform tanpa kehadiran fatimahdin.. mungkin juga, awak masih teringat dan mengingati ketika fatimahdin menemani syamsulyusuff pada malam anugerah blockbuster.. walaubagaimanapun, fatimahdin tetap sokong safiqrahim! percayalah..
fatimahdin sokong safiqrahim!
walaupun kalah, fatimahdin tetap setia sokong safiqrahim dan lain kali, if ada lagi match, insyaallah fatimahdin akan menemani safiqrahim.. selain daripada itu, untuk pengetahuan awak, dalam bidang sukan, fatimahdin menjalinkan hubungan dengan safiqrahim manakala daalm dunia seni dan hiburan, fatimahdin menjalinkan hubungan dengan syamsulyusuff.. he5.. :)
( mood : gatal )
first and foremost, fatimahdin sokong safiqrahim!'

chop! : saya suka bila tengok safiqrahim menyarungkan jersi malaysia warna biru.. gambar rajah di atas menunjukkan safiqrahim membuat bentuk LOVE ke arah fatimahdin.. :)
aduyai, kalaulah safiqrahim baca ni..ha5.. :)

Wednesday, October 10, 2012

dari : -( ke : -) [dari duka ke suka]

assalammualaikum..

' La Tahzan, janganlah bersedih bila duka menghimpit
nikmati rasa itu
selami dan cari keindahan
semoga kita mencapai kenikmatan walau serba kekurangan
bahagia itu tetap ada
terletak cantik di hati kita
percayalah... '

salam sayang,
fatimahdin5734

Saturday, October 6, 2012

(+)ve people?

assalammualaikum..

do people have a say in life?
i have 1001 people questioning, criticizing my conducts and the decision i make.
i am not sure if i have the capability to accept any of them and turn it into something constructive now.

seriously, where have all the positive people gone?

salam sayang,
fatimahdin5734

the bullies

assalammualaikum..

remember when you were young, 13, maybe, and you have a hobby, your hobby happens to be writing a blog (macam fatimahdin ni, yang suka sangat mengetip jari di papan kekunci laptop ini, even homework fatimahdin tak siapkan lagi), or designing your own homepage (back then, homepage was the IN THING, man) and so you learn all these skills, you memorize all of the HTML codes, you download every single cool scripts you can get off the web, let it be to make the font sparkle ke.....make it fade, and bright again ke.....make the frames float around the page, you make sure that your homepage is according to your own rules, its YOUR escapism, your passion, your child..... i don't now..something  that means a lot to you.. because you worked hard for this.. you gain knowledge, you have ideas and you execute them through your work..

then, you make another page, a Guestbook page, with nice colours, cool font semua.. you invite people to leave their comments, and you welcome everyone to do so.. why restrict this page you designed to yourself? it looks cool, you think it's pretty cool, you should share if with everyone right? this design! this personal thing   that you've sliced off yourself to put it on the web.

and then come the people who comments.. they live nice comments.. ' i love your page.. it's really pretty! make more in the following months okay! ' these are the kind of comments that will keep you on your toes, to wanna make something better, to be more creative. to work harder.. "Hey, maybe I AM good at this?" if you've thought that way about yourself, then yes, you are that good.. feedback is important.. do not underestimate s good comment..

and then there are the haters.. the bullies! what are they? let me explain..
bullies are people who feeds off hating people.. leaving negative remarks to burn you down.. to lower your esteem.. it is up to you to shield yourself from this, because they are just mere bullies in your kinder garden stealing your lunch box, and eat your turkey sandwiches your mum made for you.. it's no use to me to tell you who they are because they won't leave their real names for you to track them down, they are mere ghosts in your closet.. they come once in a while to scare you.. you can't see them.. sometimes you do, but you hear them..

bullies will always be there! when you are 13, 16, 19, 23, 37 and so on... hey, they will even be there at your funeral.. let it be if you're a judge, a lawyer, an accountant, a fesyen designer, a teacher, a politician, an actress, or whatever, we have our bullies..

i just like felt writing this because i've gone through a series of bullying lately! i've experienced getting bullied in high school, college, and even right now, i'm 21, and i thought these things would not happen, this lunch box stealing, anonymous hate comment things, will not happen when you've past a certain age.. bue it's here! they're here to stay.. rasa macam dah sepuluh tahun deal dengan benda ini, tapi still ada! luckily, i am a wiser now! more patient.. calmer.. toned down.. i am like that! i've learned that life is like a river.. you would either float with it, swim in it, or you drown.. i felt like writing this because i don't think anyone should go through what i go through..!

i just wanted to say that if you're going through the same thing, just keep doing what you do with the best intentions.. let God guide you through.. the only reason why we don't see a lot of artists, judge, lawyer, architects, musician, is because of the bullies that were there to stop them at their starting point.. macam mana nak bergerak? macam mana nak maju? be strong..! ignore the negatives vibes and just focus on the positive side of things, smile and you will be fine.. if you think you are good enough, then YOU ARE GOOD ENOUGH! before i got here, i was said 'NO' to a thousand times, i did not stop until i got a 'YES'..so when other people try to bring you down, stop you from doing the things you love - be like water, find your way through tiny holes..

always carry yourself around with you.. don't ever let people force you to do something you can't do! it's okay if people don't get it, and they bully you because of things they can't squeeze out of you..you are you, and you need to realize that! it's okay if THEY don't.. determine your strength and improvise your flaws..

Don't let people exploit you.
today, i read somewhere, "What kind of person would you like to be today? "
i would like to be strong! i am not hard headed! but, if i were to be a judge, i want to be one with a brain, someone who has control of her life, independent, and who has the ability to make her own decision, at her own will, with integrity! and i would like to have my own space and privacy at my own terms.. i hope people would respect that..
other than that, live healthy, pray to God and be nice to people..

chop! : sorry for the grammatical errors, was really rushing writing this.. oh my homework!

salam sayang,
fatimahdin5734

Thursday, October 4, 2012

stress giler!

assalammualaikum..

apa khabar rakan2 fatimahdin semua? macam mana dengan life kalian semua?
ha, bila baca tajuk entry dekat atas tu, fatimahdin tahu yang you all semua of course-lah dapat tangkap maksud fatimahdin.. ye, fatimahdin memang tengah stress gila! (dalam pada stress, ada pula masa nak update blog? okey, just nak merehatkan minda).. he5 :)
nak tahu tak, banyaknya homework yang fatimahdin tak siapkan lagi.. kena hantar hari sabtu ini, 06 oktober 2012.. assignment pun dah mula menimbun.. dah mula menampakkan diri untuk fatimahdin memberikan perhatian kepada mereka semua ini.. aduyai, fatimahdin pun tak tahu macam mana fatimahdin boleh jadi sebegini..? mungkin kerana pengurusan masa fatimahdin yang tidak teratur.. bila dah jadi macam ini, waktu tidur entah ke mana, makan entah ke mana..! dah berapa hari ye perut ini tidak menjamah nasi?  nampaknya, fatimahdin memerlukan seseorang untuk monitor diri fatimahdin ini.. ada sesiapa yang inginkan jawatan tersebut? kalau boleh, fatimahdin nak budak lelakilah.. he5.. :)
 tapi tak mengapa, asalkan kalian semua memdoakan yang fatimahdin sihat sentiasa.. cukup dengan doa kalian semua ya! :)
bukan setakat pengurusan masa yang tak betul, pengurusan kewangan pun dah makin nipis.. tangan kiri ini sentiasa gatal! asyik nak menggaru saja.. ha5.. :)
banyak sangat kali ini pengeluaran wang dari kocek baju kurung ini.. tiba2, fatimahdin merasakan bahawa fatimahdin memerlukan seorang menteri kewangan.. ada sesiapa yang ingin menjadi menteri kewangan fatimahdin? syaratnya masih lagi sama, fatimahdi nak budak lelaki ye! he5.. $_____$
lately , selalu tidur lewat.. lingkaran di bawah mata semakin hitam dan gelap.. pak we selalu kejutkan pukul 0600, namun fatimahdin selalu menekupkan telinga ini dengan bantal busuk.. dalam hati menjerit,
' bisinglah.. kejap lagi fatimahdin bangun'
kepada pak we fatimahdin yang bernama alarm clock di handphone, maafkan fatimahdin ye.. bukannya tak nak bangun, tapi badan ini terasa penat.. kadang2, terlajak dan terbabas subuh fatimahdin.. tiba2, faimahdin terasa yang fatimahdin memerlukan seorang assistant.. masih lagi sama, assistant lelaki!
sejak akhir2 ini, fatimahdin pun menjadi seorang budak yang pelupa.. bercampur aduk.. oh ya, hari ahad ini, 07 oktober 2012, fatimahdin ada kelas dari pukul 0830-1800.. aduyai, terasa pula memerlukan secretary.. tetap sama, nak secretary lelaki! ada sesiapa yang nak jadi secretary fatimahdin? hm?hik2..^_^

entry kali ini, banyak pekerjaan yang fatimahdin offer-kan pada kalian.. sesiapa yang berminat, sila tinggalkan komen dan link anda.. sertakan sekali segala maklumat diri kalian ye.. :)

chop! : jerawat dah banyak naik dekat muka.. memang sah bahawa fatimahdin stress gila!

salam sayang,
fatimahdin5734

Tuesday, October 2, 2012

deactive facebook

assalammualaikum..

kepada : ainmazlan

fatimahdin tak tahu nak cakap apa.. kelu lidah tidak berbahasa..  hanya mengetahuinya daripada addinazlan dan wanteha.. itupun setelah nama di tag dengan pertanyaan,
' dimanakah ainmazlan? '
bermesej sudah namun jawapannya,
' nak lari daripada dunia luar '
jawapan yang membuatkan fatimahdin ter-tanya2.. dunia luar? maksud ainmazlan?
apabila di call, tidak berangkat pula..
ainmazlan, kenapa secara tiba2? tak gempak if ainmazlan tiada.. siapa nak layan kesengalan fatimahdin? pasti boring.. haiya! =,="""

kisah benar :

apabila melihat ainmazlan deactive facebook, fatimahdin teringat bahawa pada bulan jun yang lepas fatimahdin ada menyatakan hasrat untuk deactive facebook ( ENCIK CAPITAL A, awak ingat lagi tak yang fatimahdin pernah cakap nak deactive facebook? he5.. dan, dengan slumbernya awak minta num fon fatimahdin..hm?).. namun, tak jadi.. ini semua gara kawan2 yang saja meninggalkan mesej di facebook! al-maklumlah ketika itu fatimahdin baru sihat setelah beberapa lama menghadapi kesakitan di hospital.. fatimahdin faham mengapa kawan2 fatimahdin melakukan demikian.. ya, fatimahdin kena bertungkus lumus dengan pembelajaran serta assignment yang menimbun.. banyak yang tertangguh akibat sakit.. tujuh bulan, satu kadar dan jangka masa yang singkat.. agak lama la juga!pelik juga, mengapa tidak sahaja send di emel tapi, ketakutan itu harus dilawan..
' nak lari dari dunia luar '
maaf ya ainmazlan, fatimahdin pinjam dialog itu..
ya, memang ketika itu, itulah jawapan mengapa fatimahdin mahu deactive facebook! sesunguhnya, facebook itu menyakitkan.. isinya amat menyakitkan sehingga mampu mengalirkan air mata fatimahdin.. menyakitkan!!! sakit sangat.!
ketakutan? ye, fatimahdin takut.. takut disakiti.. tapi, memang disakiti pun..
maaf.. setelah sihat, barulah fatimahdin  membaca mesej dua orang kawan fatimahdin.. tak mengapa, asalkan kalian berdua bahagia.. fatimahdin faham dan andai kata esok merupakan hari2 terakhir fatimahdin, fatimahdin cuma nak cakap, fatimahdin maafkan kalian berdua (nak bagitahu awal2 pada kalian berdua yang fatimahdin sudah memaafkan kalian berdua.. jangan menangis jikalau hari esok fatimahdin tiada lagi di dunia ini.. fatimahdin sayangkan kalian berdua) .. kadang2, hidup perlukan pengorbanan.. maaf kepada rakan2 yang meng-add dekat 900+ yang masih lagi fatimahdin tidak approve-kan.. bagi fatimahdin masa ye! termasuklah dua orang rakan fatimahdin ini.. fatimahdin sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua.. adatlah,
' siapa yang tak sayang kekasih hati? '
sampai sanggup tinggalkan kawan yang dikenali sejak dari kecil lagi.. haish =,=
memang benar,
' nak lari dari dunia luar '
ya, facebook itu menyakitkan.. banyak memori yang menyakitkan.. hilangnya kepercayaan dan kesetiaan.. gundahnya hati, remuknya jantung, rapuhnya hidup. (ayat tak boleh blah).. nampak kecewa :-(
kekecewan pada bulan enam dan yang paling sadis, bulan lapan.. aduh, lapan.. nombor kesukaan kawan sejak dari kecil.. tak perlu diceritakan kejadian di bulan lapan.. ^_^


as what #memia says :
' lawan rasa takut itu..
jangan fobia buka fb!
itu bukan caranya kawan..
kita oranag ada..
ko boleh landing di bahu aku..!
kalau mereka ada tinggalkan apa2 pesan, its up 2 u k!'

namun, mesej2 mereka berdua dipandang sepi oleh fatimahdin... mungkin pada suatu masa nanti, kita akan duduk semeja untuk meluahkan dari hati ke hati apa yang kita rasakan, apa yang terbuku di sanubari.. maf kerana tidak membalas mesej2 kalian berdua di facebook..fatimahdin tak marah, cuma fatimahdin kecewa.. :)
(fake smile)

owh, terima kasih kerana memahami dan memberikan semangat kepada fatimahdin.. kalaulah korang tak ada, macam manalah agaknya keadaan fatiamhdin? mesti meroyan nak study sorang2.. nak catch up lagi.. ha5.. :)

# khairulanuar, topick, alan, amey, ariff, azfar, addin, memia, aina dan lain2 (maaf tak dapat nak list-kan nama korang, ramai sangat) serta prof2 yang handsome dan cantik, terima kasih di atas tunjuk ajar you all semua.. jasamu dikenang! undang2 itu milik kita..!

chop! : please delete my account if i die tomorrow! kembalilah ainmazlan..

salam sayang,
fatimahdin5734